Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Jul 2013

Video : Polis Tahan Pembikin Klip Anjing Dan Hari Raya

Wanita yang membuat video kontroversi menyambut Hari Raya bersama anjing telah ditangkap polis dan ditahan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Peguamnya Latheefa Koya berkata Maznah Mohd Yusof, 38, sedang disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

“Dia ditahan sejak pukul 4.30 petang tadi untuk diambil keterangan. Saya juga tidak pasti berapa lama Maznah akan kekal dalam tahanan,” katanya.

Maznah yang juga dikenali sebagai Chetz, dipercayai individu yang memuat naik video Hari Raya bersama tiga ekor anjing tiga tahun lepas di YouTube.

Klip video itu memaparkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar takbir raya.

Rakaman selama 1 minit 44 saat itu, turut menunjukkan individu itu yang memakai baju hitam mengambil wuduk sebelum menghidangkan kuih raya kepada anjingnya. – BERNAMA

AAP -  memang anjing....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Jul 2013

SINOPSIS FILEM "THE NEW VILLAGE" DITANGGUH

Punca Sebenar Filem The New Village telah digantung untuk tayangan di Malaysia. New Village yang sepatutnya ditayangkan dipawagam pada 22 ogos ini terpaksa ditangguhkan kerana timbul pelbagai spekulasi. Keputusan itu dibuat setelah trailer dan sinopsis New Village telah mendapat komen negatif oleh masyarakat di negara ini yang didakwa menggangungkan Komunis. Kementerian Dalam Negeri telah mengeluarkan kenyataan bahawa filem tersebut perlu menjalani tapisan semula oleh Lembaga Penapisan Filem. Keputusan untuk menghentikan filem tersebut atau sebaliknya dari ditayangkan akan diumumkan dalam masa terdekat.

Punca Utama The New Village Digantung
Filem ini menganggungkan komunis apabila menulis “Sesama peperangan anti-penjajahan Brtish.” Secara simboliknya ia membawa maksud Komunis adalah pejuang kemerdekaan negara.

Sinopsis Filem The New Village

Filem yang memaparkan kisah yang berlaku pada 1949, dimana Tanah Melayu ketika itu diisytihar darurat setelah peperangan berlaku antara pentadbiran tentera British dengan Parti Komunis Malaya. Seramai 500,000 penduduk Cina telah dipindahkan di 480 kem di seluruh Semenanjung Tanah Melayu untuk membendung aktiviti komunis. Akta Perkampungan Baru 1949 yang telah diwujudkan selama 40 tahun menceritakan bagaimana keluarga Hakka menjalani rutin harian mereka setelah British mengisytiharkan darurat.

"The New Village" adalah sebuah filem yang menceritakan kesusahan dan kesengsaraan bangsa cina semasa zaman penjajahan British di tanah air ini. Seramai 500,000 penduduk cina tempatan telah dipaksa oleh British pindah masuk ke 480 buah "re-settlement camps" di seluruh semenanjung malaya dari tahun 1949 hingga 1954. "Re-settlement camps" tersebut sebenarnya adalah Kampung Baru Cina (New Village). Pada hari ini. masih terdapat 450 buah Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia dan diduduki oleh lebih daripada satu juta bangsa cina. Kesemua Kampung Baru tersebut mempunyai sejarah yang agak sama. "The New Village" ingin memberi penghargaan tinggi kepada penghuni-penghuni Kampung Baru Cina di seluruh Malaysia." - Sumber Google

Tayangan filem 'The New Village' ditangguh
Tayangan filem 'The New Village' ditangguh bagi membolehkan Lembaga Penapisan Filem (LPF) di bawah Kementerian Dalam Negeri meneliti semula kandungannya.
   
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata filem yang dijadual ditayang pada Ogos itu perlu ditapis semula dari segi plot cerita dan mesejnya.
   
Beliau berkata LPF memberi kelulusan kepada filem itu sejak tahun lepas namun ada media sosial dan badan bukan kerajaan (NGO) yang membangkitkan tentang unsur komunisme dalam filem berkenaan.
   
Menteri itu bercakap kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Jabatan Penjara  di ibunegara malam tadi.
   
Akhbar hari ini melaporkan pendedahan sebuah blog mengenai filem itu yang dilihat mengangkat Parti Komunis Malaya sebagai 'hero' dan mempersoal bagaimana ia boleh ditayang pada bulan kemerdekaan sedangkan filem 'Tanda Putera', yang mengisahkan perjuangan pemimpin negara dalam mendepani insiden 13 Mei, terpaksa ditangguh tayangan beberapa kali.
The New Village’, yang mengisahkan penempatan semula komuniti Cina sewaktu pencerobohan komunis, ditetapkan untuk tayangan umum pada 22 Ogos.

Sedutan filem itu memaparkan kisah cinta di antara seorang wanita Cina dan seorang pendukung fahaman komunis dan perbezaan di antara dua dunia mereka.
Penayangan filem itu dibantah oleh Pemuda Umno di mana exconya, Lokman Noor Adam mengkritik sebuah filem bertajuk ‘The New Village’ yang didakwanya mengagungkan fahaman komunisme.

Beliau ingin tahu bagaimana filem itu begitu mudah diluluskan untuk tayangan sewaktu filem ‘Tanda Putera’ yang berlatar belakangkan rusuhan kaum 13 Mei 1969 sudah berulang kali ditangguhkan tayangannya.

Ia juga turut dibantah oleh Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mendesak kerajaan menangguhkan sebarang tayangan filem 'The New Village' yang dilihat seolah-olah, cuba menghidupkan gerakan komunis di negara ini.
  
Timbalan Presiden GPMS Ezaruddin Abd Rahman berkata pihaknya turut meragui fakta yang terdapat dalam filem itu selain ia mungkin mempunyai agenda tertentu yang boleh memberi kesan buruk kepada generasi muda. - Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Jul 2013

KOLEKSI GAMBAR KLASIK SULTAN PAHANG DI WARNAKAN

  
Wan Ahmad ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali yang kemudiannya bergelar Sultan Ahmad Muazzam Shah (1884-1909)

Gambar dirakam di Singapura pada tahun 1860an
Foto asal (Rujukan) Arkib Negara Malaysia.
Diwarnakan secara digital pada 2010

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Mahmud Shah Ibni al-Marhum
Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah (13 April 1909-19 Jun 1917)

Gambar dirakam pada (tidak pasti)
Foto asal (Rujukan) Arkib Negara Malaysia.
Diwarnakan secara digital pada 2010

KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Sir Abdullah al-Mu’tasim Bi’llah Shah Ibni al-Marhum Sultan Sir Ahmad Muazzam Shah (19 Jun 1917-22 Jun 1932)

Gambar dirakam pada tahun 1930-32
Foto asal (Rujukan) Arkib Negara Malaysia.
Diwarnakan secara digital pada 2011
KDYMM Paduka Sri Baginda Sultan Sir Abu Bakar Riayatud-din
al-Mu’azzam Shah ibni al-Marhum Sultan Sir ‘Abdu’llah al-Muhtasim
Billah Shah (24 Jun 1932-7 Mei 1974)

Gambar dirakam pada tahun 1932-34
Foto asal (Rujukan) Arkib Negara Malaysia.
Diwarnakan secara digital pada 2011

Sumber Gambar :  Facebook Koleksi Gambar Klasik Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Jul 2013

JANGAN SEMBARANGAN MEMBERI KOMEN DIHALAMAN SOSIAL

Awas Pengamal Media Sosial, SEMUT Pantau Gerak-geri Anda
Fikir habis-habis sebelum keluarkan komen sensitif mengenai kaum, agama dan kedudukan raja pada laman media sosial kerana anda sedang diperhati.

Menamakan diri mereka sebagai SEMUT - 'Sensible and Ethical Malaysians United Troopers' (tentera siber yang beretika), kumpulan sukarelawan ini memantau laman media sosial bagi mengesan kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat.

"Sukarelawan ini akan menyalurkan maklumat termasuk 'screenshot'. Kemudian kita akan teliti maklumat itu dan buat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat," kata penyelaras Semut Huan Cheng Guan kepada Bernama.

Katanya kebanyakan sukarelawan adalah pengamal media sosial yang menentang mereka yang menjadikan laman sosial termasuk Facebook sebagai saluran menghina atau menyentuh sensitiviti orang lain.

"Apa yang sukarelawan ini mahu ialah masyarakat menjadikan media sosial sebagai saluran interaksi yang positif untuk membina persahabatan dan rangkaian kerja, bukan mengutuk, menghina atau mengeluarkan kenyataan tidak sensitif sehingga menyakiti hati orang lain," katanya.

Huan berkata ramai pengamal media sosial tidak faham mereka harus bertanggungjawab terhadap komen yang mereka keluarkan pada laman sosial sendiri atau milik orang lain.

"Benar anda boleh paparkan apa sahaja pada laman FB (Facebook), akan tetapi anda juga harus faham anda bertanggungjawab pada komen itu. Cara terbaik untuk mengelak daripada berdepan masalah ialah berhati-hati dengan kenyataan yang anda tulis," katanya.

Setakat ini SEMUT membuat dua laporan polis terhadap dua pengguna Facebook yang dikatakan mengeluarkan komen sensitif mengenai Yang di-Pertuan Agong dan Nabi Muhammad SAW.

"Walaupun kami tidak dapat kenal pasti identiti mereka, kami berharap dengan laporan polis dan penyaluran maklumat itu, pihak berkuasa dapat menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya.

Huan juga menjelaskan Semut tidak bertujuan menyaingi kuasa pihak seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia atau polis kerana peranan SEMUT hanya untuk menyalurkan maklumat.

Ditanya sama ada sukarelawan itu dibayar oleh pihak tertentu, Huan berkata: "Kami sukarelawan dan tidak dibayar oleh sesiapa. Kami lakukan ini kerana kami tidak mahu ada yang terus menggunakan laman sosial sebagai platform untuk menghina orang lain, agama mereka dan juga raja kita."

Beliau turut menyangkal kaitan kumpulan itu dengan parti politik tertentu sekalipun beliau sendiri pernah menjadi naib presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) yang berpangkalan di Pulau Pinang, selepas keluar daripada Gerakan pada 2009.

Huan yang merupakan Naib Presiden Gerakan ketika keluar parti itu, berkata: "Saya bertanding menentang Barisan Nasional dan pakatan pada pilihan raya umum. Saya bertanding menentang kedua-duanya bagi kerusi Parlimen Batu Kawan dan Dewan Undangan Negeri Machang Bubok, jadi bagaimana saya boleh dikaitkan dengan mereka?" - BERNAMA

AAP - Terlajak perahu boleh undur terlajak kata buruk padahnya.....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Jul 2013

KEPUTUSAN PENUH PILIHAN RAYA KECIL DUN KUALA BESUT


Keputusan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut akan dapat diketahui kira-kira pukul 10 malam ini.

Pengumuman keputusan PRK Kuala Besut dibuat pukul 10 malam bagi menghormati umat Islam menunaikan solat terawih.  SPR menjangkakan kira-kira 75 peratus daripada 16,534 jumlah keseluruhan pengundi biasa akan keluar menunaikan tanggungjawab mereka hari ini.

Pilihan raya ini diadakan berikutan kematian penyandangnya, Dr A. Rahman Mokhtar daripada BN akibat masalah paru-paru pada 26 Jun lalu. DUN Kuala Besut mempunyai 17,683 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan saingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan wakil PAS, Endut @ Azlan Yusof.

Update terkini :

Pulau perhentian - BN 454 / PAS 179 Maj. 275

Seberang barat - BN 805 / PAS 452. Maj.353

Kg. Nail - BN 822 / PAS 523
Maj. 299

Seb. Barat luar - BN 1590 / PAS 821
Maj. 769

Tok saboh - BN 1534 / PAS 959 maj. 575

Kg. Nangka - BN 524 / PAS 510
maj. 14

Kg. Baru - BN 1006 / PAS 979
maj. 27

Bkt. Puteri - BN 967 / PAS 946
maj. 21

Undi awal - BN 582 / PAS 319
maj. 263

Undi pos - BN 9 / PAS 0
maj. 9

BN MENANG dgn MAJORITI 2605 UNDI!

Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi. Turut serta ialah Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri). BN memperoleh 8,288 undi manakala PAS 5,696 undi. THE STAR

Wassalam, Wa'allahhualam.

22 Jul 2013

GAMBAR PROTON PREVE HATCHBACK


Proton Preve Hatchback sememangnya menjadi salah satu model yang dinanti-nanti oleh orang ramai. Sebelum ini, banyak gambar-gambar “spyshot” model ini telah pun kami kongsikan. Namun hampir kesemuanya kabur dan tidak memuaskan hati.

Kali ini, 2 keping gambar yang kami perolehi ini dengan jelasnya menunjukkan rekabentuk terakhir Proton Preve hatchback. Pelancaran model ini dijangkakan pada hujung tahun ini. Sekali pandang, nampak bergaya juga kan rekaan Preve hatchback ini?

Apa kata anda? Adakah anda berpuas hati sekiranya ini adalah rekabentuk terakhir Preve hatchback? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen. Sumber : pilihan-anda.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Jul 2013

KADAR BAYARAN ZAKAT FITRAH BAGI SELURUH NEGERI DI MALAYSIA 2013

Semua umat Islam dalam negeri ini hendaklah mengeluarkan zakat Fitrah mereka kepada Amil yang telah diberi tauliah oleh Majlis Ugama Islam & Adat Resam Melayu Pahang (Majlis) di tempat masing-masing bermula daripada awal Ramadhan dan selewat-lewatnya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

Sesiapa yang enggan berbuat demikian adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 171(1) Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, No. 8 Tahun 1982 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Manakala sesiapa yang didapati membayar Zakat atau Fitrah kepada seseorang Amil yang tidak bertauliah dan sesiapa yang bukan Amil menerima atau mengutipnya adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 173 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang, No. 8 Tahun 1982 dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada Dua Ribu Ringgit atau Penjara tidak lebih daripada satu tahun atau kedua-duanya sekali. - muip.gov.my

Berikut adalah kadar zakat fitrah seluruh negeri di Malaysia bagi tahun 2013 bersamaan 1434 Hijrah. Untuk tahun ini setiap negeri masih mengekalkan kadar seperti tahun sebelumnya

Selain itu, umat Islam turut dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya
Negeri Tahun 2013 (RM)
Perlis 6.00
Kedah 7.00
Pulau Pinang 7.00
Perak 7.00
Selangor 7.00
Negeri Sembilan 6.50
Melaka 6.50
Johor 5.00/8.00*
Pahang 7.00
Terengganu 4.50/7.00/7.60*
Kelantan 7.00
Sarawak 6.50
Sabah 7.00
(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan 7.00
 *Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras
Lafaz Zakat Fitrah
  • Bagi Diri Sendiri
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Diri Sendiri dan Tanggungan
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi diriku dan tanggungan pada Tahun ini kerana Allah Taala’.
  • Bagi Pihak
‘Inilah wang bagi menggantikan Beras Fitrah yang wajib bagi .…..  pada Tahun ini yang diwakilkan kepadaku kerana Allah Taala’.

Soalan Lazim
Untuk membayar zakat fitrah, dimanakah tempat yang paling afdal untuk kita membayar Zakat Fitrah? Adakah di kawasan tempat kita berkerja atau di kawasan tempat kita tinggal atau dikampung halaman?

Jawapan
Membayar zakat fitrah boleh di bayar dimana-mana sahaja dan lebih afdal di tempat tinggal kita (bermastuatin). Ditambah pula seandainya tempat tersebut, adalah tempat kita mencari dan mendapat rezeki. Sumber Google

Jom bayar zakat, jika masih belum menjelaskannya :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Jul 2013

BANDAR KUANTAN PERUBAHAN ALIRAN TRAFIK KEPADA JALAN SEHALA


Perubahan aliran trafik Bandar Kuantan - Aliran lalu lintas membabitkan lapan jalan utama di bandar Kuantan akan diubah daripada dua hala kepada sehala bagi mengurangkan kesesakan bermula 22 Julai ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, cadangan perubahan aliran lalu lintas telah diluluskan pelaksanaannya pada 5 Jun lalu dan akan melalui tempoh percubaan selama tiga bulan yang bakal berakhir 21 Oktober ini.

"Sehubungan itu, notis pemakluman selama sebulan akan dikeluarkan Isnin ini kepada orang ramai, peniaga-peniaga, pemilik-pemilik premis serta operator teksi dan bas.

"Dalam tempoh percubaan ini, pembahagi jalan dan tiang-tiang lampu akan dikekalkan termasuk papan tanda jalan serta arah akan diperbanyakkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Muhammad Safian, sebanyak empat lampu isyarat akan ditutup iaitu di Jalan Tanah Putih-Jalan Besar-Jalan Penjara; Jalan Penjara-Jalan Mahkota; Jalan Penjara-Jalan Haji Abdul Rahman-Jalan Mat Kilau dan Jalan Tun Ismail-Jalan Beserah.

"Jalan dua hala yang dijadikan sehala pula akan dilaksanakan secara berperingkat. Bagi fasa ini, jalan yang terlibat ialah Jalan Penjara, Jalan Wong Ah Jang, Jalan Tun Ismail, Jalan Beserah, Jalan Teluk Sisek dan Jalan Besar.

"Justeru, saya menasihati orang ramai supaya peka terhadap tanda jalan, amaran dan maklumat yang dipasang di bahu-bahu jalan," jelasnya sambil memberitahu pelaksanaan ini melibatkan kos sebanyak RM4 juta.

Sebarang cadangan atau aduan boleh dikemukakan kepada pihak Sekretariat Bahagian Jalan, Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan atau Bahagian Perhubungan dan Kemasyarakatan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di talian 09-5121555/666 atau laman sesawang MPK www.mpk.gov.my. Sumber
Sinar Harian

* Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TAHUKAH ANDA 1001 KEBAIKAN BUAH KURMA

 

Kurma, buah paling berkhasiat dalam dunia

• Percayakah anda bahawa kurma tidak menyalurkan bakteria dan mikrob? Ulat yang ada di dalam kurma lama dapat memusnahkan amuba dan membunuh bakteria yang mungkin menyerang manusia.

• Seandainya tidak kerana kurma dan kopi arab, nescaya penduduk Jazirah Arab akan diserang berbagai penyakit yang tidak diketahui hujung pangkalnya kecuali oleh Allah.

• Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

• Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

• Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

• Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

• Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

• Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

• Tahukah anda bahawa kurma barhi dianggap sebagai eliksir bagi para pemuda dan di dalamnya tersimpan rahsia besar kerana ia dapat menggiatkan kelenjar dan menguatkan saraf?

• Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

• Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

• Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya, dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

• Tahukah anda bahawa terdapat sejenis pokok kurma yang mati seiring dengan kematian pemiliknya?

• Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandung protein tumbuhan yang bagus dan mudah dicerna?

• Tahukah anda bahawa kurma mengandungi sejumlah vitamin, seperti vitamin A, vitamin B, vitamin C, biotin, riboflavin, dan lainnya?

• Tahukah anda bahawa kurma bermanfaat untuk mengubati kekurangan darah kerana ada kandungan zat besi dalam kadar yang tinggi?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menguatkan rahim ketika melahirkan kerana mengandungi hormon pitosin yang berkhasiat mengatur proses melahirkan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mencegah keradangan kerana mengandung antiseptic dan antirematik?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandungi kadar serat baik yang bermanfaat untuk membantu gerakan usus dan mencegah sembelit?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melindungi usus besar dari kanser?

• Tahukah anda bahawa kurma adalah penggekang nafsu makan?

• Tahukah anda bahawa jenis kurma yang kalorinya paling rendah adalah ‘ajwah Madinah, razizi, dan rabi’ah?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling sesuai untuk mendapatkan tubuh yang ideal adalah Hulwah Ha`il, kerana setiap 100 gram darinya tidak mengandungi lebih dari 67 kalori?

• Percayakah anda bahawa jenis kurma yang paling banyak mengandungi mineral dan vitamin yang tinggi dari potasium dan besi adalah rabi’ah Madinah?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah ubat bagi orang yang menderita kekurangan berat badan kerana kaya dengan tunggal-tunggal yang tidak memerlukan proses pencernaan?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi ketegangan syaraf yang diakibatkan oleh aktiviti kelenjar tiroid yang melampau?

• Percayakah anda bahawa kurma adalah makanan yang mudah dicerna dan tidak memberatkan tubuh?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat mengurangi rasa lapar yang amat sangat pada orang yang berpuasa?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat menyediakan perut untuk menerima makanan dan mencegah konstipasi?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat melancarkan kencing dan mencuci ginjal?

• Tahukah anda bahawa kurma dapat membersihkan liver dari racun dan meredakan pergolakan saraf?

• Tahukah anda bahawa kurma basah mengandung kadar gula tinggi yang mudah dicerna dan diserap seperti glukosa?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat menurunkan tekanan darah bagi perempuan hamil dan menormalkannya ketika prakelahiran?

• Tahukah anda bahawa kurma basah dapat membersihkan usus besar (kolon) sehingga bermanfaat untuk membantu dan memudahkan proses melahirkan?

• Tahukah anda bahawa kurma dinamakan dengan manjam (tambang) kerana mengandung banyak unsur mineral seperti fosfor, kalsium, magnesium, besi, sodium, sulfur, dan klorin?

• Tahukah anda bahawa kurma terdiri dari 21% air, sejumlah besar vitamin, 2,1% protein, 18% lemak, 73% gula dan 3% serat?

• Percayakah anda bahawa kandungan kalori dari 1 kg kurma sama dengan kandungan 1 kg daging?

• Tahukah anda bahawa kandungan nutrisi 1 kg kurma mentah setara dengan 3 kg makanan lain?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat memelihara kelembaban dan kecerahan mata, serta menajamkan pandangan pada malam hari?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat melembabkan usus sehingga memeliharanya dari radang dan infeksi?

• Percayakah anda bahawa kurma membekalkan tubuh dengan zat besi yang diperlukan oleh darah dan fosfor yang membantu proses berfikir?

• Percayakah anda bahawa kurma menyuplai tubuh dengan panas dan vitamin yang membantu pertumbuhan dan menguatkan saraf?

• Percayakah anda bahawa kurma dapat membantu menenangkan perasaan dan jiwa sehingga disarankan kepada orang yang berpenyakit saraf dan panas baran?

• Percayakah anda bahawa memakan kurma sebelum makan pagi dapat membunuh cacing?

• Percayakah anda bahawa kurma dianggap sebagai makanan paling baik di gurun sahara kerana dapat disimpan dalam masa yang lama tanpa ditimpa kerosakan?

• Percayakah anda bahawa kurma memainkan peranan yang baik dalam membersihkan zat-zat beracun yang dihasilkan oleh proses asimilasi bahan makanan dalam tubuh?

• Percayakah anda bahawa di antara penduduk Sahara dan Oasis tidak mengidap kanser kerana mereka biasa mengambil kurma sebagai makanan asas?

• Percayakah anda bahawa garam-garam alkali yang ada dalam kurma berfungsi untuk membetulkan kemasaman darah yang diakibatkan oleh pengambilan makanan-makanan berlemak yang melampaui batas?

• Tahukah anda bahawa kurma tidak mengandung zat-zat yang dapat menghalangi penyerapan zat besi?

• Tahukah anda bahawa kurma juga dapat meningkatkan daya serap dalam tubuh, khususnya pada anak-anak?

• Percayakah anda bahawa jenis zat-zat gula dalam kurma dapat diserap dengan cepat sehingga dapat terus sampai ke darah dan sel-sel tubuh?

• Percayakah anda bahawa kadar serat dalam kurma pada fase ruthab sekitar 2% dan meningkat hingga 4% pada kurma yang disimpan?

• Percayakah anda bahawa kurma mengandung fosfor dengan kadar yang lebih tinggi daripada kadar fosfor dalam apricot, pir, stroberi, dan anggur, dan bahwa dalam setiap 100 gram kurma terdapat 40 miligram fosfor? - Sumber Facebook


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

15 Jul 2013

VIDEO : PERGADUHAN BERKUMPULAN MELAYU VS INDIA DI KLANG UTARA


LELAKI MELAYU DICEDERAKAN OLEH LELAKI INDIA BERPUNCA DARIPADA KEMALANGAN JALAN RAYA

Punca pergaduhan adalah berkaitan satu kejadian (1) lelaki melayu
Nama: Mohd syukri b.sairun
Umur:24 tahun, kerja di MPK (Majlis Perbandaran Klang) telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama setelah terbabit dengan kemalangan. Mangsa bsama adiknya menaiki m/sikal utk ke masjid, telah dilanggar oleh suspek yg menaiki m/kar tersebut dr belakang. Telah berlaku pertengkaran mulut dan Suspek tlh keluar kenderaan dan tetak mangsa di kedua belah tangan dan kepala. Mangsa dirawat di zon merah HTAR klang dan tdk sedarkan diri. Suspek (1)(L)(I) umur 20an, bdn kurus sederhana tinggi, menaiki sebuah m/kar proton saga iswara warna biru, no.pend. BEG 8868 bersama (3) lagi lelaki india.

Susulan kejadian...

Salam YDH Dato' / Tuan / Puan;

Untuk makluman awal kes rusuhan diantara kumpulan lelaki Melayu dan kumpulan lelaki India di Flat Rebana dan Taman Klang Utama, Bukit Raja, Klang.

Terdapat (3) laporan polis yang berkaitan kejadian iaitu:
1. Bukit Raja Rpt 4238/13 (maklumat pertama)
2. Bukit Raja Rpt 4239/13
3. Bukit Raja Rpt 4240/13
4. Bukit Raja Rpt 4238/13

Mangsa yang cedera adalah seperti berikut:-
1. Zon merah(kritikal)-Kamala Gasan,26 tahun
(0163536027)
cedera_kepala ditetak s'jata tdk pasti.

2. Zon hijau(pesakit luar)-Nithiaraj a/l Sennasamy 900414085677,no 37 lorong sungai keramat 1 klang utama

Manakala (3) lagi mangsa masih belum diperolehi butir-butir.

Fakta kes:
Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, anggota gerakan terima maklumat dari (1) (P) india maklum ada pergaduhan antara kumpulan lelaki melayu dan kumpulan lelaki India di flat rebana, bukit raja, klang.

Siasatan awal terdapat tiga kejadian iaitu:
1. Pengadu: Thangarajah a/l Mylyaganam, 34 thn, membuat laporan Bukit Raja Rpt 4139/13. Pada 11/07/13 jam l/k 2300hrs, semasa pengadu dirumahnya nampak anak saudaranya (mangsa) iaitu:
1. Shuhendran
2. Parthiban
3. Gunaselan
Telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu seramai l/k 100 org bersenjatakan batang besi, kayu, parang dan pisau. Saspek lelaki melayu tersebut turut membakar (2) buah m/sikal milik mangsa.

2. Pengadu: Muthamimaran a/l manimaran, umur 16 thn membuat laporan bersabit Bukit Raja Rpt 4240/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2340hrs, semasa pengadu dan kawannya nama Ganesran a/l sekaran berada di depan Pasaraya Econsave Klang telah diserang oleh sekumpulan lelaki melayu l/kurang 30 org bersenjatakan kayu dan besi. Pengadu dan kawannya telah dipukul oleh saspek dan mendapat kecederaan di kepala.

3. Pengadu: Murugan a/l verappan , umur 55 thn telah membuat laporan bersabit Bukit Raja 4241/13. Pada 11.07.13 jam lebih kurang 2330hrs, semasa pengadu dirumah telah terima maklumat mengenai anaknya bernama Prakash telah dipukul oleh sekumpulan lelaki melayu berjumlah seramai 10 org dan m/sikal miliknya telah dibakar.

Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan adalah berkait satu kejadian (1) lelaki melayu telah ditetak di jalan sg keramat 3, taman klang utama. Siasatan dijalankan dibawah Seksyen 324 KK, I.O insp kartini, IP 1500/13, Bukit Raja Rpt 4209/13.

Kejadian susulan iaitu pada 11.07.13 jam lebih kurang 1930hrs, (1) lelaki melayu kerja berniaga pasar malam telah diugut oleh (1) lelaki India dan saspek lelaki india telah menyepak dan menaburlan makanan peniaga melayu tersebut.
(Tiada laporan polis dibuat)

Tindakan :
Sepasukan anggota polis dari cawangan MPV, Balai Bukit Raja, Balai Bandar Baru Klang dan cawangan jenayah IPD Klang Utara dan dibantu oleh pasukan D7 IPK Selangor. Telah sampai ditempat kejadian dan berjaya mengawal keadaan.
Pemantauan masih dijalankan.
Pihak gerakan telah dimaklumkan supaya mengarahkan MPV dan RCJ supaya membuat rondaan di kawasan yg terlibat.

Terima kasih YDH Dato' / Tuan / Puan.

PT D7 SL
Perhatian.. Ini berita yg baru saya terima.... buat masa ini.. Di minta saudara2 semua berhati2 jika ke kawasan flet rebana.. Ini kerana kejadian pergaduhan antara melayu dn india.. Pd mlm td di katakn seorg lelaki india telah terbunuh dlm pergaduhan itu. Dn info yg saya br terima.. Mlm ini kaum.india dr kapar akan ulang semula pergaduhan mlm td di taman seri cempaka.. Hati2 dn sebarkn kepada saudara mara utk keselamatn.. Selamat berpuasa.. utk makluman semua. Sumber Video Facebook dan Sumber Berita DISINI


Harapan doa bersama semoga semua situasi ini dapat dikawal sepenuhnya dan tidak berlanjutan.

Wassalam, Wa'allahhualam.

14 Jul 2013

BAHAYA DAN KEBURUKAN AJINOMOTO!

Hari ini rata-rata surirumah atau mereka yang menyediakan atau yang mengendalikan makanan pasti akan menggunakan bahan perasa ajinomoto... kalau tak letak kata mereka tak sedap... rasa tawar dan sebagainya. Bahkan ada yang bergantung sepenuhnya masakan mereka pada bahan ini.. kalau tak ada aji alamat makanan mereka tidak akan menjadi sedap dan lazat.

Demikianlah pendahuluan kepentingan ajinomoto atau Mono Sodium Gulamate (MSG) dalam memujuk hati segenap surirumah supaya melazatkan lagi makanan mereka. Sebagaimana pentingnya bawang, lada dan garam, begitu jugalah peranan MSG yang dianggap nadi penyedap kepada masakan. Oleh itu tidak hairanlah jika hampir semua rumah di Malaysia pasti memiliki sekurang-kurangnya sebotol penambah perisa tersebut sebagai ‘teman’ setia di dapur.

Tetapi adakah kita sedar, bahawa pelbagai kajian saintifik yang dijalankan oleh pakar seluruh dunia mendapati bahawa MSG memberi impak negatif kepada kesihatan manusia? Tahukah kita bahawa penggunaan MSG pernah dikritik hebat oleh Persatuan Barah Kebangsaan Jepun, negara kelahirannya sendiri?

Buktinya pada 25 Oktober 1983, Dr. Shozo Takayama dari institusi tersebut telah menjalankan kajian ke atas 84 ekor tikus yang diberi dua jenis MSG. Selepas 16 bulan, keputusannya menunjukkan tikus-tikus berkenaan telah mengalami tanda-tanda tumor (ketumbuhan) pada paru-paru, usus kecil dan besar, bawah kulit, perut dan otak. Demikian juga hasil kajian Dr. John W. Olney dari University Washington pada awal tahun 1968, yang menunjukkan bahawa MSG mampu menjejaskan otak dan urat saraf.

Fakta ini terbukti dengan sendirinya apabila pada tahun yang sama, muncul sejenis penyakit yang digelar “Sindrom Restoran Cina” (Chinese Restaurant Syndrome). Ia ditemui oleh Dr. RHM Kwok dari Amerika Syarikat yang mengkaji pelanggan-pelanggan di sebuah restoran makanan cina yang mengalami rasa kebas di tengkuk, menurun ke bahagian lengan dan belakang, lemah-lemah anggota dan denyutan koronari yang berlaku setiap 15 hingga 20 minit. Semua symptom ini dialami selepas menjamah hidangan cina, dan puncanya adalah akibat penggunaan MSG yang tinggi. Kajian ini disokong lagi oleh Dr. Baker dan Allen dari hospital Royal North Shore, Sydney, apabila dua pesakitnya diserang asma kronik selama 12 jam sesudah menikmati masakan cina.

Selain itu, kesan MSG turut terlihat pada kanak-kanak. Penggunaan secara berleluasa dalam makanan ringan dan makanan bayi menyebabkan anak-anak turut terdedah kepada bahaya ini. Menurut Dr. Olney lagi, proses penyerangan secara halus MSG terhadap otak bayi yang normal mungkin tidak dapat dikesan, namun ia tetap mendatangkan kesan buruk apabila bayi tersebut mencapai tahap kematangan. Tambahan pula, kesan ini turut membantutkan kebolehan anak menerima pelajaran.

Inisiatif terbaik untuk menangani masalah ini adalah dengan mengelakkan penggunaan MSG, dan menggantikannya dengan bahan perasa asli. Surirumah dan peniaga tidak perlu bimbang tentang kualiti rasa makanan, kerana kebanyakkan masakan tempatan sudah sememangnya kaya dengan ‘rasa tersendiri’ dari penggunaan pelbagai jenis herba dan rempah-ratus - Sumber :  nidajiwakosong.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Jul 2013

POTRET : TOK GAJAH DATO' BAHAMAN DAN MAT KILAU

 
1. Tok Gajah   2. Dato' Bahaman  3. Mat Kilau 

Potret ini dikatakan gambar pahlawan tersebut. Biodata mereka sila klik pada nama dibawah.

TOK GAJAH
DATO' BAHAMAN
MAT KILAU

Gambar diatas tidak dapat dipastikan sama ada gambar sebenar atau sekadar lukisan sahaja.

Sumber : Facebook Gambar Klasik Pahang.

Wassalam, Wa'allahhualam.

11 Jul 2013

KELEBIHAN BERSAHUR DAN BUAH KURMA


“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.”  -HR Bukhari dan Muslim

Ibadat puasa adalah satu perkara yang dituntut dan diwajibkan ke atas semua umat Islam yang telah cukup umur dan berkemampuan. Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur adalah satu amalan sunat yang digalakkan kepada mereka yang berpuasa. Namun dalam era globalisasi yang sentiasa bergerak pantas ini, umat muslimin menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak bersahur. Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa.

Umum begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga yang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka.

Bagi mereka yang bersahur Allah SWT akan memberi keuntungan yang berlipat kali ganda. Selain daripada memperolehi kekenyangan dan kekuatan untuk mengerjakan ibadat puasa pada sebelah siangnya, mereka juga akan memperolehi berkat yang diturunkan pada sepanjang hari mereka melaksanakan ibadat tersebut.

Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:

· Menuruti sunnah;
· Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
· Menambah kekuatan untuk beribadat;
· Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
· Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan
      · Mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.

Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaik-baik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar.  Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. 

 Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW:  Sebaik-baik makanan sahur bagi
orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi


Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut.

Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh.  Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran. Sumber : Smaaf.net/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR KLASIK : FOTO TERAWAL DI NEGERI PAHANG 1888

 

FOTO TERAWAL DI NEGERI PAHANG 1888

Foto pertama yang dirakam di negeri Pahang adalah sewaktu lawatan High Commisioner British ke Tanah Melayu, Sir Clementi Smith ke pahang untuk mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada june 1888, sebelum itu dipahang tiada wujud atau rekod mengenai apa2 pun photo mengenai negeri pahang- foto asal Arkib Negara Malaysia.


Difahamkan semasa foto ini diambil istana terentang belum dibina, foto ini diambil berhampiran istana rupa iaitu, diatas tapak makam diraja pekan lama sekarang dahulu termasuk masjid sultan ahmad shah pekan lama dan sekolah arab lama adalah tapak istana-istana. Diantaranya istana rupa, istana gedong, istana pantai,balai gambang, istana kuning,istana kecik, istana mangga tunggal dan lain-lainya.


Sejarah Campurtangan British di negeri Pahang

Foto terawal dirakam di negeri Pahang sewaktu lawatan Sir Clementi Smith ke Pekan untuk Mengadap Sultan Ahmad Muazzam Shah pada Jun 1888.

Duduk di bawah: Wakil British_______?, Wakil Pahang_______?, Wakil British_______?, Frank Swettenham, Tok Panglima Dalam Hitam Abdullah dari keturunan Pengiran Bagauddin Brunei yg merantau ke pahang, Wakil Pahang_______?

Duduk dikerusi: Wakil British_______?, Engku Muda Wan Mansur ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Tengku Mahmud ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Besar), Sir Clementi Smith (Pesuruhjaya Tinggi British), Sultan Ahmad Muazzam Shah ibni al-Marhum Dato’ Bendahara Paduka Raja Tun Ali, Hugh Clifford, Tengku Ali ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (Tengku Muda).

Berdiri diantara Sultan Ahmad dan Hugh Clifford adalah Tengku Abdullah ibni al-Marhum Sultan Ahmad Muazzam Shah (kemudiannya Sultan Pahang 1917-1932)

Gambar asal - Arkib Negara Malaysia (Muzium Pekan), keterangan gambar – Ku Nain (Zulkarnain Ismail).

Gambar masih dalam proses penyelidikan, sebarang kesilapan fakta dan warna adalah tidak disengajakan.
Sumber-  Facebook Gambar Klasik Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

8 Jul 2013

KADAR MAS KAHWIN DI PAHANG CADANG DI NAIKKAN KEPADA RM 150

Kadar mas kahwin di Pahang berjumlah RM22.50 yang diamalkan sejak hampir 100 tahun lepas, dicadang dinaikkan kepada RM150.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, kerajaan negeri menerusi Jabatan Agama Islam Dan Adat Resam Melayu sedang meneliti perkara itu.

"Pihak kerajaan melalui Jaip (Jabatan Agama Islam Pahang) sedang meneliti perkara itu dan membuat cadangan dengan kadar baharu iaitu sebanyak RM150.

"Bagaimanapun perkara ini perlu dipersembahkan terlebih dahulu kepada Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi mendapat perkenan baginda selaku Ketua Agama Negeri Pahang,” katanya hari ini.

Beliau ditemui pemberita di luar dewan selepas menghadiri Persidangan Pertama Penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang, di sini.

Menurutnya, dengan mas kahwin RM22.50, pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga pada tahun-tahun 1920-an hingga 1930-an mampu membeli seekor kerbau yang berharga sekitar RM16 serta dua ekor anak kerbau berusia sebulan pada ketika itu.

Ini membolehkan pasangan berkenaan menggunakan haiwan berkenaan untuk menyara keluarga, katanya. - Bernama - Kosmo
Kalau di lihat perbandingan mas kahwin di atas bagi lain-lain negeri. Maka sewajarnya juga di naikkan. Harga barangan dan keperluan yang lain sudah jauh berubah. Setakat ini Negeri Pahang paling murah mas kahwinya. Nak tahu kadar wang hantaran perkahwinan mengikuti taraf pendidikan pasangan lihat : DISINI

Wassalam, Wa'allahhualam.

TARIKH PENETAPAN PUASA BAGI SELURUH NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA 2013


Pengumuman Puasa 2013

Sepertimana telah di maklumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Rabu ini, 10 Julai 2013, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Selamat mengerjakan ibadah puasa.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

7 Jul 2013

DENDA KESALAHAN KERANA TIDAK BERPUASA DI NEGERI PAHANG

Bila menjelang bulan ramadhan akan ada segelintir mereka yang tidak berpuasa bahkan sesetengahnya bagaikan menjadi satu kebanggaan kerana tidak berpuasa... tidak kurang ramai yang akan memberi seribu satu alasan kerana tidak boleh berpuasa dan ada juga yang menyamar bukan dikalangan orang islam, ini sememangnya satu kesalahan yang berat dan perlu dipandang serius.

Mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Umat Islam yang ditangkap oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) atas kesalahan tidak berpuasa pada Ramadan ini boleh dituduh menghina Islam dan bakal berhadapan dengan hukuman lebih berat. Mengikut kesalahan di bawah Seksyen 170 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, mereka yang ditangkap kerana tidak berpuasa boleh didenda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali kerana menghina Islam.

Mengikut hukuman melalui Seksyen 137 dan Seksyen 170 terhadap kesalahan tidak berpuasa atau kaki ponteng puasa itu perlu untuk memastikan kesalahan tersebut tidak dilakukan sesuka hati kerana ia mencemar maruah kesucian Islam. "Tindakan lebih berat berbanding sebelum ini turut dikenakan terhadap peniaga yang menjual makanan kepada mereka yang tidak puasa," Sebelum ini orang Islam yang disabit kesalahan tidak berpuasa Ramadan didenda maksimum RM500 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali, manakala penjual makanan pula berdepan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-dua mengikut Seksyen 137 enakmen sama. Sumber Fakta daripada Google

Moralnya kalau tidak berpuasa makanlah dirumah sendiri.. bedallah semahunya.. (kerana dosa sendiri tanggung) ...  apa perlu menunjuk-nunjuk di khalayak ramai? Hormatilah agama islam kita. Jangan disebabkan kerana perbuatan segelintir daripada kita, orang bukan islam akan memandang dengan rasa tidak percaya terhadap orang islam yang lain.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

5 Jul 2013

NIAT PUASA RAMADHAN DAN DOA BERBUKA PUASA


Salam, Syukur Alhamdulillah dalam 2-3 hari lagi kita semua akan mula berpuasa ramadhan. Jadi elok rasanya kita mengulangkaji semula niat untuk berpuasa dan doa untuk berbuka puasa khasnya untuk anak-anak kita yang baru berlajar untuk berpuasa. Niat puasa Ramadhan sehari dan sebulan juga doa untuk berbuka puasa bagi yang terlupa.

Untuk itu marilah kita berazam untuk perbaiki sepenuhnya ramadhan kita pada kali ini. Berbanding ramadhan bagi tahun-tahun yang lepas.

Membuat amalan lebih baik seperti solat terawih dan memperbanyakkan memberi derma dan sedekah. Jika tahun lepas main selang seli aje solat terawihnya... tahun ini kita berazam untuk sepenuh. Jika dulu setiap malam solat 11 rakaat, tahun ini 20 rakaat. Kurangkan pembaziran... jika tahun lepas kita perabis banyak untuk Bazar Ramadhan dan baju raya. Sebaiknya tahun ini kita tidak membazir seumpama itu. Akhir kata selamat berpuasa daripada kami.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

2 Jul 2013

INFO LESUNG PADI DAN PROSES MEMBUAT EMPING PADI

 
 Lesung Padi
Jika dahulu lesung padi atau ada juga yang menyebut lesung padi kayu atau lesung indik banyak sekali terdapat di sesetangah kampung di Pahang ini dan boleh dikatakan di kebanyakkan kampung-kampung yang mempunyai sawah padi pasti disetiap rumah terdapat lesung padi kayu ini. Pasti tujuan utama lesung padi ini untuk menghasilkan atau untuk memproses padi dijadikan beras atau bagi tujuan membuat emping padi. Kini boleh dikatakan lesung padi ini sudah melewati waktunya dan semakin dilupakan. Malahan mungkin genarasi hari ini sudah tidak mengenali akan lesung padi ini.

Emping padi merupakan sejenis makanan ringan yang diperbuat daripada padi. Padi pulut yang lewat ditanam, khas sebagai penutup musim menanam padi, biasanya lebih lambat masak dan akan dituai semasa masih hijau dan sesuai untuk dijadikan sebagai emping.

Padi tersebut akan di tuai dan digemal dan dilerai. Padi yang lerai tersebut akan ditumbuk dengan menggunakan lesung kayu. Gula dan kelapa parut akan dicampurkan bagi menghasilkan emping dan renga sebagai satu resmi yang menjadi tradisi dikalangan pesawah.

Pesta mengemping padi kebiasaannya menjadi satu acara yang dinantikan kerana pada masa dahulu, pada ketika itu lah para pemuda kampung dapat mencari pasangan hidup atau gadis-gadis kampung bergaul di bawah pengawasan orang-orang tua. Hari ini perkara ini mungkin sekadar tinggal nostalgia sahaja.

Emping Padi

PROSES MENGHASILKAN EMPING PADI
Kebiasaannya, emping padi dihasilkan pada penghujung musim penanaman padi, bila mana dalam tempoh tersebut, padi yang ditanam telah mencapai proses pra matang. Ianya dapat dikenalpasti dari warna buah padi muda yang hijau telah bertukar menjadi hampir kekuning-kuningan. maka dalam tempoh tersebut, adalah sangat sesuai buah padi tersebut di proses untuk dijadikan emping.

Bukan semua jenis padi sesuai untuk untuk dijadikan emping, hanya beberapa jenis padi sahaja dapat menghasilkan emping yang sedap dan menyelerakan. Spesis padi pulut adalah tidak sesuai sama sekali dalam proses ini.

Padi yang akan menjalani proses, hendaklah dari padi yang baru dituai, dipisahkan dari tangkainya serta diasingkan dari padi yang tidak berisi dengan melalui proses yang dinamakan ’mengangin’. Proses seterusnya adalah dengan merendam padi tersebut untuk tempoh 6 hingga 8 jam. Dalam proses ini, hanya padi yang tenggelam sahaja akan dipilih.

Dalam tempoh merendam tersebut, peralatan mengemping perlu disediakan secukupnya supaya tidak akan mengganggu proses seterusnya, kerana padi yang telah siap direndam, perlu segera menjalani proses mengemping.

Peralatan-peralatan yang perlu disediakan adalah:

A. Peralatan memasak
1. Dapur gas besar atau Dapur kayu
2. Kuali bersaiz besar
3. Sabut kelapa

B. Peralatan Mengemping.
1. Lesung padi (lesung kayu)
2. Antan (alu) / 2 unit
3. Bilah Perejam (1.5m panjang)
4. Nyiru dan gadang

MENGEMPING

Buah padi yang telah menjalani proses merendam tadi hendaklah ditoskan selama 1 hingga 2 jam bagi menyingkirkan air yang terdapat di bahagian luar buah padi tersebut. Sementara itu, dapur dinyalakan dan kuali penggoreng dipanaskan dengan api yang perlahan. Setelah proses tos selesai, padi tersebut digoreng di atas kuali dengan nyalaan api yang sederhana. Sabut kelapa digunakan untuk mengacau padi yang digoreng. Padi hendaklah sentiasa dikacau supaya masak samarata dan mengelakkan kulit padi dari hangus.

Padi yang telah sedia ditumbuk dapat dikenalpasti apabila beberapa biji padi tersebut pecah dan membentuk ‘bertih’, maka, padi tersebut hendaklan dipindahkan seberapa segera ke dalam lesung kayu yang tersedia. Proses menumbuk juga hendaklah dimulakan sebaik sahaja padi goring tadi dimasukkan, kerana melambatkan proses ini akan menyebabkan padi menjadi sejuk dan menghasilkan emping yang kurang bermutu.

Kaedah menumbuk hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Biasanya 2 atau 3 individu diperlukan untuk proses ini. Peraturan dan kesefahaman juga perlu diambil kira bagi melancarkan proses penting ini, penggiliran menumbuk dan merejam adalah amat penting. Bilah perejam adalah merupakan alat bagi membalik-balikkan bahan di dalam lesung dan mengelakkan bahan dari melekat pada lesung dan perlu dilakukan berselang dengan antan (alu).

Proses menumbuk akan berakhir apabila padi goreng tersebut menjadi leper dan semua kulit padi tersebut telah terpisah dari isi. Emping yang masih bercampur kulit padi tadi perlulah dikeluarkan dari lesung dan diletakkan de dalam nyiru bagi menjalani proses ‘menampi’ untuk membuang kulit padi tersebut. Setelah bersih, pindahkan emping yang telah siap ke dalam gadang untuk disimpan. Ulangi semula proses menggoreng padi dan menumbuk sehingga kesemua padi rendam habis. Disunting daripada pelbagai Sumber by Google. Kredit gambar Lesung padi kepada : Facebook Family Tanjong Besar Benta Kuala Lipis.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<