Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Okt 2013

PANAS : 60 ORANG BANKRAP DI MALAYSIA SETIAP HARI !

Sebanyak 60 orang diisytiharkan bankrap setiap hari di negara ini dengan golongan berumur 35 hingga 44 tahun mencatatkan angka tertinggi iaitu 34.31 peratus, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri.

Katanya kumpulan kedua tertinggi ialah berumur 45 hingga 54 tahun sebanyak 26.49 peratus, 25 hingga 34 tahun 20.09 peratus serta 55 tahun dan ke atas 11.77 peratus. “Sehingga September (tahun ini sahaja) sebanyak 16,306 orang diisytiharkan bankrap dan jumlah kes tersebut terus meningkat setiap tahun. Dari 2007 hingga September tahun ini pula, seramai 116,488 orang diisytiharkan bankrap,” katanya.

Nancy berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan sijil pelepasan kebankrapan kepada 30 orang, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) Rohana Abd Malek.

Katanya sejak MdI ditubuhkan pada 1924 hingga September tahun ini, sebanyak 251,209 orang disahkan bankrap, dan daripada jumlah tersebut hanya 28 peratus sahaja telah mendapatkan khidmat nasihat MdI bagi meneruskan pentadbiran kes, manakala selebihnya tidak dapat dikesan.

Mengikut statistik MdI, seramai 13,238 orang dikategorikan bankrap pada 2007, diikuti 13,855 orang pada 2008; 16,228 orang 2009; 18,119 orang 2010; 19,167 orang 2011; dan 19,575 orang pada 2012, dengan mereka yang menceburi sektor swasta dan berniaga menunjukkan peratusan tertinggi.

Dalam tempoh masa tersebut (2007-2013), kaum Melayu dan Cina merupakan kumpulan terbesar menjadi bankrap iaitu masing-masing mencatatkan 45.10 peratus (52,535 orang) dan 32.97 peratus(38,407 orang), berbanding India 12.63 peratus (14,710 orang) dan lain-lain sebanyak 9.30 peratus (10,836 orang).

Sementara bagi kategori pula (2007-2013), sewa beli kenderaan mencatatkan jumlah tertinggi kebankrapan iaitu 30,451 kes (26.14 peratus); diikuti pinjaman perumahan 20,529 kes (17.62 peratus); pinjaman peribadi 18,053 kes (15.50 peratus); dan pinjaman perniagaan 14,431 kes(12.39 peratus).

Statistik MdI juga menunjukkan bahawa hutang kad kredit hanya 4,875 kes (4.18 peratus) bagi tempoh masa tersebut. Mengulas lanjut, Nancy berkata kebankrapan bukan penghujung hidup sebaliknya ia boleh menjadi pelindung apabila seseorang gagal untuk membayar hutangnya kepada pemiutang atas pelbagai faktor.

Katanya di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat, masyarakat menjadikan kebankrapan sebagai pelindung dengan memfailkan permohonan kebankrapan dan membuat penstrukturan semula hutang.

“Budaya inilah yang mahu diterapkan dalam kalangan rakyat kita. Kita tidak mahu rakyat yang hanya tahu berhutang tetapi akhirnya lari daripada tanggungjwab pinjaman yang telah dibuat. “Bagi Januari hingga September sahaja, sebanyak 27,432 petisyen kebankrapan telah difailkan di mahmakah.

“Daripada jumlah tersebut 99.2 peratus (27,210 kes) petisyen kebankrapan dibuat oleh pemiutang, manakala 221 kes (0.8 peratus) sahaja petisyen kebankrapan dipohon penghutang sendiri,” katanya.

Bagi mereka yang mengalami bebanan hutang dan kesukaran membayar balik jumlah hutang yang tinggi, katanya kerajaan di bawah Bank Negara telah menubuhkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (APKP)yang berperanan dalam pendidikan kewangan, kaunseling kewangan dan pengurusan kredit.

Selain itu katanya, undang-undang kebankrapan sedia ada juga sedang dalam proses pembaharuan agar tidak ramai lagi yang menjadi mangsa kebankrapan.  Sumber – BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Okt 2013

PANAS : HOTEL POPULAR DI JERANTUT LETAK ARAK DALAM MASAKAN

Seorang tukang masak sebuah hotel terkenal di Jerantut yang cuba menipu penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akhirnya mengaku menggunakan arak selepas disoal siasat.

Tukang masak berkenaan pada mulanya mengaku arak jenis wine itu adalah minumannya dan disimpan bersama bahan masakan lain termasuk sos dan kicap.

Bagaimanapun, selepas melihat tulisan tertera Gourmet Cooking Wine yang ditunjukkan penguatkuasa, dia bersetuju bahawa arak itu digunakan untuk memasak masakan Cina.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, dua jenis arak yang ditemui itu diimport dari China dan dipercayai digunakan ketika menyediakan masakan kepada pelanggan Islam kerana peralatan masakan sama tanpa sebarang pengasingan.

“Kandungan alkoholnya hanya satu peratus tetapi kita tetap serius dengan perkara ini bagi menangani kemaslahatan pelanggan Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Noridzuan berkata, semua tukang masak di hotel berkenaan bukan Muslim dan hotel itu juga tidak pernah memohon sijil halal tetapi pemantauan dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui status halal masakan yang disajikan.

Menurutnya, pengurusan hotel tidak berminat memohon sijil halal kerana restoran di hadapan dapurnya menghidangkan minuman keras bagi pengunjung bukan Islam.

“Mereka juga tetap mahu meneruskan penggunaan ramuan dan aneka sos yang tidak dapat disahkan status halal yang tidak dapat menepati syarat dan prosedur pensijilan halal,” katanya.

Noridzuan berkata, pemantauan dilaksanakan bersama Pejabat Agama Islam Jerantut dan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut.

Selepas lebih satu jam membuat pemeriksaan, katanya, kumpulan pemantau itu mendapati amalan kebersihan tidak memuaskan secara keseluruhan terutama di bahagian dapur dan peti sejuk.

“Sarang telur dan telur yang tidak dibasuh dan diletak berhampiran dengan tempat memasak dan semua pekerja di bahagian dapur tidak mendapat suntikan anti typhod serta gagal menghadiri kursus pengendalian makanan.

“Pihak hotel sebenarnya tidak melakukan sebarang pelanggaran Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal 2011) kerana tidak terdapat apa-apa pernyataan halal atau apa-apa perkataan atau objek yang boleh membawa pengertian halal di premis hotel itu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan pelanggan Islam tidak mudah terpedaya dengan ajakan individu tertentu supaya mencuba masakan di hotel atau restoran terkenal yang tiada tanda halal.

Jaip juga menggesa premis makanan supaya lebih peka dengan keperluan penyediaan makanan halal bagi pengguna Islam terutama aspek ramuan yang jelas tidak halal. Sumber : Sinarharian Pahang

AAP :  Sebaik dan sepatutnya pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan garisan panduan dan hebahan yang sama seperti mana pernah di khabarkan Restoran MalabarCafe tidak halal. Jadi perkara ini biar jelas tidaklah warga Jerantut dan orang luar daripada Jerantut tertanya-tanya apakah nama hotel tersebut dan apakah statusnya nanti. Jabatan Agama Islam Jerantut amat diharapkan dapat memberi penjelasan dan pencerahan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA PAHANG KELANTAN SIAPA MENANG?


Banyak ramalan daripada mereka yang popular kata Siti "Saya jangka Pahang akan menang 3-1 insya- Allah"  kata Neelofa "Kelantan berkemampuan tumpaskan Pahang 3-0" Moralnya kalau orang pahang mesti sokong Pahang dan begitulah disebaliknya :)

Apapun kita sama-sama nantikan keputusannya nanti pada 03 Nov.2013. Kalau ikut jangkaan saya Pahang 2 - 1 Kelantan cukup dah... :)  apa kata anda pulak?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Okt 2013

JUALAN TIKET PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA ANTARA PAHANG DAN KELANTAN DIJUAL MULAI ESOK. HOGOH PAHANG HOGOH !

KUANTAN: Sebanyak 30,000 tiket perlawanan akhir Piala Malaysia yang diperuntukkan untuk penyokong Pahang akan dijual mulai esok.

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) Fuzzeimi Ibrahim berkata penjualan di Stadium Darul Makmur akan bermula pukul 10 pagi hingga 4 petang.


"Kita akan membuka lapan kaunter penjualan tiket di Stadium Darul Makmur bagi mengelak berlakunya kesesakan serta perkara-perkara yang tidak diingini.

"Pembukaan kaunter berkenaan juga termasuk satu kaunter penjualan tiket yang dikhaskan untuk kanak-kanak dan harga tiket yang ditetapkan untuk dewasa adalah RM40 manakala RM5 bagi kanak-kanak," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi pembeli tiket yang datang dari luar daerah Kuantan, mereka hanya dibenarkan membeli 40 keping tiket sahaja untuk satu rombongan, namun sekiranya rombongan itu menunjukkan resit penyewaan bas mereka, pembelian melebihi kuantiti itu akan dipertimbangkan.

Fuzzeimi menjangkakan penjualan akan habis dalam tempoh satu jam.

Katanya bagi penyokong di luar Kuantan, mereka boleh menghubungi Persatuan Bola Sepak Daerah masing-masing yang telah dibekalkan tiket untuk dijual.

"PNBP telah mengagihkan kepada 12 persatuan daerah di seluruh Pahang yang merupakan ahli gabungan untuk jualan tiket perlawanan akhir berkenaan," katanya.

Beliau berkata Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengeluarkan sebanyak 75,000 tiket perlawanan akhir Ahad ini, masing-masing 30,000 keping tiket bagi persatuan bola sepak Pahang dan Kelantan dan 15,000 tiket lagi akan dijual di Stadium Shah Alam, Selangor selaku venue perlawanan.

Dalam pada itu katanya, PBNP juga akan berbincang dengan pasukan keselamatan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta kawalan keselamatan ketika penjualan tiket di Stadium Darul Makmur esok. -

Serentak dengan penjualan tiket di Kelantan dan Pahang, FAM juga akan turut melaksanakan penjualan tiket di Stadium Shah Alam Rabu ini bermula jam 9 pagi. “Harga tiket adalah RM45 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Bernama
Gamoknya kabor dek Siti Nurhaliza "Hogoh Pahang hogoh" :) Semoga pasukan Pahang akan mencipta sejarah baru nanti... akhir kata semoga pasukan tok gajah kita akan beroleh kejayaanya kelak! Kalau ada yang bertanya apa maksud "hogoh" lebih kurang maknanya "gegar" didalam bahasa malaysia standartnya. :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Okt 2013

PANAS : BAJET MUNGKIR JANJI, RAMAI MENYESAL UNDI BN

Intipati Bajet 2014 yang dibentangkan Najib di Parlimen dirasakan paling tidak menarik kali ini. Bajet yang pada mulanya diandaikan sebagai bajet menunaikan janji kepada rakyat dan membuktikan slogan BN menang, rakyat senang setelah rakyat, terutamanya penduduk kampung dan luar bandar terus memberi sokongan kepada BN dalam pilihanraya lalu, kini sudah bertukar menjadi bajet mungkir janji.

Jika diimbas janji-janji yang ditaburkan dalam manifesto pilihanraya BN dengan intipati bajet ini, ternyata banyak janji itu tidak ditunaikan dan janji hanya tinggal janji saja.

Janji untuk memberi kesenangan kepada rakyat jelas tidak ditunaikan apabila rakyat kini bakal dibebankan dengan cukai GST sebanyak 6 peratus berkuatkuasa 2015. Subsidi gula sebanyak 34 sen setiap kilo akan dimansuhkan mulai hari ini yang menyebabkan harganya naik daripada RM2.50 sen kepada RM2.84 sen sekilogram.

Dengan kenaikan harga gula ini, pastinya akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut naik. Restoran dan kedai makan serta peniaga kuih pasti akan menaikkan harga jualan mereka. Pemansuhan subsidi gula ini tidak dapat dielakkan akan menyebabkan beban rakyat meningkat lagi.

Lebih malang lagi, sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009, beliau telah menaikkan sekurang-kurangnya lima kali kenaikan harga gula dan ini tentunya menyebabkan saudagar gula Malaysia yang juga rakan baik Najib iaitu Syed Mokhtar Albukhary bertambah lagi kembong poketnya.

Yang mendukacitakan juga, alasan Najib menaikkan harga gula ini ialah kononnya untuk mengelakkan lebih ramai rakyat mengidap kencing manis - suatu logik yang tidak jauh bezanya dengan Menteri Cap Ayam yang sebelum ini pernah mencadangkan rakyat agar jangan makan ayam berikutan harganya yang semakin mahal atau tanam sayur kerana harganya yang mahal di pasar. Tahukah Najib bahawa kencing manis bukan semata-mata disebabkan oleh pengambilan gula, banyak makanan lain termasuk nasi dan gaya hidup yang tidak aktif juga turut menyumbang kepada penyakit kencing manis.

Pelaksanaan cukai GST nyata paling merunsingkan rakyat. Kaedah cukai ini telah diluluskan sejak 2009 lagi tetapi Najib seolah-olah sengaja melaksanakannya selepas mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya. Jika benar GST itu lebih baik daripada sistem cukai sedia ada, kenapa tidak dilaksanakan sebelum pilihanraya atau sebaik ia diluluskan pada 2009 dulu?

Dalam hal ini, benarlah kata Anwar bahawa bajet kali ini lebih mahu menghukum rakyat, berbanding mensejahterakan mereka. Walaupun ada beberapa pengurangan cukai, kebanyakannya hanya yang melibatkan golongan kaya manakala rakyat biasa bakal berhadapan dengan pelbagai jenis cukai dan kenaikan harga barang.

Janji yang paling ketara dimungkiri oleh Najib ialah mahu menaikkan nilai BR1M daripada RM500 kepada RM1,200 yang dibuat dalam pilihanraya lalu. Dengan wajah selamba dan seolah-olah tidak merasa berdosa kerana memungkiri janji kepada rakyat, Najib hanya mengumumkan kenaikan BR1M sebanyak RM150 sahaja kepada RM650.

Dengan kenaikan sebanyak RM150 setahun tetapi dalam masa yang sama GST dikuatkuasakan, harga gula dinaikkan yang akan menyebabkan harga makanan dan minuman turut meningkat dan jika dicampur dengan kesan kenaikan minyak sebanyak 20 sen sebelum ini, tiada lebihan apa-apa yang dinikmati oleh rakyat yang menerima BR1M itu. Bahkan duit mereka sudah pun disedut terlebih dahulu sebelum kenaikan RM150 itu diberikan.

Banyak lagi sebenarnya janji yang ditaburkan semasa kempen pilihanraya lalu yang tidak ditunaikan atau disebut dalam bajet Najib ini. Janji menaikkan baucer buku tidak ditunaikan, kenaikan BR1M untuk orang bujang tidak sebagaimana yang dijanjikan, penurunan harga kereta tidak disebut, begitu juga dengan perumahan dan aspek penjagaan kesihatan.

Pendeknya, bajet kali ini langsung tidak menggambarkan bajet menunaikan janji dan menghargai sokongan rakyat dalam pilihanraya lalu. Bukan saja rakyat yang tidak dihargai, kakitangan kerajaan juga seperti dipandang sebelah mata kerana bonus yang diberi hanya setengah bulan saja sedangkan tuntutan Cuepacs mahukan dua bulan. Dalam keadaan harga barang makin meningkat sekarang ini, apalah yang boleh dibuat dengan bonus setengah bulan atau minima RM500 itu.

Kegagalan Najib menunaikan banyak janji-janjinya dalam bajet ini menyebabkan ramai yang kecewa dan rasa menyesal kerana memberi undi kepada BN dalam pilihanraya lalu. Bukan saja kerana banyak janji yang tidak ditepati tetapi juga sumbangan mereka seolah-olah tidak dihargai.

Ramai yang berkata, jika PR yang menang dalam pilihanraya lalu, bukan saja tiada GST tetapi juga dapat menikmati penurunan harga minyak dalam tempoh 24 jam dan juga harga kereta yang lebih murah lagi.

Bajet kali ini bukan saja menyebabkan kehidupan rakyat bawahan bertambah parah menjelang bajet seterusnya pada tahun hadapan atau sshingga pilihanraya akan datang, tetapi juga akan terus berpanjangan seusia kehidupan sekiranya perubahan kerajaan tidak dijadikan kenyataan. Sumber :  shahbudindotcom.blogspot.com

Suka juga dengor lagu Dato' Jamal Abadillah - Kau lupa janji :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Okt 2013

PAHANG KE FINAL TUNGGU PATIN TEMPOYOK BERJUMPA BUDU :)



Pahang layak ke final Piala Malaysia 2013 dengan kemenangan agregat 4-2 ke atas Sarawak selepas perlawanan separuh akhir kedua. Tahniah daripada kami kepada pasukan Tok Gajah kerana sampai ke final teruskan perjuangan aok me... kome tetap menyokong tanpa berbeloh bagi! Pastikan kemenangan Tok Gajah di Staidum Shah Alam nanti !

Dipetik drp Utusan online : Impian Pahang untuk melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai selepas 16 tahun menanti apabila menunjukkan pintu keluar buat juara Liga Perdana, Sarawak dengan agregat 4-2 setelah seri 1-1 di Stadium Negeri, Kuching, semalam.

Dalam perlawanan yang disaksikan kira-kira 22,000 penonton setia Bujang Senang itu, Sarawak terlebih dahulu berada di hadapan pada minit ke-33 menerusi penyerang berbisa mereka, Bobby Gonzales tetapi jaringan super-sub, Mohd. Fauzi Roslan pada minit ke-73 meranapkan hajat besar skuad Ngap Sayot itu untuk melangkah ke perlawanan akhir musim ini.

Kejayaan itu akan menemukan Tok Gajah dengan jiran mereka dari Pantai Timur, Kelantan pada perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan.

Malah, lakaran sejarah layak ke perlawanan akhir buat kali ketujuh itu dianggap sebagai hadiah terbaik kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang menyambut Hari Keputeraan ke-83 pada 24 Oktober lalu.

Namun, Sarawak sebenarnya perlu menyesali kegagalan menamatkan perlawanan selaku pemenang ekoran banyak peluang terbuka di hadapan pintu gol Pahang dipersiakan, terutama menerusi Bobby Gonzales dan Mohd. Hairol Mokhtar.

Walaupun beraksi cukup cemerlang, namun semuanya lebur buat tuan rumah sebaik sahaja Pahang berjaya menyamakan kedudukan.

Kepedihan gagal layak ke perlawanan akhir turut dirasai oleh sebahagian penyokong setia Sarawak yang merusuh sebaik sahaja tamat perlawanan sehingga menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pahang yang hadir tidak dapat keluar ke stadium sambil diberikan keselamatan oleh pihak polis.

Penguasaan bola kira-kira 60 peratus yang memihak kepada tuan rumah memberikan hasil 12 minit sebelum babak pertama berakhir apabila bola hantaran silang Joseph Kalang Tie ke dalam kotak penalti disambar penuh bergaya oleh Bobby bagi merapatkan jurang agregat kepada 2-3.

Gol itu nyata menjadi pembakar semangat kepada anak-anak buah Robert Alberts bagi mendapatkan gol kemenangan yang bertali arus melancarkan serangan ke dalam kawasan gol Pahang, namun kecekapan Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid menjadi penghalang kepada hajat Sarawak.

Kecederaan Matias Conti yang terpaksa dikeluarkan rupanya memberi hikmah tersendiri kepada Pahang apabila Fauzi atau 'Koji' yang masuk selaku pemain gantian menanduk masuk gol penyamaan Tok Gajah, hanya seminit sahaja selepas berada di dalam padang.

Kejayaan mara ke perlawanan akhir itu cukup melegakan jurulatih Pahang, Dollah Salleh yang memberitahu, beliau telah menyangka akan bertemu Kelantan di final, namun pasukannya bernasib baik apabila Sarawak banyak melepaskan peluang.

"Saya agak terkejut dengan cara permainan Sarawak kerana banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol.

"Kemasukan tiga pemain gantian kami banyak membantu mengimbangi kembali rentak permainan," kata Dollah. - Utusan Online.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Okt 2013

SEGERA : JEJAK SUSPEK ARDI HAMZA DISAHKAN MASIH DALAM NEGARA !


PASUKAN KHAS JEJAK SUSPEK TEMBAK MATI PEGAWAI AMBAK, DISAHKAN MASIH DIDALM NEGARA.

Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’.

“Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara.

“Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol.

Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas.

“Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek.

“Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang untuk mereka yang berkenaan melakukan perbuatan yang boleh memperdayakan polis,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, seorang pegawai bank mati ditembak di kepala apabila sedang dalam proses memasukkan duit ke dalam peti kebal bank berkenaan.

Suspek yang bersenjata pump gun itu telah melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah RM 450,000 dengan menaiki motosikal.

Setakat ini tiga individu termasuk isteri suspek telah ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam jenayah tersebut. Sumber : http://mynewshub.my

Jom kita kita sebarkan dan membantu pihak PDRM.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BAJET 2014 ANDA FAHAM APA ITU GST?

Dalam ucapan Bajet 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan akan melaksanakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015.

Katanya, GST merupakan satu "sistem cukai yang adil dan menyeluruh yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia."

Jika anda masih tidak pasti apakah itu GST, Soal Jawab berikut mungkin boleh membantu:

Apakah pengumuman Kerajaan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)?
Kerajaan mencadangkan cukai jualan (5%) dan cukai perkhidmatan ( 10%) dimansuhkan. Kedua-dua cukai akan digantikan dengan GST.

Mengapa kerajaan melaksanakan GST?
Untuk memperbaiki sistem cukai sedia ada.

Kerajaan mengatakan bahawa cukai jualan dan cukai perkhidmatan sedia ada mempunyai kelemahan, seperti cukai dua kali ganda ke atas pengguna dan ketiadaan pelepasan cukai sepenuhnya ke atas barangan yang dieksport dan isu-isu harga pindahan.

Kelemahan-kelemahan ini menyebabkan kerugian kepada kedua-dua pihak pengguna dan kerajaan.

Apakah kadar GST?
Kadar GST dicadangkan ditetapkan pada 6%.

Bagaimana kadar ini berbanding dengan negara-negara lain?
Kerajaan berkata kadar ini adalah yang paling rendah di kalangan negara-negara ASEAN : 10% di Indonesia , Vietnam, Kemboja, Filipina , Laos dan 7% di Singapura dan Thailand.

Bilakah GST akan berkuatkuasa?
Mulai 1 April 2015.

Apa yang dikenakan GST ?
Sebagai cukai pengguna, GST akan dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan.

Adakah ini bermakna bahawa segala-galanya akan menjadi lebih mahal?
Tidak semestinya. Sesetengah barangan dan perkhidmatan dikecualikan cukai.

Dalam ucapan Najib, beliau mengatakan bahawa barangan makanan asas tidak dikenakan GST (beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang dhal, rempas ratus, ikan masin, cencalok, budu, belacan)

Selain itu, barang dan perkhidmatan yang dikecuali adalah:
  • Bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna.
  • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan: pengeluaran pasport, perkhidmatan kesihatan, pembelajaran di sekolah.
  • Perkhidmatan pengangkutan: bas, keretapi, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya.
  • Jual beli dan sewa rumah kediaman
  • Perkhidmatan kewangan terpilih
Adakah kerajaan membantu rakyat menghadapi GST?
Ya. Kerajaan merancang untuk pelbagai bantuan dan sokongan dalam tempoh peralihan ini. Pertama, Kerajaan akan memberi bantuan tunai sekali RM300 kepada penerima BR1M.

Adakah kita masih perlu membayar cukai pendapatan kadar yang sama?
Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1-3 % untuk semua pembayar cukai.

Pembayar cukai yang lain akan menikmati penjimatan cukai dan struktur cukai pendapatan individu akan dikaji.

Pendapatan bercukai dinaikkan kepada melebihi RM400,000 dan kadar cukai maksimum 26% dikurangkan kepada 24%, 24.5% dan 25%

Bagaimana pula dengan perniagaan?
  • Kerajaan akan mengurangkan cukai pendapatan syarikat daripada 25% kepada 24% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan syarikat kecil/sederhana turun daripada 20% kepada 19% mulai tahun taksiran 2016
  • Cukai pendapatan koperasi dikurangkan 1-2 mata peratus mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai bagi yuran kesetiausahaan dan pemfailan cukai mulai tahun taksiran 2015
  • Potongan cukai tambahan untuk kos beli peralatan dan perisian ICT bagi tahun taksiran 2014 dan 2015
  • Geran latihan GST RM100 juta
  • Bantuan RM150 juta untuk beli perisian perakaunan
Mengapa GST ini dilaksanakan sekarang dan bukan kemudian?
Kerajaan berpendapat bahawa kerana kadar inflasi 2% adalah rendah dan ia sememangnya masa terbaik untuk melaksanakan GST.

Berapa banyak negara lain yang telah melaksanakan GST?
Lebih daripada 160 buah negara sudah melaksanakan GST. Kerajaan berpendapat ini menunjukkan bahawa GST terbukti ialah" telus, berkesan dan sistem cukai yang adil"

Adakah harga barangan naik?
Dalam ucapan beliau, Najib berkata pengguna hanya perlu membayar satu kali cukai sahaja.

Beliau juga berkata perubahan harga barang atau perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum. Malahan, ada harga barangan yang akan menjadi lebih murah bergantung samada ianya adalah barangan asas atau tidak.

Najib juga telah memberi amaran kepada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang dan perkhidmatan sewenang-wenangnya. Kerajaan juga berjanji untuk sentiasa memantau harga dan usaha penguatkuasaan akan dipertingkatkan.

Apa lagi yang Kerajaan akan lakukan dalam pelaksanaan GST?
Satu jawatankuasa pemantauan GST akan ditubuhkan. Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua dengan ahli-ahli dari agensi-agensi kerajaan yang lain, serta pihak industri dan NGO. Sumber Berita Astro Awani
Mahu tidak mahu GST tetap memberi impak kepada rakyat... selain kenaikan barangan keperluan utama  petrol, gula dan sebagianya akan memberi impak secara lansungnya. Moralnya berbelanjalah dengan berhemah.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Okt 2013

HARGA GULA NAIK MULAI 26.10.2013 RM 2.95


JIKA HARGA LAMA 2.50 BILA BUANG SUBSIDI 34SEN JADI
TAMBAHLAH DENGAN HARGA YANG ADA DIPASARAN SEKARANG.

Harga gula naik mulai 26.10.2013 Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan berkuatkuasa esok, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

"Berdasarkan statistik, terdapat 2.6 juta rakyat Malaysia yang berumur 30 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes," katanya.

Beliau berkata keadaan itu jika tidak dikawal akan mengakibatkan pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kerosakan buah pinggang, mata buta dan kaki terpaksa dipotong.

"Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman," katanya.- Kedah Online | Bernama

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INTIPATI BELANJAWAN BAJET 2014 DAN BONUS KAKITANGAN AWAM 2014

Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen.

* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara 5 peratus dan 5.5 peratus.

* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara 2 peratus dan 3 peratus.

* Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan dijangka berkembang 9.6 peratus.

* Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.

* Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.

* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek

* Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.

* Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus pada 2014.

* Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri tekstil, peralatan pengangkutan dan pembangunan hartanah.

* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.

* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.

* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.

* Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan RAPID, Pengerang.

* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.

* Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.

* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.

* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.

* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.

* Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang, pusat pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di KLIA.

* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.

* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.

* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.

* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.

* Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan pelaburan RM1.5 bilion.

* Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.

* Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak kewangan.

* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).

* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.

* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.

* Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus.

* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.

* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).

* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.

* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun.

* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 Nov, 2013.

* Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang akan diuruskan oleh SME Bank.

* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.

* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.

* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Dis, 2017.

* Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 2014 hingga 31 Dis, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.

* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.

* Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).

* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.

* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.

* Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan kepada golongan sasar.

* Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.

* GST tidak akan dikenakan bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

* Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.- Berita RTM
  
BONUS KAKITANGAN AWAM DAN BR1M : 
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250.

Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji iaitu minimum RM500 yang akan dibayar pada awal Januari depan kepada kakitangan awam.Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perkara itu ketika membentangkan Bajet 2014. - Bernama

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan tiga ribu ringgit dan ke bawah, akan ditingkatkan nilai bantuannya, daripada 500 ringgit kepada 650 ringgit.

Seterusnya, bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi dua ribu ringgit sebulan, nilai BR1M akan dinaikkan daripada 250 ringgit kepada 300 ringgit.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

Live Streaming Pembentangan Bajet 2014 Malaysia

Siaran langsung pengumuman Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak akan disiarkan pada Jumaat 25 Oktober 2013 pada pukul 3 petang. Siaran rasmi akan dibawakan khas menerusi RTM dan Astro Awani selaku media rasmi penyiaran Bajet 2014. Tema untuk pembentangan bajet 2014 kali ini adalah ”Mengotakan Janji Merancakkan Transformasi”.
Live Streaming Pembentangan Bajet 2014 Belanjawan Malaysia Online

Waktu Siaran Langsung Pembentangan Bajet 2014
Tarikh: 25 Oktober 2013 (Jumaat)
Masa: 3 Petang
Siaran Rasmi: TV1, TV2, Astro Awani

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Okt 2013

VIDEO : KES PEMBUNUHAN RAMBANG DI TAMAN MELATI GOMBAK


Belum reda kisah Pegawai Bank di tembak mati... timbul pulak kisah seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak. Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata suspek menikam pemilik kedai berusia 60 tahun dan pembantunya iaitu seorang perempuan berusia 40 tahun.

"Dia kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah van jenis Daihatsu berwarna putih menghala ke Taman Melati."Kenderaan dinaiki suspek turut berlanggar dengan sebuah lagi van yang dipandu oleh seorang lelaki tua di hadapan stesen LRT Taman Melati," katanya kepada pemberita di tempat kejadian. Beliau berkata pemandu van tersebut keluar daripada kenderaannya untuk melihat keadaan vannya turut ditikam sebanyak tiga kali menyebabkan mangsa mati di tempat kejadian.

"Suspek kemudiannya kembali menaiki vannya dan memandu kira-kira satu kilometer daripada tempat kejadian sebelum berlanggar dengan sebuah Toyota Prius yang dipandu oleh seorang remaja. "Dia kemudiannya menikam remaja berkenaan sekali dan ketika mangsa cuba melarikan diri, suspek menikam mangsa sebanyak dua kali lagi," katanya sambil menambah remaja berkenaan merupakan pelajar kolej turut meninggal dunia di tempat kejadian.

Beliau berkata orang ramai yang menyaksikan insiden berkenaan segera menahan suspek sebelum pihak polis tiba. Difahamkan suspek dilihat bercakap seorang diri dan gagal menahan rasa amarahnya ketika kejadian. Sumber mStar

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KES PEGAWAI BANK DI TEMBAK MATI DI SUBANG JAYA

Norazita Binti Abu Talib pegawai bank ditembak mati di Subang Jaya pada 23 Oktober 2013. Mangsa dilaporkan ditembak oleh pengawal keselamatan ketika sedang membuka bilik kebal untuk menyimpan duit dalam bank berkenaan. Insiden berlaku pada pukul 6.30 petang di sebuah cawangan Ambank di USJ 2 Sentral, Subang Jaya.

Identiti pengawal keselamatan terbabit dikenali sebagai Ardi bin Hamza yang berasal dari Tawau Sabah. Sebelum kejadian, mangsa telah memasuki bilik kebal bank bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang. Namun suspek yang bersenjatakan ‘pump gun’ telah bertindak dengan melepaskan tembakan dan mengenai kepala mangsa. Suspek kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang belum dapat dipastikan.
 Norazita Binti Abu Talib (Mangsa)
Nama Penuh: Norazita Abu Talib
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pegawai Bank
Ardi bin Hamza (Suspek)
Nama Penuh: Ardi bin Hamza
Umur: 37 Tahun
Pekerjaan: Pengawal Keselamatan Ambank
Alamat: Jalan Apas Batu 2 No.70 Tawau Sabah

 Update
INFO SUSPEK KES BUNUH PEGAWAI BANK DI SUBANG JAYA TELAH DITANGKAP DALAM PERJALANAN KE SABAH DI LCCT ADALAH PALSU

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesahkan khabar angin yang mengatakan suspek kes bunuh dalam rompakan di sebuah bank di Subang Jaya petang semalam telah berjaya ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ketika cuba melarikan diri ke Sabah adalah palsu.


Suspek bernama Ardi Hamza, 37, dan berasal dari Tawau Sabah, Mereka yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta melaporkannya di balai polis terdekat atau menghubungi talian hotline 03-20529999. Sumber Facebook

AAP - Al fatihah dan takziah kepada waris semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati amin. Sumber drp Google

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

FAKTA ASAL USUL BANDAR RAUB PAHANG AKAN BERUBAH?

Sebelum ini sepertimana kita ketahui seperti mana telah diceritakan asal usul nama RAUB seperti catatan dibawah ini -  Menurut kepercayaan orang-orang tua daerah ini, Raub telah diteroka dan dibuka dalam kurun ke 18. Mengikut sumber-sumber yang diperolehi, dua orang pemuda bersama ayah mereka telah melalui hutan rimba serta menyusuri sebatang anak sungai. Setelah sekian lama mengembara mereka sampai ke tebat atau tebatan (satu kawasan di mana pengaliran air sungainya tersekat atau digelar empang).

Mereka juga memetik pucuk dedaun yang begitu subur berhampiran tebatan untuk dijadikan makanan. Segeralah ketiga beranak itu meraup pasir-pasir di tebing tebatan itu dengan tangan masing-masing. Setiap kali diraup, setiap kali emas diperolehi. Disebabkan emas begitu banyak dan terlalu mudah untuk mendapatkannya, hanya menggunakan tangan untuk meraup, adalah dipercayai mereka menamakan tempat itu dengan gelaran "RAUB".

Sebaik sampai di situ, si ayah mengatakan kepada anaknya, di situlah tempat yang paling sesuai untuk berehat. Pasir terdapat di kiri dan kanan tebatan itu serta kelihatan amat bersih. Kedua dua pemuda itu bersetuju dengan cadangan ayah mereka. Mereka pun mula membuka kawasan itu. Sekitarnya dibersihkan lalu didirikan sebuah pondok untuk kediaman mereka. Setiap hari ketiga-tiga beranak itu memasuki hutan untuk mencari rotan, damar, getah, jelutung dan sebagainya

Sejak itu setiap hari mereka terus meraup emas. Kawasan tebatan yang pertama mengeluarkan emas tadi, sekarang ini ialah di Padang Besar Majlis Bandaran Daerah Raub. Begitulah mengikut cerita lisan orang tua di daerah ini. Bagaimanapun, jika gelaran nama Raub lahir daripada kerja meraup emas tadi, sedikit perbezaan timbul dari segi ejaan. Perkataan meraup emas lahir dari kata dasar "RAUP" sedangkan ejaan sekarang adalah "RAUB". Namun begitu, kemungkinan bahasa daerah itu lebih sesuai digunakan dengan ejaan "RAUB" dari "RAUP".
Ini ada fakta terbaharu yang ingin penulis kongsikan bersama. Artikel ini sunting daripada halaman Facebook Warga Raub Sejahtera didalam artikel tersebut mengatakan : Fakta terbaru mengisahkan nama RAUB telah dikaitkan dengan nama L.Raub seorang Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat yang mula menguruskan kerja-kerja melombong emas secara terbuka di Raub sekitar tahun 1850. Ini disebabkan jumpaan kubur Mary L.Raub, iaitu anak kepada L.Raub yang dilahirkan pada tahun 1856 di Raub dan disemadikan di Sempalit pada tahun 1932.

Dengan ini tanggapan bahawa Raub berasal daripada aktiviti meraup emas adalah tidak tepat dan sekadar mitos. Manakala nama Raub itu disabitkan dengan ramainya orang-orang Rao yang mencari emas juga masih boleh dihujahkan lagi atau mungkin juga itu adalah fakta utamanya. Kesimpulannya yang dicatat oleh penulis tersebut asal muasal nama Raub adalah daripada nama L.Raub, seorang Pakar Mineral dan Logam dari Amerika Syarikat.


AAP - Apapun, sejarah mungkin akan berubah... jika terdapat fakta dan bukti yang kukuh berkaitan perkara tersebut dan ianya bukanlah perkara mustahil.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Okt 2013

Banjir Di Cameron Highlands 2 Maut Selebihnya Masih Hilang


Cameron Highlands: Dua pekerja warga asing terbunuh manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang dalam kejadian banjir di sekitar tebing Sungai Bertam, Ringlet dekat Cameron Highlands.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands berkata, setakat ini mayat seorang pekerja lelaki warga Bangladesh dan wanita warga Indonesia ditemui manakala beberapa lagi dipercayai masih hilang.

Beliau berkata, kejadian jam 1 pagi tadi berpunca daripada pelepasan air empangan air berdekatan sebanyak dua kali berikutan tidak dapat menampung kuantiti air yang berlebihan akibat hujan lebat.

Wassalam, Wa'allahhualam.

21 Okt 2013

Psikologi Mengenai Perwatakan Lelaki Melalui Gaya Seluar

Benar atau sekadar andaian semata-mata berkaitan dengan pemakaian seluar orang lelaki katanya :

1. Seluar Jeans - Lelaki yang menggemari seluar jeans adalah lelaki yang optimis dan tenang, gaya tersendiri, amat mengasihi orang yang disayangi, sanggup berkorban apa sahaja tetapi sering tersilap mengambil keputusan.

2. Seluar Baggy - Lelaki yang meminati gaya seluar ini agak keperempuanan, mengikuti perkembangan semasa, lembab kerana ragu-ragu dalam mengambil keputusan, atau lemah lembut.

3. Seluar Warna Terang - Lelaki yang lebih suka memakai seluar yang berwarna terang dikatakan tegas, luas pandangan dan berfikiran matang apabila ingin menyelesaikan sesuatu masalah.

4. Seluar Gantung/ Hanger - Lelaki yang sering menggayakan fesyen seluar gantung adalah lelaki yang misteri, seleranya sukar diramal serta serba rahsia.

5. Seluar Ketat - Lelaki yang menyukai seluar ketat dikaitkan sebagai suka mencari perhatian, ego tinggi tetapi baik hati. Sumber : ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA

6. Kalau tak berseluar :) sah lelaki itu kurang siuman.

Maksud  Psikologi - Ilmu mengenai jiwa atau mengenai fikiran manusia. Kalau berkaitan dengan pemikiran ianya mungkin menjadi berbagai andaian dan taksiranya :) Mana satu cara pemakaian seluar anda?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Okt 2013

INFO FOKUS PELANCONGAN ULU CHEKA JERANTUT

Ulu Cheka miliki sejarah unik. Bagi penduduk daerah ini, Kampung Ulu Cheka tidak asing lagi bagi mereka kerana ia antara kawasan yang memiliki pelbagai daya tarikan. Antaranya ialah kesan sejarah kepahlawanan Melayu, perang menentang Komunis dan tempat-tempat menarik yang boleh dijadikan daya tarikan pelancong. Namun begitu, keadaan itu tidak pula bagi penduduk luar daerah ini kerana apabila disebut sahaja Kampung Ulu Cheka, ramai yang masih belum mengenalinya.

Sehubungan itu, usaha-usaha giat dilakukan untuk memperkenalkan Kampung Ulu Cheka, termasuk daripada segi pengumpulan bahan-bahan sejarah selain memperkenalkannya sebagai destinasi aktiviti lasak dan pelancongan. Tinjauan Utusan Malaysia di Ulu Cheka mendapati perkampungan tersebut memilik pelbagai nilai yang boleh dikomersialkan.

Antaranya kesan sejarah kepahlawanan Pawang Nong menentang komunis, peralatan atau barangan lama, Gunung Benom, kawasan mandi-manda Lata Bujang, masjid lama dan banyak lagi.

Pada masa ini, penduduk Kampung Ulu Cheka giat mengumpulkan semua bahan dan barangan peninggalan sejarah itu bagi tatapan generasi muda. Mereka bercadang mewujudkan sebuah galeri untuk menempatkan segala barangan berkenaan selain memperkenalkan inap desa untuk penginapan pelancongan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris memberitahu, pihaknya akan membantu penduduk terbabit untuk mewujudkan sebuah galeri. Malah katanya, Kampung Ulu Cheka juga memiliki keunikan tersendiri kerana terkenal dengan makanan tradisi penduduk iaitu buah kepayang.

''Ramai mengetahui buah kepayang mengandungi getah atau racun yang tidak sesuai dijadikan bahan makanan, namun penduduk di sini mempunyai cara membuang racun tersebut dan seterusnya dijadikan bahan makanan yang selamat,'' katanya.

Menurutnya, banyak lagi keunikan terdapat di Kampung Ulu Cheka dan langkah mewujudkan galeri, inap desa serta menarik kedatangan pelancong amat dialu-alukan. ''Parlimen Jerantut sedia membantu dan mengetengahkan usaha penduduk ini,'' katanya. Sementara itu, Ketua Kampung Ulu Cheka, Nazri Che Husin berharap pihak kerajaan dapat merealisasikan usaha mewujudkan galeri itu.

Menurutnya, dengan adanya sebuah galeri, semua bahan dan barangan sejarah dapat disimpan untuk tatapan generasi muda dan pelancong. ''Kita juga berharap kementerian berkenaan dapat mempertimbangkan usaha kita mewujudkan inap desa kerana penduduk sejak sekian lama sudah menerima kehadiran pelancong tempatan dan luar negara.

Dalam pada itu, seorang pesara guru, Jamluh Mat Zium berkata, pada masa ini terdapat pelancong berkunjung ke Kampung Ulu Cheka termasuk mereka yang berminat mendaki Gunung Benom.

''Kita menyediakan penunjuk arah untuk membawa pelancong yang hendak mendaki Gunung Benom atau aktiviti lasak lain. ''Harapan penduduk, usaha mengkomersialkan produk yang terdapat di Kampung Ulu Cheka ini dapat dipertingkatkan dan secara langsung mampu menambah pendapatan penduduk,'' katanya. - Sumber Utusan Malaysia

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEPUTUSAN PENUH PEMILIHAN KETUA UMNO BAHAGIAN JERANTUT

Jerantut: Ahmad Nazlan terpilih ketua UMNO baharu Bahagian Jerantut.
JERANTUT 20 Okt. - Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut memilih Ahli Parlimennya, Ahmad Nazlan Idris sebagai Ketua UMNO Bahagian yang baharu pada sesi pemilihan di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), di sini semalam.  Ahmad Nazlan, yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, memperoleh 352 undi untuk mengetepikan penyandangnya, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang mendapat 286 undi. - UTUSAN ONLINE

1. Secara tradisinya di Jerantut Ahli Parlimen ialah KETUA BAHAGIAN.
2. Beliau adalah AHLI PARLIMEN JERANTUT.
3. Beliau merupakan anak kelahiran Jerantut dan tinggal Jerantut.
4. Sebagai Ahli Parlimen, beliau sering turun padang mendekati rakyat.
5. Beiau mengambil pendekatan bersederhana dalam pergaulan.
6. Mudah mesra dan mendekati orang ramai.
7. Menghormati kawan (kerajaan) dan lawan (pembangkang).

"JERANTUT BARU BERANI BERUBAH"

1. Meningkatkan penghayatan agama dengan memperbanyakkan program keagamaan dan diadakan secara berkala.
2. Mempengerusikan setiap kali mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian.
3. Mengadakan mesyuarat Ahli Jawatankuasa Bahagian (AJK) sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
3. Mesyuarat AJK Bahagian diadakan secara bergilir di setiap DUN.
4. Cawangan-cawangan UMNO akan menjadi tuan rumah Mesyuarat AJK Bahagian.
6. Biro-biro yang dibentuk digerakkan sepenuhnya melalui program-program secara terancang.
7. Sayap-sayap parti diperkasa melalui program-program berkala.
8. Program turun padang mendekati ahli dan masyarakat Melayu digerakkan sepenuhnya.

Ketua Bahagian : Ahmad Nazlan Idris
Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan
Naib Ketua Bahagian : Nazri Ngah
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman

AAP - Akhir kata tahniah dan syabas YB kerana memenangi pemilihan Ketua UMNO Bahagian Jerantut. Walaupun penulis bukan dikalangan orang politik dan sama sekali tidak ada kepentingan didalamnya, berasa kemenangan ini amat bermakna buat masyarakat di Jerantut secara amnya. Semoga benar-benar ianya akan menjadi satu pembaharuan dan dapat direalisasikan untuk kebaikan seluruh masyarakat di Jerantut kelak.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Okt 2013

VIDEO : SANGGUPKAH ANDA MEMBELI RUMAH DILELONG?


Tengok video ini sampai habis.. Simpati... geram pun ada kerana tak faham pun ada tengok pompuan ni, beli rumah tapi tak nak bayar, atau rumah telah dicagarkan kepada bank dan rumah tersebut sudah menjadi hak org lain, masih mengaku hak dia. Owner baru sudah bagi masa sampai 1 tahun pun tak reti nak bercakap menggunakan budi bahasa…nasib baik owner baru ini masih datang dengan cara baik, kalau datang dengan cara kekerasan macam mana?

Antara perikemanusiaan dan keuntungan harus ada imbangannya, Menurut pemilik baru rumah ini, tempoh pindah sudah diberi selama setahun, Namun pemilik lama masih berdegil tak mahu berpindah. Kalau mengikut undang-undang, owner lama ni dah boleh didakwa menceroboh. Mungkin boleh dihalau sahaja.

Tapi, dengan atitude dan sikap keras kepala begini. pemilik lama ada emotional attachment pada property tersebut.. sanggupkah menghalau ?

Jika tak diusir, peimilik baru yang terpaksa menanggung perit membayar ansuran pada bank setiap bulan ? Jika terhalau dan mereka keluar, apakah risiko kerosakan dalam rumah dan risiko kemudian hari pula (balas dendam atau sebagainya) Sumber Cari.Com

Melihat video ini… membuatkan kita sedar taraf ekonomi “orang kita” dan bertapa gawatnya masalah kewangan kita hari ini. Mungkin kata-kata dibawah ini tidak dijelaskan dengan tepat atau penghuni tersebut sekadar mencari alasan "RUMAH ANDA INI SUDAH KENA LELONG DAN ANDA DI ARAH MENGOSONGKAN PREMIS INI ANDA FAHAM TIDAK? 

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

GROUP NUMISMATIK JUALAN DAN BELIAN.


KLIK IMEJ UNTUK MENYERTAI!