Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

30 Nov 2013

INFO : COP MOHOR NEGERI PAHANG

Cop Mohor Negeri Pahang mula diperkenalkan pada 31 Disember 1947 selepas mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Abu Bakar telah melantik Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang yang juga Yang Dipertua Jawatankuasa Undang-undang Tubuh Negeri Pahang untuk menguruskan hal tersebut. 
Kemudiannya Yang Amat Mulia Tengku Besar Pahang telah melantik Dato’ Setia Jaya untuk membuat rekaan cop mohor bagi negeri Pahang. Reka bentuk Cop Mohor Negeri Pahang telah diilhamkan dari Cogan Negeri Pahang. Sumber : Muzium Pahang

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA : DIGESA MELETAKKAN KEUTAMAAN HANYA DOKTOR WANITA DAN NURSE WANITA DI BILIK DAN WAD BERSALIN !

JOM ISI PETITION NI CEPAT - http://www.change.org/petitions/keme...n-wad-bersalin <----- klik sini untuk isi petition!

SEBAB APA KENE ISI CEPAT?

1. PIHAK HOSPITAL WAJIB memelihara aurat dan maruah pesakit WANITA dalam apa jua keadaan sepanjang dirawat di hospital.

2. WAJIB mendahulukan doktor WANITA dan semua rawatan terutama di bilik bersalin dan wad wanita.

3. Pihak Hospital/doctor/nurse/kakitangan TIDAK mengambil mudah dalam soal AURAT seorang muslimah dalam proses kelahiran.

OLEH YANG DEMIKIAN, KAMI MENGGESA DAN MENCADANGKAN;

1. KERAJAAN MENGUBAL DASAR HANYA DOKTOR/NURSE WANITA DIBENARKAN BERTUGAS DI BILIK BERSALIN DAN WAD BERSALIN.

2. KEMENTERIAN KESIHATAN MENINGKATKAN JUMLAH DOKTOR WANITA DAN BIDAN/NURSE WANITA DI BIDANG ATAU JABATAN OBSTETRIK DAN GINOKOLOGI (O&G)

3. KEMENTERIAN KESIHATAN MEMBERI INSENTIF BERBENTUK KENAIKAN PANGKAT, KENAIKAN GAJI ATAU GRED ATAU APA-APA YANG DIFIKIRKAN LAYAK DAN SESUAI KEPADA DOKTOR DAN NURSE WANITAYANG DITUGASKAN ATAU BERTUGAS DI UNIT O&G SERTA TIDAK MEMBERIKAN APA-APA INSENTIF KEPADA DOKTOR LELAKI YANG (SEKIRANYA PERLU) BERTUGAS DI O&G.

4. MENINGKATKAN KEFAHAMAN DIKALANGAN KAKITANGAN PERUBATAN BERKAITAN HUKUM AURAT SEMASA BERSALIN.

CARA NAK ISI PARTITION, SILA ISIKAN TEMPAT SEUMPAMA INI!

SELEPAS PETITION SEPERTI DIATAS, SURAT AKAN GENERATE SEUMPAMA NI!!

To:
YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara
YBhg. Datuk Farida binti Mohd Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia
YBhg. Tan Sri Ab Aziz bin Kasim, Ketua Setiausaha Sulit, Pejabat Perdana Menteri
Datuk Seri S. Subramaniam,, Menteri Kesihatan Malaysia
Datuk Seri Hilmi Yahya, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
MENTERI, TIMBALAN MENTERI, KETUA SETIAUSAHA NEGARA, KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA, KETUA PENGARAH KESIHATAN NEGERI-NEGERI, PENGARAH-PENGARAH HOSPITAL

Sincerely,
[Your name]

Sumber : http://www.change.org

AAP - Sudah tiba masanya perkara ini dipandang serius serta diambil tindakan sewajarnya. Bagi menjaga maruah dan aib golongan wanita. Bagi orang Islam ianya amatlah tidak sesuai serta sauminya juga secara tidak langsung menanggung dosa yang tidak sepatutnya ditanggung apabila kemaluan isteri dilihat oleh lelaki lain.

Wassalam, Wa'allahhualam.

29 Nov 2013

GAMBAR : LELAKI INI BERUSIA 160 TAHUN DI KELANTAN

 
 
TANAH MERAH: Penglihatan masih lagi jelas, pendengaran pun sempurna. Giginya masih yang asal. Lebih aneh lagi mampu berjalan kaki berbatu-batu biar pun usianya mungkin tertua di dunia iaitu 160 tahun.

Percaya atau tidak, namun Tok Ayah mendakwa melalui pengalaman di bawah 13 Sultan yang memerintah Kelantan.

Malah kisah hidup pahlawan dan perjuangan Mat Kilau pun diketahui dengan jelas. Pengalaman di bawah penjajahan Inggeris dan Jepun masih diingati sehingga sekarang.

Wajahnya tidak berkedut seperti warga emas lain. Mohamed Soleh Ali lebih mesra panggilan Tok Ayah memberitahu ketika penjajahan Jepun beliau mempunyai tiga anak.

Kesemua anaknya 13 orang dan sekarang hanya tinggal lima. Begitu juga kesemua 13 isterinya juga sudah meninggal dunia.

Anggota keluarganya, Stapa Ismail, 61 berkata, kegemaran Tok Ayah dari muda sehingga sekarang berjalan kaki ke mana sahaja.

“Dia pernah memberitahu berjalan kaki ke Johor, Pahang dan Terengganu semasa muda. Sekarang masih lagi mampu berjalan kaki ke bandar Pasir Mas,” katanya di sini.

Tok Ayah tinggal di Kampung Gelugur, Bukit Panau kelmarin dikunjungi Mursyidul PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mantan Menteri Besar itu juga menghadiahkan tongkatnya kepada Tok Ayah di samping wang.

Stapa memberitahu paling aneh anak dan cucunya tidak tahu ke mana Tok Ayah pergi setiap hari, namun ketika pulang ada sahaja makanan yang dibawanya.

“Malah ada ketika anaknya nampak Tok Ayah naik kereta pergi, namun tidak lama kemudian dilihat ada di dalam rumah.

“Banyak sebenarnya kisah pelik kalau hendak cerita tentang Tok Ayah. Apa yang saya tahu sejak dahulu sehingga sekarang dia tidak bekerja tetap dan hanya tahu berjalan sahaja.

“Namun tangannya sentiasa ada buah tasbih. Tok Ayah hanya meminum air telaga yang tidak dimasak. Kalau orang bagi duit kepadanya dia akan bagi kepada orang lain pula,” katanya.

Cucu Tok Ayah pun ada yang sudah berusia lebih 60 tahun.

Sementara itu tidak jauh daripada kampung tersebut juga ada seorang wanita berusia 126 tahun, sekarang tinggal bersama anaknya di Kampung Kubang Kerian, Bukit Panau. Sumber harakahdaily.net

Subhanallah, Besarnya Kekuasaan Allah,

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Nov 2013

HEBAT SELANGOR : GAJI MB SELANGOR DAN EXCO DI ANTARA YANG TERTINGGI.

Menteri Besar Selangor dilaporkan akan menerima lonjakan gaji daripada RM14,175 kini kepada  RM29,250. Manakala para exco pula menerima kenaikkan dari RM6,000 kepada RM11, 250. Kadar baru yang mencapai hampir 100 peratus. Kenaikkan berkenaan telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor.

Berita Penuh  SHAH ALAM - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN)

Selangor hari ini meluluskan kenaikan gaji untuk kesemua 56 anggota Dewan  Undangan Negeri (Adun) berkuat kuasa 1 Jan depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3 peratus.

Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.

Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri dari RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN dari RM6,109.29 kepada RM22,500; timbalan speaker dari RM3,327.50 kepada RM15,750 dan Adun dari RM6,000 kepada RM11,250.

Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 2011.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata mesyuarat exco pada 22 Nov bersetuju menaikkan kadar gaji itu berdasarkan formula 75 peratus daripada elaun dan gaji yang diterima Adun dan anggota pentadbiran Sarawak.

"Kenaikan gaji ini dibuat berdasarkan kepada bebanan tugas yang dipikul tanpa mengira waktu oleh wakil rakyat," katanya. Sementara itu, Abdul Khalid mengumumkan pembayaran setengah bulan bonus
kepada kesemua 15,643 penjawat awam negeri yang akan dibayar mulai Januari depan yang melibatkan perbelanjaan sebanyak RM14.821 juta.

Dengan pemberian bonus itu, penjawat awam negeri menikmati satu setengah bulan bonus termasuk bonus untuk Aidilfitri yang diberikan tahun ini.Persidangan DUN bersambung esok. — BERNAMA

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Nov 2013

PASANGAN KAHWIN MUDA BERCERAI TALAK 3

MASIH ingatkah anda dengan perkahwinan pasangan muda Nor Fazira Saad, 13, dan Mohd Fahmi Alias, 20, di Kulim, Kedah pada 17 November tahun lalu?

Perkara itu mendapat liputan yang cukup hangat lantaran usia mereka terutamanya pengantin perempuan baru menginjak 12 tahun pada waktu itu.

Nor Nazira dan Mohd Fahmi dinikahkan selepas mendapat perintah mahkamah mengikut Seksyen 18 (1) (a) Enakmen Undang Undang Keluarga Islam Kedah 2008 dengan mas kahwin RM1,500 dan wang hantaran RM4,552.

Sewaktu ditanya pihak media, kedua-duanya pernah mengatakan yang mereka sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab suami-isteri dan usia bukanlah penghalang untuk mereka.

Pada masa yang sama, keluarga terutama bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berpendapat tindakannya mengahwinkan anaknya yang sudah tidak bersekolah selepas tamat darjah enam itu adalah kerana tidak mahu pasangan ini terjebak dalam maksiat.

Bagaimanapun, beberapa jam yang lalu, kami terkejut apabila mendapat perkhabaran bahawa Nor Fazira dan Mohd Fahmi sudah disahkan bercerai pada 11 November lalu di Mahkamah Syariah Kulim. Sumber : mynewshub.my

AAP - Fakta yang perlu dilihat dan difikirkan : Sudah menjadi janda ketika uisa 14 tahun (mungkin diantara janda paling muda di Malaysia) Kenapa terus bagi talak 3 ? apa kes boleh jadi sedemikian rupa? Jadi benarlah faktor usia tetap mempengaruhi perkahwinan. Selain kemampuan zahir dan batin, kewangan dan sebagainya. Tidak kurang ilmu pengetahuan tidak mencukupi untuk segalanya bagi membina sebuah rumah tangga. Perkahwinan tidak disandarkan kepada kemahuan (nafsu), rasa cinta semata-mata . Lebih penting disana ada tanggunjawab yang perlu dipikul, perkongsian kehidupan dan persefahaman hidup berumah tangga.

Apapun, kami doakan yang terbaik untuk Nor Fazira dan Mohd Fahmi untuk meneruskan hidup baru mereka selepas ini. Jadikan semua ini satu pengajaran, tauladan dan pengetahuan untuk menempuh hari-hari mendatang. Kalau sudah talak tiga nak bersama balik kena cari cina buta :(

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

JAIP PERLU SIASAT GAMBAR LUCAH PELAJAR UNIVERSITI

Gambar ghairah pasangan pelajar yang dimuatnaik dalam Facebook. Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.

Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.

Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.

Tak hormati undang-undang
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.

Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan. Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.

Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam. Sumber : bharian.com.my

AAP - Terrfikir juga apakah undang-undang sedia ada sudah tidak relevan? Maka ada pihak berani mencabarnya?  atau apakah perlu ianya di tambah pembaikan?  Mungkin jika undang-undang hudud dilaksanakan pasti tidak ada pihak yang berani mencabarnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Nov 2013

INFO : BUAH PERAH

Pokok Perah nama saintifik "Elateriospermum tapos" ialah sejenis spesies tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Euphorbiaceae, dan merupakan ahli tunggal untuk genus (Elateriospermum), dan tribusnya, Elateriospermeae. Pokok ini banyak terdapat di Selatan Thailand sehingga  ke Semenanjung Malaysia. Pokok Perah merupakan sejenis tumbuhan yang terdapat di hutan Malaysia serta di negara-negara Asean  yang lain. Nama botaninya Pimelodendron griffithianum

Buah perah merupakan sejenis buah yang berasal dari pokok perah yang tumbuh di dalam hutan hujan khatulistiwa di Malaysia ini. Buah ini akan gugur sendiri ke bumi apabila ianya sudah cukup tua atau matang.

 Buah Perah
Bentuk dan saiznya
Buah perah ini berbentuk lonjong dan berwarna hitam. Saiz buahnya agak kecil kira-kira (30mm hingga 40mm). Kulitnya keras, nipis dan licin manakala isinya pejal dan keras berwarna putih. Buah ini pada asalnya di dalam satu kepompong dan mengandungi 3 biji.

Buah perah yang sudah cukup tua atau matang akan gugur ke bumi, ianya akan meletup dan berderai di udara sebelum jatuh ke bumi. Faktor angin memainkan peranan yang cukup penting dalam proses pengguguran buah ini. Selain itu faktor haiwan seperti kera atau monyet juga boleh membantu proses pengguguran buah ini.

Kulitnya sangat keras dan untuk mendapatkan isinya ia perlu diketuk bagi memecahkan kulit tersebut. Isinya jika dimakan secara mentah (tanpa diproses atau dimasak) serta secara berlebihan boleh menyebabkan mabuk atau pening kepala. Isinya bewarna putih dan keras sama seperti buah badam dan ianya boleh dimakan tetapi perlu dimasak atau diproses dengan betul. Buah ini tidak mempunyai biji.
 Pokok dan Buah Perah
Kegunaan
Buah ini boleh juga di buat asam rong makanan tradisional masyarakat di negeri Pahang. Bagi sesetengah penduduk mereka membuat jeruk dengan menggunakan buah perah ini. Selain itu buah ini boleh juga dimasak atau digoreng untuk hidangan sebelah petang.

Bagi masyarakat dahulu mereka suka menjerukkan buah ini dan disimpan hingga berbulan-bulan lamanya tanpa perlu disimpan di dalam peti sejuk. Penyimpanan di dalam tempayan atau balang besar yang diisi dengan air boleh membuatkan buah ini tahan lebih lama. Sumber : http://ms.wikipedia.org

Buah perah ini jika musim berbuah, mudah sekali didapati di sekitar pekan sehari sekitar Jerantut, Lipis dan Raub. Buah perah yang siap dijeruk dijual antara RM3 hingga RM5 semangkuk dan amat laris berbanding dengan buah-buahan lain.

Rasa buah ini pasti sedap dan enak sekali lemak-lemak. Untuk memakan buah perah ini mestilah melalui proses yang tertentu direbus dan dicampur dengan bahan-bahan yang tertentu yang lainnya sehingga cukup masak baru boleh dimakan. Sekiranya dimakan terus di bimbangi beracun dan boleh membawa kepada kemudaratan. Untuk makluman buah perah adalah sejenis buah yang beracun tetapi boleh dimakan dengan penyediaan yang betul.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

GAMBAR KEMALANGAN SUPERBIKE MOTORSIKAL BERKUASA TINGGI DI KARAK PAHANG

 
 

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas terbabas di Lebuhraya Karak, siang tadi. Kemalangan berlaku kira-kira jam 10 pagi tadi, di Kilometer 49.2,

Lebuhraya Karak arah Kuala Lumpur, berhampiran Hutan Lipur Lentang, Bukit Tinggi, Pahang. Siasatan awal polis mendapati, motosikal berkuasa 1000 CC jenis BMW ini dipercayai hilang kawalan sebaik melalui satu selekoh tajam.

Lalu melanggar besi penghadang lebuhraya menyebabkan penunggangnya tercampak dan maut di tempat kejadian.

Kemalangan itu turut menyebabkan motosikal mangsa terseret sejauh 20 meter sebelum terbakar. Mangsa dikenali sebagai Alif Lee Soon Han, 38 tahun, berasal dari Bandar Damansara, Kuantan, Pahang.

Alif sebelumnya berkonvoi bersama empat lagi rakannya dari Kuantan menuju ke Pusat Peranginan Genting Highlands. Mayat dihantar ke Hospital Bentong untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 - TV9 :  Sumber Cari.com

AAP - Alfatihah, banyak faktor penyumbang kemalangan ini selain daripada takdir semata-mata. Kemungkinan penunggang juga tidak mahir sepenuhnya dengan motor berkuasa tinggi ini . Faktor jalan raya  mungkin juga menyumbang terjadinya kemalangan ini. Berkemungkinan motor berkuasa tinggi ini tidak sesuai digunakan di jalan raya kita. Tidak dapat tidak motor berkuasa tinggi ini dipandu terlalu laju. Sehingga hilang kawalan penunggangnya ini adalah faktor utamanya. Moralnya berhati-hatilah ketika membawa motor berkuasa tinggi ini. Patuhilah had laju yang dibenarkan. Aironinya tidak pernah dilihat lagi motor superbike ini dipandu pelahan kerana ianya motor berkuasa tinggi mesti kena bawak laju. :(

Entri berkaitan:  RELEVANKAH JIKA ANDA INGIN MEMILIKI SUPERBIKE ?

Wassalam, Wa'allahhualam.

24 Nov 2013

NEGERI PAHANG WAJAR CUTI HUJUNG MINGGU PADA HARI JUMAAT DAN SABTU !

Selain itu, secara amnya, cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi di tiga negeri, Kedah, Kelantan dan Terengganu, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu. Terkini Negeri Johor juga telah mengikuti negeri-negeri tersebut bercuti hujung minggunya pada jumaat dan sabtu.

AAP- Semoga perkara ini mendapat perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang. Bagi penulis amat wajar dan menyokong penuh sekiranya negeri Pahang Darul Makmur juga mengikuti sama jejak langkah negeri-negeri lainya. Bercuti hujung minggunya pada hari jumaat dan sabtu.

Tidak terkejar-kejar untuk menunaikan solat jumaat :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Nov 2013

70 PERATUS PEKERJA DI MALAYSIA MENGALAMI STRESS DAN TEKANAN KERJA?

70 Peratus Pekerja Di Malaysia Alami Tekanan
Kajian oleh penyedia pekerjaan global, Regus Research menganggarkan hampir 70 peratus pekerja negara ini menghadapi masalah berkaitan stres berikutan ketidaktentuan ekonomi global pada waktu ini.

Regus Research turut mendapati hampir separuh respondan di Malaysia yang terlibat dalam kajian itu berasakan tahap stres mereka semakin meningkat dan 42 peratus mereka mendakwa tidak cukup tidur kerana terlalu bimbangkan tentang kerja.

“Masalah berkaitan stres boleh menyebabkan obesiti dan sakit jantung, alzheimer, kencing manis, kemurungan, masalah gastrousus dan asma.

“Kajian ke atas lebih 26,000 pengurus perniagaan dan eksekutif kanan di 95 negara termasuk Malaysia itu turut mendapati masalah berkaitan stres meningkatkan isu ketidakhadiran yang boleh menjejaskan produktiviti perniagaan dan masa depan pekerja,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, kajian sama turut mendapati 33 peratus daripada respondan sentiasa berasa bimbang akan kehilangan kerja, manakala 32 peratus berasa kurang yakin dengan sektor pekerjaan mereka.

Kajian juga mendapati 53 peratus daripada respondan percaya keluarga dan rakan mereka mengetahui masalah berkaitan stres yang dialami dan 47 peratus percaya stres akan menjejaskan hubungan antara pekerja.,

Pengarah Wilayah Regus Research, John Henderson dalam kenyataan sama berkata, ketidaktentuan ekonomi global memberi tekanan kepada golongan pekerja kerana mereka dikehendaki bekerja lebih dalam kekurangan.

“Masalah ini menjejaskan kehidupan peribadi pekerja. Paling penting adalah kesihatan mereka dipertaruhkan akibat tekanan yang merupakan pemangkin untuk beberapa penyakit serius.

“Perniagaan yang proaktif dan mengambil berat isu tekanan akan mendapat pekerja yang sihat dan mengurangkan ketidakhadiran,” katanya. - Mynewshub.my

AAP - Sememang kalau dapat boss yang kurang bertolak ansur dan tidak memahami masalah orang lain boleh jadi strees ! Stress lambat laun boleh membuat seseorang boleh menjadi gila kesudahannya. Sebaik jangan dilayan dan difikirkan sangat habis kerja tutup buku buka cerita lain :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Nov 2013

MISTERI DAN MITOS VILLA NABILA, TERSENARAI LOKASI BERHANTU DALAM EXPEDIA

Johor Bahru: Banglo lama yang terbiar, Villa Nabila terletak di Jalan Skudai berhampiran Teluk Danga di sini, disenaraikan antara lokasi berhantu oleh sebuah portal pelancongan berpangkalan di Amerika Syarikat, Expedia.]Banglo itu dikaitkan dengan cerita mistik yang dikatakan berlaku sekitar 40 tahun lalu.
Terdapat beberapa versi antaranya kes pembunuhan yang berlaku dalam kalangan keluarga berada yang tinggal di banglo berkenaan. Keluarga terbabit memiliki anak bernama Nabila yang turut mewarisi harta peninggalan bapanya.

Bagaimanapun, ibu tirinya dikatakan cemburu dan membunuh Nabila serta menanam mayatnya di dinding sebelum melarikan diri bersama harta terbabit. Antara kepercayaan karut di sekitar kawasan itu adalah bilangan pelawat yang mahu memasuki rumah berkenaan mestilah dalam nombor genap.

Sekiranya bilangan melawat dalam nombor ganjil, terdapat ‘individu lain’ dalam kumpulan itu apabila mereka meninggalkan banglo berkenaan. Sementara itu, Penolong Pengarah Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Azmi Miswan berkata, kediaman itu berstatus pegangan bebas.
 
Sebenarnya banyak kisah yang diceritakan orang mengenai kejadian di rumah ini, tetapi tak dapat nak dipastikan kesahihannya..antaranya

Versi 1 – Terdapat satu keluarga yang kaya yang hidup dengan bahagia kat villa ni. Ditakdirkan si ibu dan ayah meninggal dunia, lalu tinggallah anak diorang yang bernama Nabila bersama orang gajinya. Nabila bakal mewarisi segala harta ibu bapanya tapi dibunuh oleh orang gajinya lalu mayatnya disimen di satu kawasan rumah tersebut. Kisah ni paling lemah untuk kita percaya sebab tak dinyatakan atas sebab apa Nabila dibunuh dengan kejam oleh orang gajinya.

Versi 2 – Nabila mempunyai sebuah keluarga yang sangat kaya. Satu hari, banglonya dirompak dan semuanya dibunuh kejam. Banglo tersebut dibiarkan tanpa penghuni hingga tumbuh semak-samun.

Versi 3 – Keluarga Nabila telah dirompak. Nabila dirogol lalu dibunuh dengan kejam, kemudian mayatnya ditanam di dalam dinding rumah tersebut.

Versi 4 – Keluarga Nabila adalah keluarga yang bahagia pada asalnya. Tapi pada satu hari bapa Nabila mengamuk lalu menembak semua penghuni yang ada dalam rumah tersebut sebelum membunuh dirinya sendiri.

Pendek kata, keempat-empat versi cerita ni agak lemah tanpa ayat-ayat fakta yang dapat menyokong kesahihan kisah Villa Nabila. Kita baca pula versi yang seterusnya.

Versi 5 – Villa ni sebenarnya dinamakan Christine Palace sempena nama isteri seorang ahli perniagaan dari Barat. Dikatakan sebelum membina villa tersebut, si suami berjanji untuk bagikan tanah tersebut dengan 6 orang adik-beradiknya yang berada di negara asalnya. Tapi bila si suami dah dapat tanah tu, dia mungkir janji lalu mengundang kemarahan adik-beradiknya yang lain. Kemudian, adik-beradiknya yang berasa marah mengutuskan dua orang sebagai wakil untuk berurusan dengan si suami tersebut. Entah apa yang berlaku, dua orang wakil tersebut berang lalu mengugut si suami untuk membahagikan tanah tersebut kepada yang lain selepas membunuh anaknya. Si suami tetap berkeras, lalu dua orang samseng tersebut membunuh isterinya pula namun si suami tetap dengan sifat tamaknya. Akhir sekali, si suami juga dibunuh. Villa tersebut dibiarkan tanpa penghuni sehingga 70 tahun lebih kurang.

Berdasarkan versi ke-5 ni adalah juga logiknya sikit. Menurut orang yang pernah ke jalan Strait View di mana lokasi villa ni berada, terdapat pintu gerbang yang tertulis Christine Palace yang terletak di kaki bukit tersebut. Menurut cerita seorang lagi ahli forum Cari, maknya pernah bagitau yang villa tu dah ada kat situ sejak tahun 60-an lagi. Villa tu sangatlah cantik pada masa tu. Kemudian sekitar tahun 80-an villa tersebut jadi tempat yang happening yang sering dikunjungi ramai orang berada termasuklah mat-mat salleh. Kemudian sekitar tahun 90-an villa tersebut mula kosong. Start dari situlah mulanya kisah-kisah misteri yang diceritakan orang dari mulut ke mulut. Biasalah, bila dah cerita tu mesti ada orang yang akan tambah gula sikit, garam sikit nak bagi cerita lagi best. Itu yang jadi macam-macam versi sekarang ni.

Versi 6 – Versi terakhir ni adalah versi yang boleh diterima akal. Menurut cerita, dahulunya villa tersebut dimiliki oleh seorang Dato’ berbangsa Cina. Tapi atas sebab-sebab tertentu status Dato’ beliau dilucutkan, kemudian dia tidak lagi menetap di villa tersebut. Villa tersebut hanyalah dijadikan sebagai tempat untuk bercuti atau beristirahat bersama keluarganya. Atas sebab tertentu juga dia sekeluarga tidak lagi menghiraukan villa tersebut. Sumber : Forum Cari.com.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Nov 2013

KERETA 12 TAHUN DIHARAMKAN BERADA DIATAS JALAN RAYA ?


SIBU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.

Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat. Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.

“Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.

“Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain,” katanya. – Sumber berita BERNAMA
Apapun semuanya ini masih dalam peringkat kajian... keputusan belum di keluarkan lagi. MIROS akan meneliti cadangan JKJR ini. Kalau diamati bukan kereta lama yang membuat masalah lebih pada sikap pemandu itu sendiri... bawak kereta baru atau lama nak menyusahkan orang ramai sama sahaja. Tidak mustahil kereta lama jika dijaga dengan sebaiknya tidak mendatang masalah dijalan raya.

AAP - Malang juga kereta Iswara yang umur 12 tahun (lahir pada tahun 2001) dan kereta lain yang senasib dengannya. Termasuk juga didalam senarai ini. Jangan ada udang disebalik batu sudah :). Pasti situasi ini jika terjadi bakal mengundang banyak masalah pada golongan yang berpendapatan rendah. Ingat kereta di hari ini satu keperluan bagi semua pihak. Yang kaya raya, senang lenang, mungkin tidak menjadi masalah fikir-fikirkan sama bagi mereka yang sudah tidak mampu untuk memiliki kereta baru.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Nov 2013

GAMBAR KEMALANGAN NGERI 16.11.2013 : KM 30 GENTING HIGHLANDS - KUALA LUMPUR


 
 
Sekiranya anda berminat dan berniat nak melalui jalan ke Genting pada musim cuaca tidak menentu seperti hujan ribut dan sebagainya. Elok di fikir-fikirkan terlebih dahulu. Sememang malang itu tidak berbau. Sebaiknya semua pihak kena berhati-hati tidak kira jika anda seorang pemandu atau penumpang tak kira naik kereta besar atau kereta kecil. Diberitakan satu kemalangan ngeri telah berlaku di KM 30 Jalan Genting - Kuala Lumpur. Melibatkan 5 kenderaan iaitu Lori Tanker, Myvi, Hilux MPV dan sebuah kereta.
 

Myvi dikatakan telah terperosok dibawah lori tanker tersebut. Orang ramai membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit. Jumlah mangsa kematian tidak dapat dipastikan Sebaiknya di musim hujan seumpama ini tidak perlulah kita bersesak-sesak menunju kesana sememang jalan licin. Pasti situasi ini boleh mengundang bahaya tambahan pula jika kenderaan muatan berat seperti tanker itu mengalami masalah tentu pasti menyusahkan pihak lain.

Pandu cermat jiwa selamat. Jangan suka menanggung risiko jika sekiranya kawasan berkenaan boleh mengundang bahaya. Gambar Kredit Cari.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

16 Nov 2013

SALAHKAH KALAU MEMAKAI BADGE ATAU LAMBANG NEGERI PAHANG PADA KERETA?

Ramai yang bertanya salah atau tidak, kita memakai lambang negeri Pahang atau logo @ Badge Negeri Pahang? Kalau VVIP , VIP atau kerabat itu sememang tidak menghairankan. Tertanya juga orang perseorangan atau orang biasa macam kita ini jika memakainya bagaimana?

Jika sekali difikirkan rasanya tak salah kalau pakai badge ini. Sebab ianya sekadar logo negeri bukan ada tulis apa-apa pada logo berkenaan. Persoalanya salah ke kalau pakai logo negeri? Apa beza kalau kita pakai baju yang ada logo negeri? atau pakai sticker logo negeri? Setidak-tidak semangat Patriotik untuk negeri Pahang itu tinggi. Jika tersalah sila betulkan.

Setakat yang di ketahui tidak berjumpa lagi larangan memakai Bagde negeri ini dan ramai juga yang telah memasang logo ini pada kenderaan mereka. Semoga perkara ini mendapat penjelasan daripada pihak tertentu. Kalau menjadi satu kesalahan jangan pakailah :)


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

14 Nov 2013

KADAR KEHILANGAN AIR TERAWAT DI PAHANG TERTINGGI

Pahang mencatatkan kadar kehilangan air terawat paling tinggi di negara ini disebabkan masalah paip, saluran air pecah atau bocor selain masalah kerosakan meter.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Asas dan Alam Sekitar Pahang Datuk Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, 54 peratus air yang dirawat itu 'hilang' berbanding 35 peratus yang direkodkan bagi kadar kehilangan air terawat peringkat kebangsaan.

"Kerajaan negeri memperuntukkan RM50 juta tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan bekalan air dan berharap perkara itu dapat ditangani dengan lebih cekap," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Orang ramai diminta membantu pihak Pengurusan Air Pahang di talian 09-5739999 bagi melaporkan masalah paip pecah atau bocor untuk menangani masalah itu," katanya. - Bernama

AAP - Sememang satu angka yang agak tinggi jika telah melampaui 54 peratus.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

13 Nov 2013

5 TIPS MENGATASI MASALAH PERUT BUNCIT !

Masalah perut buncit sudah amat sinonim dengan orang lelaki terutamanya pada mereka yang sudah berumah tangga... apa tidaknya terkadang makan sedap, tidur sedap, senaman kurang dan inilah hasilnya :(

Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah 10 tips yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1. Jus limau - Sebaiknya, pada awal pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.

2. Elakkan minuman sejuk ketika makan - Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Dan jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik.

3. Berpuasa - Berpuasa adalah satu cara paling berkesan untuk merehat dan melancarkan sistem penghadaman anda. Untuk yang beragama islam, ia tidak akan memberi masalah, tetapi kepada yang bukan, anda boleh berpuasa dengan hanya mengambil jus buah-buahan pada waktu siang dan hanya makan pada waktu lewat petang mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

4. Kunyah makanan sehingga betul-betul hancur - Salah satu mekanisme terpenting untuk sistem penghadaman manusia tetapi sering diabaikan adalah mengunyah makanan sehingga hancur. Mengunyah adalah peringkat pertama untuk proses pencernaan dan juga sebagai isyarat kepada organ-organ untuk merembeskan jus pencernaan (enzim pankreas, asid perut, dan lain-lain) untuk menerima makanan yang akan masuk.

5. Kombinasi makanan - Salah satu faktor lain yang menyebabkan masalah perut buncit adalah memilih kombinasi makanan yang tidak baik untuk sistem pencernaan manusia. Makanan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu , karbohidrat (roti, kentang, beras), protein (daging, tenusu, kacang, soya) dan lemak (minyak masak). Ketiga-tiga makanan ini tidak baik dimakan dalam satu hidangan. Selain daripada itu, pendapat pakar juga menyatakan bahawa makanan laut dan darat tidak baik untuk kesihatan jika turut dihidangkan dalam satu hidangan. Sumber | hotreload2u.blogspot.com

AAP - Penting juga kalau kita mampu membuat senaman ringan dan tidak tidur diwaktu siang hari. Sebab pengambilan permakanan yang kita ambil tidak seimbang dengan tenaga yang di keluarkan sudah hasilnya perut kita semakin membuncit :) Berpesan juga pada diri sendiri :) Buncit perut dan perut buncit dua situasi yang berbeza :)

Wassalam, Wa'allahhualam.

LOKASI TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK PERLANCONGAN DI NEGERI PAHANG

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI NEGERI PAHANG
Negeri Pahang Darul Makmur merupakan negeri terbesar yang terletak di Semenanjung Malaysia. Seperti negeri-negeri lain, Pahang juga mempunyai tempat-tempat yang berpotensi untuk dikunjungi sama ada pengunjung dari luar atau dalam negeri. Tempat-tempat menarik di negeri ini boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:  Kawasan Tanah Tinggi - Cameron Highland, Bukit Fraser, Bukit Tinggi, Janda Baik, Taman Hiburan - Genting Highland Taman Tema - Gambang Water Park, Alam semulajadi - Taman Negara. Pendek kata daripada hutan belentara hingga ke gunung- ganang, tasik dan sampai kelautan.


Lake House, Ringlet, CAMERON HIGHLAND


BOH Sg. Palas, CAMERON HIGHLAND



Strawberry farm, CAMERON HIGHLAND

Bharat Tea, CAMERON HIGHLAND


Ladang Kaktus, CAMERON HIGHLAND

Kea Farm, CAMERON HIGHLAND


Stesen Penyelidikan MARDI, CAMERON HIGHLAND


Jeram Pelangi, Kuala Sentol.MARAN


Kenong Rimba Park, LIPIS


Inilah Titik Tanda '0' KUALA LIPIS

Pusat Konservasi Gajah, Kuala Gandah, LANCHANG

Deerland, Kuala Gandah, LANCHANG

Kuala Rompin, ROMPIN
 

Taman Negara Endau-Rompin, ROMPIN


Bandar Ikan Patin, TEMERLOH
 
Jerantut Bandar Taman Negara.


Gua Kota Gelanggi, JERANTUT


Taman Negara, JERANTUT

Taman Negara, JERANTUT


Hutan Lipur Gunung Senyum, JERANTUT


Taman Negara, JERANTUT

Pantai Batu Hitam, BESERAH


Pantai Balok, KUANTAN


Berbuka Puasa di Padang MPK, KUANTAN


Masjid Sultan Ahmad Shah, KUANTAN


Muzium Sungai Lembing, SUNGAI LEMBING


Gambang Water Park, GAMBANG
 
Bukit Tinggi, BENTONG

Bukit Fraser, RAUB


Bukit Fraser, RAUB

Bird Watching, Bukit Fraser, RAUB


Bukit Tinggi, BENTONG


Botanical Garden, Bukit Tinggi, BENTONG


Bukit Tinggi, BENTONG
 
Bukit Tinggi, BENTONG

Pantai Cherating, KUANTAN

Club Med Cherating, KUANTAN


Pulau Tioman, TIOMAN


PULAU TIOMAN


PULAU TIOMAN

PULAU TIOMAN


PULAU TIOMAN

PULAU TIOMAN


PULAU TIOMAN


PULAU TIOMAN


Tasik Chini, PEKAN




Tasik Chini, PEKAN


Muzium Sultan Abu Bakar, PEKAN


Pusat Tenun Pahang, Pulau Keladi, PEKAN


Pantai Sepat, KUANTAN


Pantai Sepat, KUANTAN


Kota Keriangan, GENTING HIGHLAND


Kota Keriangan, GENTING HIGHLAND


Kota Keriangan, GENTING HIGHLAND


Kota Keriangan, GENTING HIGHLAND


Kota Keriangan, GENTING HIGHLAND


Perkampungan Nelayan, Tanjung Api KUANTAN


Medan Ikan Bakar, Tanjung Lumpur, KUANTAN


Taman Gelora, KUANTAN


Teluk Chempedak, KUANTAN


Taman Kerang, KUANTAN

Taman Teruntum, KUANTAN


Air Terjun Sungai Pandan, Panching KUANTAN



Benteng, KUANTAN



Kolam Air Panas, BENTONG


Hutan Lipur Lentang, BENTONG

Sebagai rujukan anda boleh melihat peta tempat-tempat menarik di negeri Pahang seperti diatas ini. Apa lagi, jom santai di Negeri Pahang Darul Makmur. Anda pasti akan terpesona dengan keindahan alamnya. Jom cuti-cuti Malaysia cintai alam semula jadi negeri dan negara kita.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<