Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Dis 2013

GAMBAR : NAK GULINGKAN SURUH TURUN ?

Gambar pemandangan terkini orang ramai, diperhimpunan menurun kos sara hidup dan harga barangan, mula membanjiri lokasi sambutan di ambang tahun baharu seperti Dataran Merdeka, Sogo dan Jalan Masjid India.
Setakat 8 malam, sekumpulan lelaki yang berpakaian serba hitam dan kain lilit di kepala bertulis 'Tolak GST' mula berhimpun di pekarangan kompleks beli-belah Sogo.

Khabarnya keadaan masih tenang meskipun semakin ramai orang awam membanjiri pekarangan Sogo, dan jumlah kenderaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman semakin banyak.

AAP - Rasanya ini bukan kumpulan menunjuk perasaan lebih pada perhimpunan menunjuk rasa simpati kepada rakyat dengan kenaikan kos sara hidup dan kenaikan harga barangan ketika ini. Sumber Gambar Facebook

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

30 Dis 2013

KEHIDUPAN : 7 CONTOH ISTERI YANG SERING DICERAIKAN.


Di dunia ini ada pelbagai jenis wanita. Isteri yang baik atau wanita solehah, adalah harta simpanan yang terbaik bagi seorang suami.

Rasulullah Shallallahu' alaihi Wasallam bersabda, " Mahukah kamu keberitahu suatu harta simpanan (perhiasan) yang sangat baik? Iaitu wanita solehah, yang apabila kamu melihatnya, ia menyeronokkan. Apabila kamu perintah, dia patuh. Dan apabila ditinggal pergi, dia selalu menjaga diri dan harta suaminya. " (Riwayat Abu Dawud)

Kalau dilihat dia menyenangkan, itu disebabkan budi yang luhur, pakaian bersih, dandanan yang serasi di hadapan suaminya dan berusaha yang terbaik untuk tampil menarik hanya di depan suami dan anak-anaknya.

Jika diperintahkan, dia akan patuh, menunjukkan ketaatan dan baktinya pada suaminya. Dia ingin selalu memberikan kepuasan bagi suaminya.

Sentiasa memelihara diri dan harta suaminya, menggambarkan betapa besar kekuatan agama dan ketebalan imannya terhadap ALLAH dan Rasul-Nya. Apabila suaminya tidak ada, dia tetap memelihara kehormatan diri dan harta suaminya.

Bila seorang wanita tidak solehah dan mempunyai sifat atau kebiasaan yang buruk, suka menyusahkan suaminya tentulah itu bukan perhiasan bagi seorang suami. Bahkan, boleh jadi suami tidak suka bersamanya, kemudian menceritakannya.

Jika engkau, wahai isteri menginginkan rumah tangga yang bahagia di dunia dan akhirat, buanglah jauh-jauh dari dirimu tujuh sifat tersebut. Bila tidak, engkau celaka di dunia dan akhirat .

Berikut ini tujuh jenis wanita yang sering diceraikan suami.

1. Tidak punya rasa malu . Yang tidak malu melakukan hal-hal yang dilarang ALLAH. Dia jauh dari sifat takwa dan banyak melakukan maksiat.

2. Ausyarah (kotor) iaitu tidak pandai mengatur rumah, malas mengemas diri, dan malas melakukan apa-apa sehingga dirinya, anak-anak dan rumahnya kotor dan tidak menyenangkan.

3. Asysyakasah (berani/mencabar) iaitu suka membebankan suaminya di luar kemampuannya sehingga mendorong suami melakukan hal hal yang dimurkai ALLAH.

4. Innah (berani/mencabar) yang tidak mahu diperintah suaminya untuk melakukan hal-hal yang baik. Berani melanggar apa yang diperintahkan, bahkan menentang si suami dengan tetap melakukan maksiat.

5. Bitnah (mementingkan isi perut dan banyak menuntut) yang tidak suka berinfak dan enggan mengeluarkan zakat. Selalu terkumpul harta kekayaan dan mengenyangkan perut dengan makanan-makanan yang tiada habisnya. Tidak terlintas dibenaknya untuk menyumbangkan kepada fakir miskin dan anak yatim. Untuk memenuhi segala keinginan nafsunya, dia mendorong suaminya untuk melakukan hal-hal yang boleh mendatangkan kemurkaan ALLAH.

6. Bahriyah (mendorong suami untuk berbuat jahat) iaitu selalu menghalang suami untuk berbuat baik. Jika melihat suami menyisihkan beberapa peratus dan pendapatan untuk zakat dan infak, dia sibuk mencerca dan mengadu pada suami tentang keadaan ekonomi rumah tangga, keperluan anak yang semakin membesar, pakaian yang telah koyak, kasut yang telah usang dan sebagainya sehingga suami menjadi ragu- ragu.

7. Tidak aktif iaitu malas berbuat apa-apa. Tidak mempunyai keinginan untuk menambah ilmu duniawi maupun ukhrawi .

Sumber : Majalah Fatwa Jilid IV No 12 I Zulhijjah 1429 H
*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

26 Dis 2013

TIADA AMARAN TSUNAMI DI KELUARKAN - JABATAN METEOROLOGI

Imej laut bergelora kuat dari udara di perairan Sabah,Serawak dan Brunei yang di gembar gemburkan di halaman Facebook. Amaran Tsunami Bakal Melanda Dalam Tempoh 36 Jam ??

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi mengesahkan tiada amaran berjaga-jaga kemungkinan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam akan datang dikeluarkan Agensi Meteorologi Jepun (JMA). Jurucakapnya ketika dihubungi sebentar tadi berkata, tiada kawasan dikesan berlaku gempa bumi yang boleh menyebabkan tsunami termasuk dakwaan laut Brunei sedang bergelora. “Kami sudah menghubungi JMA dan agensi itu mengesahkan tiada amaran tsunami, begitu juga gempa bumi,” katanya. Pemantauan BH di laman sesawang JMA yang boleh dilayari menerusi www.jma.go.jp juga mendapati tiada amaran tsunami dikeluarkan pihak berkuasa kaji cuaca terbabit. Semalam, tersebar khabar angin kononnya berlaku tsunami termasuk di perairan negara ini dalam tempoh 36 jam akan datang. Info dari radio amatur kononnya laut Brunei sedang bergelora yang ada petunjuk berlakunya tsunami. Khabar angin berlakunya tsunami mula tersebar berikutan fenomena ribuan ikan tamban `naik’ ke darat di Kampung Tambisan Darat, Lahad Datu, jam 8 malam semalam. Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi menafikan ia petanda tsunami bakal berlaku kerana tiada sebarang petunjuk mengenainya. -Sumber Berita Harian

AAP - Terkadang pelik juga ada pihak macam suka sangat akan berlakunya tsunami mula buat cerita yang pelik-pelik melebihi Jabatan yang telah di pertanggungjawabkan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Dis 2013

GAMBAR : PEMANDANGAN BANDAR JERANTUT DARIPADA UDARA

Gambar pemandangan bandar Jerantut daripada udara kredit gambar-gambar ini kepada Enchek Que
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Jerantut bersama krew yang lainnya. Semasa misi bantuan banjir sekitar Jerantut pada Disember 2013.
 Pasar Besar Jerantut bersebelahan Terminal bas dan teksi Jerantut sedang di dalam pembinaan.
 Masjid Sultan Ahmad Shah Jerantut

  Sekitar Bandar Baru Jerantut
 Bandar lama Jerantut
 Hotel Darul Makmur Jerantut
 Bandar Baru Jerantut
 
 Bandar Jerantut


 Perumahan LKNP Jerantut
 Pemandangan daripada belakang Terminal Bas dan Teksi Baru Jerantut
Loji Air PAIP Batu Embun Jerantut.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

24 Dis 2013

VIDEO : FENOMENA IKAN NAIK KE DARAT DI LAHAT DATU SABAH

BEBERAPA penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai. FOTO Ihsan Mohd Irsyad Sahri

LAHAD DATU: Penduduk di Kampung Tambisan Darat, di sini, gempar apabila ribuan ikan 'naik' ke darat dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi.Fenomena pelik itu menyebabkan beberapa penduduk mengambil kesempatan mengaut ribuan ikan tamban yang terdampar di pantai kampung terbabit.
Menurut sumber Jabatan Meteorologi, fenomena itu adalah yang pertama kali berlaku di kawasan itu dan menafikan dakwaan bakal berlaku tsunami.

Bagaimanapun, pihaknya akan memantau situasi berkenaan dan orang ramai dinasihati supaya tidak panik kerana tiada sebarang petanda berlaku tsunami dikesan ketika ini.

Semalam, jabatan terbabit mengesahkan berlaku kejadian gempa bumi berukuran 5.7 skala Ritcher di kepulauan Mariana pada jam 5.12 petang yang berpusat di timur laut Tagum,Filipina, kira-kira 2,842 kilometer dari timur laut Kinabatangan, Sabah.
Sumber : www.hmetro.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

21 Dis 2013

BAHAYA DAN RISIKO SEKIRANYA SALINAN MYKAD TIDAK DIPALANG !

Kebiasaanya kita akan memberi sahaja salinan mykad kita kepada pihak berkenaan jika ianya diperlukan. Tanpa berfikir apakah ada risikonya. Jarang sekali kita memalangkan salinan mykad tersebut di dalam perkataan contohnya "CIMB USED ONLY" dan sebagainya. Perkara dibawah ini bolehlah kita ambil iktibar bersama bertapa penting salinan mykad itu berpalang.
JOHOR BAHRU - Seorang pekerja kilang di sini, kini risau dengan keselamatan diri serta ahli keluarganya selepas mendakwa seorang ejen menjual kereta menyalahgunakan salinan MyKad milik isterinya untuk membuat pinjaman dengan ceti haram.

Mangsa, Nik Zahari Nik Hassan, 35, memberitahu, dia dan isteri, Juliana Jaafar, 32, serta tiga anaknya kini berada dalam ketakutan apabila didatangi ah long ke kediaman mereka hampir setiap hari kerana beranggapan pinjaman tersebut dibuat oleh isterinya.

Menceritakan semula kejadian itu, Nik Zahari berkata, pada 25 Ogos lalu, mereka berurusan dengan seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai ejen menjual kereta bagi membeli kenderaan jenis Proton Persona

AAP - Sebaiknya semua urusan yang menggunakan salinan mykad kita, hendaklah dipalang kalau nak bagi kepada Bank CIMB contohnya tolonglah tulis "CIMB USED ONLY". atau "UNTUK CIMB SAHAJA" Bagi menjamin keselamatan kita bersama, di bimbangi perkara ini disalah gunakan oleh pihak tertentu untuk tujuan lainya. Hari ini ramai orang yang mengambil kesempatan diatas kelalaian kita.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Dis 2013

KADAR MAS KAHWIN NEGERI PAHANG PERLU DINAIKKAN.

Jika dibuat perbandingan kadar mas kahwin di antara negeri-negeri yang terdapat di Malaysia, Pahang diantara negeri yang terendah kadar mas kahwinya. Sewajarnya ianya di pertimbangkan dan dinaikkan kerana nilai RM22.50 hari ini amat jauh berbeza jika ingin dibanding pada zaman dahulu,  mungkin zaman sebelum merdeka lagi. Kalau dahulu RM 22.50 boleh beli berbagai perkara. Hari ini beras sekampit pun tak lepas.

Merujuk pada berita ini : PAS Pahang akan menghantar memorandum kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) bagi mempertimbangkan kadar mahar atau mas kahwin di negeri ini supaya dinaikkan.

Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan tersebut ditimbulkan dalam mesyuarat perhubungan semalam berikutan usul daripada PAS Kawasan Pekan.

“Kadar mas kahwin di Pahang ini terlalu murah iaitu RM22.50 dan tidak pernah naik-naik sejak zaman Jepun sedangkan jika kita lihat sepanjang tempoh itu semua barang telah naik.

“Pendirian PAS Pahang ialah kita akan angkat usul ini kepada Muip. Mas kahwin di Pahang ini terlalu rendah, banyak negeri dah naik. Cadangan dari Pekan kadar dicadangkan RM250.

“Tetapi PAS Pahang mahu Maip semak semula kadar tersebut kerana kita mahu lihat jumlah yang lebih munasabah dan adil. Harga minyak pun kerajaan semak tiga sekali tahun,” katanya.- Sumber Berita

Kalau perkara lain mungkin di kaji dan disemak setahun 3-4 kali, apa salahnya mas kahwin ini dikaji semula. Khabarnya kadar mas kahwin di negari pahang tidak pernah naik sejak zaman Jepun? Gamaknya kalau setakat RM 250.00 tidak menjejaskan rakyat :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

18 Dis 2013

GAMBAR : GEMPAR PUTING BELIUNG MELANDA JOHOR BAHRU

 18 Dis 2013 - Fenomena Puting Beliung baru sahaja berlaku petang tadi di Johor Bahru. Ramai yang berjaya merakam gambar puting beliung tersebut di sekitar JB dan Singapura.
 Namun pembentukan puting beliung tersebut tidak lengkap kerana tidak mencecah sehingga ke daratan. Alhamdulillah, sekiranya berterusan pasti merosakkan harta benda yang berada di sepanjang laluan puting beliung tersebut.
Untuk rekod, Malaysia pernah mengalami puting beliung di beberapa tempat seperti yang berlaku di Kota Damansara pada tahun 2010. Kajadian berlaku di PPR Seksyen 8 dimana puting beliung itu telah merosakkan kesemua konopi 30 gerai penjaja disitu (Wiki). - Sumber : Tengok TV Online

Gambar-gambar lain dan sumber disini : Tengoktvonline.blogspot.com


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

17 Dis 2013

KERAJAAN BARISAN NASIONAL DIKECAM HEBAT KERANA ISU KENAIKAN HARGA BARANGAN?

Harga Barang Naik: Najib Razak hari ini dikecam hebat di facebooknya.
 
Kesabaran rakyat malaysia semakin menipis bila kerajaan yang di terajui oleh seorang perdana menteri dari umno telah menaikkan satu demi satu harga barangan keperluan asas rakyat malaysia. ini dapat di lihat di facebook milik najib razak apabila hampir 99% posting yang di lakukan oleh rakyat malaysia di pages miliknya, dengan jelas telah mengecam malahan menghentam teruk akan perdana menteri kesayangan rakyat ini.

Desas desus dari maklumat Ajensi, ada juga yang mengatakan, bahawa tahun ini adalah tahun terakhir beliau sebagai perdana menteri, rakyat mempertikai setiap kata-kata dan ucapan dari menteri-menteri BN kerana jawapan yang di berikan oleh mereka sangat-sangat tidak memuaskan, jika di nilai dari prestasi KPI menteri kerajaan BN ini, rakyat memberikan KPI G [Gagal] kepada mereka.

Berikut adalah jawapan menteri apabila setiap barangan di naikkan harga selepas 5 mei lalu.

a - "jika petrol naik, jalan kaki jangan bawa kereta".
b - "jika tepung naik, jangan makan tepung, makan ubi".
c - "jika tambang bas naik, hantar anak sendiri ke sekolah".
d - "jika letrik naik, pakai lilin untuk elak renjatan letrik".
e - "jika tol naik, sila guna jalan biasa tiada tol".
f - "gula naik untuk elak obesiti dan rangsangan seks".
g - "jika tidak buat gst, malaysia akan bangkrup".
h - "tambang lrt paling rendah di dunia, mesti perlu di naikkan sebab sudah 10 tahun tak naik-naik".
i - "minyak masak naik demi kesejahteraan rakyat".
j - "diesel naik bagi mengurangkan kesesakan lalulintas".
k - "ayam naik jangan makan ayam, makan ikan".
l - "harga rumah naik jangan beli rumah, sewa saja".
m - "gas memasak naik jangan guna gas, guna kayu api".
n - "beras naik tidak akan membebankan rakyat".
o - "harga kereta naik tidak bebankan rakyat". 
p - "tak bayar ptptn, sila duduk luar negara".
q - "sayur naik tanam sayur sendiri di belakang rumah" [jika rumah flat]?
r - "daging naik harga jangan makan daging"
s - "tambang teksi naik jangan naik teksi naik beca". - Ajensi Berita Fakap
Sumber : ajensifakap.blogspot.com

Terkini : Berkaitan dgn isu kenaikan Tol : "Bagi mereka yang fikirkannya ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut." - Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Menteri di Jabatan Perdana Menteri )

Persoalan di minda rakyat juga kenapa perkara ini seakan bertindih-tindan dan berjalan serentak?

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

12 Dis 2013

PASIR TAMBANG KUALA TEMBELING JERANTUT

 
 
 
Hari ini berkesempatan pergi ke kampung Pasir Tambang, Tembeling, Jerantut. Tempat ini penuh dengan cerita sejarahnya. Sejarah terbilang pahlawan sewaktu waktu dahulu. Mungkin disini banyak menyimpan cerita dan sejarah serta kisah perjuangan pahlawan yang mana mungkin tidak kita ketahui.

Diantara catatan yang pernah dicatatkan : Antara Mac hingga Julai 1892 berlaku pertempuran antara pahlawan-pahlawan Melayu dengan tentera upahan Inggeris di bawah Clifford di Kuala Lipis. Pada pertengahan Jun 1894 tercetus lagi pertempuran di Pasir Tambang dan Jeram Ampai, Kuala Tembeling sehingga kumpulan pahlawan Pahang berjaya menawan kubu British di sana. Namun pihak penjajah bertindak balas dengan melancarkan serangan secara besar-besaran terhadap pahlawan-pahlawan Melayu serta melipatgandakan jumlah anggota polis Sikh dari Perak dan Selangor.

Bermula Oktober 1895 Inggeris meminta bantuan Siam. Berada pada situasi sedemikian Mat Kilau dan kumpulannya mengambil keputusan berundur ke Terengganu melalui Ulu Tembeling ke Petai Bubus. Jalan tersebut kini dikenali ‘Laluan Sejarah’. Selain daripada Datuk Bahaman dan Mat Kilau rombongan tersebut juga disertai oleh Tok Gajah, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid dan Mat Lela. Mungkin lagu dibawah ini ada kaitan dengan sejarahnya..

Lirik Lagu Menghilir Sungai Pahang - Lagu Rakyat Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah bermalam di Pasir Tambang
(3x)
Tempat sejarah pahlawan terbilang
Mara Tok Gajah ke medan perang(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Sampailah pula di Pulau Tawar
(2x)
Tempat lahirnya Pahlawan Mat Kilau
Makam Di Raja abadi di sana(2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Janganlah lupa Kuala Semantan
(2x)
Lubuk Terua dalam ingatan
Bersimpang-siur tombak pahlawan(2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Kampunglah Chenor melambai mesra
(2x)
Lagenda pahlawan Bukit Segumpal
Tersemai baktinya di Inderapura (2x)

Mari menghilir di Sungai Pahang

Menghilir di Sungai Pahang
Kirilah kanan cantik menawan
(2x)
Sampai ke Chini tasik misteri
Penuh riwayat cerita rakyat (2x)

Menghilir di Sungai Pahang
Singgah di Pekan Bandar Di Raja
(2x)
Janganlah lupa Pulau Tioman
Negeri Pahang penuh perjuangan (2x)

Penuh perjuangan

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

11 Dis 2013

GAMBAR MODEL KERETA PERDANA BERWAJAH BARU

 
 
 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Proton Perdana berwajah baru sebagai kenderaan rasmi kerajaan. Proton Perdana berwajah baru itu menampilkan dua varian iaitu Perdana 2.0 L dan 2.4 L dengan mempertingkatkan ciri-ciri keselamatan dan keselesaan.

Dua unit edisi khas Proton Perdana berwajah baru turut dikeluarkan untuk Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pada majlis itu, Najib juga menerima kenderaan rasmi beliau dengan plat nombor W11N. Turut hadir Pengerusi Eksekutif Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil dan menteri-menteri kabinet. Sebanyak 200 unit pertama Proton Perdana baharu akan diserahkan kepada kerajaan setiap bulan. - Bernama
AAP -Ada pihak yang mengatakan model pengganti Proton Perdana adalah sebuah Honda Accord generasi ke-8. Patut macam pernah jumpa kereta ini :)

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

10 Dis 2013

KRONOLOGI KERUNTUHAN DAN TRAGEDI HIGHLAND TOWERS


Walaupun Tragedi Highland Towers telah lama berlalu, ianya merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3. Berikut adalah Kronologi tragedi Highland Towers :

PELUKIS pelan tiada kelayakan. Pendedahan bekas presiden PAM kejutkan rakyat Malaysia.

Sebelum 1964: Pemaju mengemukakan permohonan untuk membina kondominium.

1964: Jabatan Perancang Bandar dan Kampung (JPBK) Negeri Selangor mula membuat penilaian. Pejabat Daerah Kuala Lumpur meluluskan permohonan cadangan projek tersebut.

1974: Pembinaan bangunan dimulakan oleh Konsortium Jurubina Perunding (KJP) untuk syarikat High Land Properties Sdn Bhd.

1978: Blok 1 Kondominium telah disiapkan dan diberi Certifi cate of Fitness (CF) oleh Majlis Daerah Gombak (MDG) dan mula diduduki penghuni.

1981: Bangunan Blok 2 telah disiapkan dan diberi CF oleh Majlis Daerah Gombak dan telah mula diduduki penghuni.

1986: Bangunan Blok 3 telah disiapkan dan diberi CF oleh MDG. Ia telah mula diduduki penghuni.

1 Julai 1992: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab secara langsung terhadap projek tersebut.

1993: MPAJ telah memberikan CF kepada pembinaan tempat letak kereta di tingkat bawah kondominium.

November 1993: Keretakan serius atas jalan raya sekitar kondominium telah dikesan oleh penghuni.

11 Disember 1993: Pangsapuri Blok 1 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang runtuh pada 1.35 petang. 124 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan kira-kira 30 anggota tentera dan jurutera dari Kem Batu Cantonment dan Kem Wardieburn membantu mencari.

Ratusan anggota polis, bomba dan pasukan penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sukarelawan PBSMM datang lebih awal. Pasukan penyelamat ternampak sebatang kayu terjuih keluar dan bergoyang.

Pembantu rumah seorang penghuni kondominium di Tingkat 7, Umi Rashidah Khoruman, 22, dan anaknya, Nur Hamidah Najib, 18 bulan, diselamatkan.

Nakajima Shizue, 50, wanita rakyat Jepun turut diselamatkan daripada runtuhan itu tetapi meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) jam 12
tengah malam. Dr Shahrum Abdul Wahid dari HKL menyatakan Nakajima mengalami pendarahan dalam yang teruk.

Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ramai menteri Kabinet datang melawat.


12 Disember 1993: Penghuni Blok 2 dan 3 Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang diarah mengosongkan rumah mereka kerana tidak selamat. Pasukan mencari dan menyelamat dari Britain dan Amerika Syarikat tiba untuk membantu. Helikopter Nuri dan Alouette milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat tinjauan udara.

13 Disember 1993: Sekumpulan anggota penyelamat Perancis bersama dua anjing pengesan turut menyertai operasi. Mereka dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan.

Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

15 Disember 1993: Pasukan penyelamat menjumpai enam mayat termasuk dua yang hancur menjadi cebisan daging dan tengkorak dalam runtuhan itu. Antara yang dijumpai lengan kanan yang mempunyai gelang, satu tengkorak dan cebisan daging serta serpihan tulang.

Empat mayat reput itu dipercayai dua rakyat Korea dan dua rakyat tempatan. Pasukan penyelamat memutuskan untuk menggunakan mesin pemecah konkrit dan keluli serta jentolak untuk mengangkut runtuhan konkrit bagi membuka laluan.

16 Disember 1993: Umi Rashidah dan Nur Hamidah dibenarkan keluar daripada HKL.

17 Disember 1993: Jawatankuasa Khas Kabinet bersetuju dengan cadangan penyelamat supaya operasi menyelamat mangsa hidup dihentikan.

18 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui enam lagi mayat termasuk mayat seorang kanak-kanak.

19 Disember 1993: Pasukan penyelamat menemui tiga mayat iaitu satu mayat wanita reput terbenam kira-kira lapan meter di tempat letak kereta jam 7 malam. Mayat kedua, juga wanita ditemui jam 8.30 malam berdekatan mayat pertama manakala mayat ketiga, lelaki jam 10.15 malam.

20 Disember 1993: Setakat ini, 25 mayat termasuk seorang yang memeluk al-Quran ditemui di tingkat 12. Turut ditemui mayat seorang wanita memakai sari dan memeluk seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.

21 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dan polis mengesahkan 48 mayat ditemui daripada runtuhan pangsapuri Highland Towers. Daripada jumlah itu, 37 mayat ditemui sempurna, sembilan bahagian badan dan 10 cebisan anggota iaitu tangan, kaki, kepala serta paha.

22 Disember 1993: Operasi mencari dan menyelamat dihentikan. Dr Nik Ramlan Nik Hassan dilantik menjadi pengerusi Jawatankuasa Teknikal Menyiasat Tragedi Highland Towers.

Kondominium itu dimiliki dan dimajukan oleh Highland Properties Sdn Bhd. menggunakan teknologi pengesan degup jantung dan menebuk lubang 4.5 meter dalam. Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan khusus untuk menangani semua masalah berhubung tragedi Pangsapuri Highland Towers.

14 Oktober 1997: Bekas presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM), Henry Lee Inn Seong, memberitahu Mahkamah Koroner Kuala Lumpur bahawa pelukis pelan pangsapuri Highland Towers yang runtuh tidak mempunyai kelayakan bagi bangunan setinggi 12 tingkat. Beliau menyatakan pelukis pelan itu, Wong Tin Sang, hanya mempunyai kelayakan untuk mendirikan bangunan tidak melebihi 300 meter persegi atau 3,000 kaki persegi atau tidak lebih dua tingkat.

14 November 1997: Koroner Mohd Radhi Abas dari Mahkamah Koroner Kuala Lumpur memutuskan tragedi Highland Towers bukan disebabkan sebarang unsur
jenayah dan bencana alam, tetapi adalah satu kejadian nahas dan kecederaan berganda yang menimpa mereka selepas pangsapuri terbabit runtuh.

Saman dikemukakan oleh 73 pemilik blok dua dan tiga pangsapuri Highland Towers dan perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk James Foong.

Saman terhadap pemaju dan sembilan lain bagi kerugian yang dialami antara RM31 juta hingga RM35 juta. Kumpulan itu menyaman Highland Properties Sdn Bhd, pelukis pelan Wong Tin Sang, jurutera Wong Yuen Kean, Majlis Perbandaran Ampang (MPAJ), Arab-Malaysian Finance Berhad, Developments Sdn Bhd dan Metroplux Sdn Bhd. Sumber Sinar Harian

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

9 Dis 2013

PERKAHWINAN PASANGAN MUDA ANTARA MUHAMAD HAIKAL 15 TAHUN DAN NUR HAZWANI MOHD KAMAL 16 TAHUN

Muhamad Haikal Farith Mohd Shah budak kahwin umur 15 tahun dan Nur Hazwani Mohd Kamal 16 Tahun. Negara sekali lagi digemparkan dengan perkahwinan muda yang melibatkan budak usia 15 tahun dan 16 tahun. Walaupun kes perceraian yang berlaku baru-baru ini melibatkan perkahwinan pada usia muda langsung tidak mematahkan semangat pasangan ini untuk terus berkahwin. Pasangan ini juga mengakui bahawa perkahwinan mereka juga telah direstui oleh kedua belah pihak keluarga.

Muhamad Haikal, 15, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, Nur Hazwani Mohd Kamal, 16, yang masih belajar dalam Tingkatan Empat, oleh Imam Masjid Teluk Kemang, Port Dickson, Rahim Jaafar pada 8 Disember 2013. Nur Hazwani menerima mas kahwin RM200 dan hantaran RM5,000. Muhamad Haikal berkata, bapanya, Mohd Shah Abdul Aziz, 43, memohon kebenaran mahkamah bagi membolehkan dia bernikah dengan pasangannya kerana usia mereka yang masih muda.

Muhammad Haikal yang sudah tidak bersekolah sejak setahun lalu, membantu perniagaan bapanya yang juga seorang kontraktor binaan. Walaupun pasangan ini sudah berkahwin, Nur Hazwani pelajar tingkatan Empat tetap meneruskan pelajaran seperti biasa dan kini tinggal dirumah mertua. Sumber www.melvister.com

Apa nak kata dah jodoh... perkahwinan bukan seumpama main rumah pondok-pondok :) Doa kami semoga perkawinan ini kekal hingga ke akhir hayat Insya Allah.

Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<