Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

31 Mac 2014

INFO POKOK SENDUDUK PUTIH DAN SENDUDUK UNGGU

Pokok senduduk merupakan tumbuhan yang tergolong daripada kumpulan rumpai. Ia merupakan salah satu rumpai yang perlu dibuang didalam amalan pertanian di ladang atau kebun. Terdapat dua jenis pokok senduduk berdasarkan jenis bunganya iaitu ungu dan putih.

Kebanyakan senduduk yang terdapat didalam belukar, atau kawasan terbiar berbunga ungu. Senduduk putih amat jarang sekali ditemui tumbuh secara meliar. Ianya hanya tumbuh disetengah-setengah kawasan sahaja. Dari segi perubatan tradisional, pokok senduduk putih boleh dijadikan seribu satu jenis penawar untuk mengubat terkena racun atau santau tidak kurang ilmu pengasih dan pelbagai kegunaan lainya.

Pokok senduduk putih begitu sinonim dengan masyarakat melayu dan kebanyakannya percaya ianya ada kaitan dengan alam mistik. Selain dari nilai perubatan ianya juga dicari kerana dipercayai mempunyai nilai mistik dan seribu satu macam kisah senduduk putih ini. Kalau mengikut cerita dongeng ada juga yang mengatakan dibawah pokok senduduk putih itu dapat emas dan permata, tapi bukan yang ditanam sebaliknya yang tumbuh meliar kata mereka.

Ramai yang menyatakan senduduk putih jarang ditemui dan ianya mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ada yang mempercayai ianya boleh mengubati penyakit barah payudara, mengubati sakit sendi, mengubati resdung, dan juga menjadi penawar bisa ular dan lain-lain penyakit yang berkaitan. Sememang kita agak sukar untuk mencari senduduk putih yang tumbuh meliar namun mungkin ianya boleh di temui di nurseri. Apapun dari segi khasiat perubatan dan mistiknya mungkin ianya sudah menjadi sedikit hambar dan kurang memberi kesannya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO BUAH LETUP DAN BUAH LETUP-LETUP

'Buah letup' atau 'buah letup-letup' nama saintifiknya (Passiflora foetida) merupakan sejenis dari kumpulan rumpai yang tumbuh liar di negara kita dari keluarga Passifloraceae. Tumbuhan ini dikategorikan sebagai tumbuhan rumpai jenis menjalar dan menghasilkan rasa buahnya yang manis dan sedikit masam. Pastinya buah ini begitu sedap untuk dimakan. Ramai yang mengenali akan tumbuhan ini kerana ianya banyak tumbuh dikawasan kampung, kebun, ditepi jalan, serta di kawasan tanah yang baru di terokai. 
Terkadang kita juga agak keliru kerana nama buah 'letup-letup' ini selalunya merujuk kepada dua jenis buah yang berbeza iaitu letup-letup yang menjalar dan juga sejenis lagi letup-letup pokok tumbuh menegak. Apa pun nama bagi kedua-dua jenis buah ini biasanya kita akan menyebut buah letup atau letup-letup sahaja.

Tumbuhan ini natif dari kawasan tropika seperti di Asia Tenggara dan juga di USA Selatan, Hawai, Amerika Selatan, Afrika Barat dan sebagainya. Ditempat lain tumbuhan ini juga dipanggil sebagai marya-marya, bush passion fruit, stinking passionflower, wild maracuja, love-in-a- mist, Timun Padang, Buah Tikus dan juga Kha Tok Rok (Thailand). Mungkin kita boleh menjangkakan bagaimana tumbuhan ini diberi nama sebagai 'letup-letup', mungkin kerana buahnya yang berbentuk bulat dan apabila buah ini matang (masak) dan bila di tekan akan menghasilkan bunyi seperti letupan kecil. Pernah dikabarkan pokok ini mampu mengubati penyakit
stroke. Caranya ambil pokok ini dgn akarnya sekali cuci bersih-bersih dan direbus. Sejukan air rebusan tadi dan diminum 2 kali sehari insya Allah penyakit stroke akan berkurangan.

Buah ini pasti menjadi nostalgia sewaktu dizaman kanak-kanak kerana menjadi makanan sampingan. Kerana mungkin buahnya tidak bermusim sepanjang masa sentiasa ada. Kini waktu sudah berlalu nak jumpa pokok buah ini pun sudah agak susah. Anak-anak di hari ini pun mungkin sudah tidak mengenali buah ini, apatah lagi untuk merasai akan kenakan rasa buah letup atau letup-letup ini.

Wassalam, Wa'allahhualam.
  

30 Mac 2014

INFO DAN KEGUNAAN DAUN POKOK KAPAL TERBANG UNTUK MENGUBATI LUKA

 
POKOK kapal terbang atau nama saintifiknya, Chromolaena odorata (L.) R. King & H. Robinson sejenis tumbuhan renek yang banyak bercabang. Tumbuhan ini berbatang lembut ketika muda dan beransur-ansur menjadi bergabus ketika matang dan tua.

Asal perkataan “odorata” pada nama tumbuhan ini daripada bahasa Latin yang bermaksud “bau”. Ciri ini terdapat pada daunnya apabila diramas, mengeluarkan aroma yang kuat dan agak kurang enak. Bentuk daunnya bergerigi pada bahagian tepi dengan permukaan yang kesat dan berbulu halus.

Bunga pokok ini berwarna putih dan tumbuh berjambak pada hujung ranting. Nama “Pokok Kapal Terbang” mungkin diilhamkan daripada ciri-ciri biji yang halus, ringan dan senang diterbangkan oleh agen penyebaran seperti angin, dan kadang-kadang melekat pada badan atau bulu haiwan. Nama lain bagi tumbuhan ini ialah pokok jepun, pokok jerman, pokok busuk-busuk. Sekiranya dikampung ada juga yang menyebut pokok kelambu babi. Mungkin agaknya babi selalu berehat dan bersantai dibawah rimbunan pokok tersebut.

Kegunaan dan kebaikan pokok kapal terbang.
Daun, bahagian (pucuk muda) amat mujarab dalam merawat luka2 kecil dan amat berkesan menghentikan pendarahan akibat luka. Caranya ambil bahagian daun ini dalam beberapa helai, sebaiknya daun muda sedikit kerana ianya mempunyai lebih air, ramas-ramas atas tapak tangan, ludah dua tiga kali, (kerana air liur juga ada kelebihan tersendiri ) tepek sahaja pada luka berkenaan. Jika perlu anda boleh membalutnya dengan kain. Hasilnya sekejab sahaja darah akan berhenti dan luka tersebut akan menjadi mengecut. Penting kegunaan daun ini hanya untuk luaran sahaja dan jangan di makan.

Selamat mencuba.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" KINI POPULAR DI KUANTAN PAHANG

KUANTAN - Aktiviti jualan berkonsep jalanan car boot sale (jualan terus dari but kereta) bukan sahaja berjaya menghidupkan suasana malam di pekarangan Pusat Transformasi Bandar (UTC), malah membantu menambah pendapatan peniaga.
 Jika sebelum ini, jualan terus dari bonet kereta mungkin kurang mendapat sambutan kerana sikap masyarakat yang tidak yakin dengan konsep itu, namun usaha Kelab Anak Muda Indera Mahkota (Kami) mengubah persepsi berkenaan.

Tinjauan Sinar Harian kira-kira jam 8 malam di tempat letak kereta berhadapan UTC meriah dengan pelbagai jenis kenderaan dan bonet terbuka menanti pelanggan dengan pelbagai jenis produk murah dan berkualiti.

Peniaga, Noraniza Kamsani, 27, berkata, konsep itu kini semakin popular dalam kalangan peniaga muda terutama mereka yang baru mahu mencuba bidang perniagaan.

Noraniza yang merupakan kakitangan swasta memilih untuk berniaga selendang dan tudung bersama suaminya, Muhammad Shahrinnahar Abd Latif sejak minggu pertama dibuka dan mengakui mendapat sambutan hebat daripada pengunjung.

“Konsep ini bagus kerana dengan modal kecil juga sudah boleh memulakan perniagaan. Saya juga boleh mendapat pendapatan tambahan secara santai,” katanya.

Bagi Norehan Salleh, 28, dengan kadar bayaran sewa berpatutan, dia boleh mengisi masa terluang waktu malam dengan berniaga ditemani suami, Norazly Nordin sejak tiga minggu lalu.

Norehan mengakui seronok apabila pelbagai baju kurang dan jubah yang dijual diminati pembeli terutama mereka yang sudah berumur.

“Dengan kadar sewa yang berpatutan, kami boleh menjual barang tidak lebih daripada RM40. Ini mudah menarik perhatian pembeli,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kami, Muhammad Faiz Hashim berkata, car boot sale adalah idea bagi membantu golongan peniaga muda yang tidak mampu membayar sewa tinggi di bandar ini selain kesukaran mendapatkan premis yang strategik.

Katanya, program fasa pertama itu bertujuan meningkatkan ekonomi anak muda dan fasa kedua bakal dilaksanakan jika mendapat sambutan.

“Penyertaan amat membanggakan ada 130 kereta. Konsep ini menjadi fenomena baru kepada warga Kuantan. Kadar sewa tapak RM30 semalam kini mendapat penerimaan di luar jangkaan,” katanya.

Perniagaan yang bermula seawal jam 6 petang dan berakhir kira-kira jam 2 pagi itu merupakan memasuki minggu ketiga penganjurannya pada setiap Jumaat. - Sinar Harian Pahang.

Pemandangan PERNIAGAAN "CAR BOOT SALE" di Kangar Perlis.

AAP - Sebaiknya peniagaan seumpama ini diperluaskan ke daerah lain bagi menjana ekonomi serta mendapat pendapatan sampingan, kepada mereka yang suka menjalankan aktiviti perniagaan. Sini bolehlah anda mulakan aktiviti baru ini di tempat anda. Dengan mendapat kerjasama daripada pihak PBT.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

BANYAK PERCANGGAHAN : MUNGKINKAH BENAR PESAWAT MH370 TIDAK TERHEMPAS ?

Pasangan Philip Wood percaya pesawat tak terhempas

Pasangan kepada salah seorang penumpang pesawat MH370, Philip Wood iaitu Sarah Bajc percaya pesawat itu tidak terhempas.

Sebaliknya, beliau dalam satu temu bual dengan saluran BBC News merasakan seolah-olah wujud motif lain di sebalik kehilangan pesawat tersebut.

“Setiap jenayah mesti ada niat dan motif di sebaliknya. Ada 30 jurutera pertahanan dalam pesawat itu dengan kemahiran yang unik.

“Mereka boleh menjadi sesuatu yang berharga untuk mana-mana negara yang mencari kelebihan untuk peralatan tentera mereka. Ada banyak motif di sebaliknya, tapi saya tak nampak ada motif untuk seseorang membuatkan pesawat terhempas,” katanya.

Menurut Bajc, beliau tidak memiliki kepakaran dan hanya membuat andaian berdasarkan common sense.

Namun, katanya, pandangan sama juga banyak disuarakan pakar penerbangan dalam laman Facebook yang diwujudkan dengan nama ‘Finding Philip Wood’.

“Kebanyakannya berpandangan pesawat itu dirampas, bukannya terhempas. Jadi saya pelik mengapa usaha pencarian hanya tertumpu di lautan.

“Saya percaya ada sesuatu berlaku disebaliknya dan ramai merasakan kerajaan cuba mengelirukan kami,” katanya. Sinar Harian.

Dari awal tragedi kita sudah melihat percanggahan kenyataan dari pihak berkuasa. MAS kata lain, DCA kata lain, Polis kata lain, TUDM kata lain.

Sekarang pula Najib kata lain, Hishamuddin kata lain.

Di dalam pengumuman Najib sebelum ini beliau menyatakan "Inmarsat membuat kiraan terbaharu berdasarkan data yang ada. Kiraan terbaharu merumuskan bahawa pesawat MH370 telah terbang melalui koridor selatan, dan kedudukan terakhir pesawat ialah di tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia. MAS telah memaklumkan perkara ini kepada ahli keluarga dan waris penumpang MH370. Saya minta pihak media menghormati ruang ahli keluarga dan waris untuk bersendirian pada masa yang sukar ini."

Tiba-tiba semalam kita dikejutkan dengan berita "Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pihaknya masih menaruh harapan ada dalam kalangan penumpang pesawat MH370 yang kali terakhir dikesan di selatan Lautan Hindi selamat ditemui." Apa hal ni? Ulasan Greenboc

AAP - Begitu banyak sekali andai dan konspirasi serta percanggahanya kehilangan MH370 ini....

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

29 Mac 2014

BERHATI-HATI "PERBUATAN KHIANAT" DI LEBUHRAYA KARAK.

Penulis mendapat maklumat tentang perbuatan khainat di lebuhraya karak. Sebaiknya anda yang melalui dan membawa kenderaan terutama motorsikal dan kereta sila berhati-hati. Ini adalah peringatan buat kita semua supaya lebih berhati-hati. Berita dan kisah seumpama ini mungkin orang Pahang sudah sedia maklum. MOHON SHARE PADA ORANG LAIN SUPAYA TIDAK MENJADI MANGSA. Sesungguhnya malang itu tidak berbau. Mesej ini diterima melalui Facebook.

"assalamulaikum admin, saya nak minta tolong sangat2... admin tolong nasihatkan sesiapa yang guna highway karak supaya lebih hati2 bila lalui selekoh-selekoh merbahaya di highway karak ini, ada minyak kalau keadaan hujan mesti akan ada berlaku kemalangan. Semalam karak hujan, lebih 7 kejadian kemalangan telah berlaku. Saya tak sanggup melihatnya. Sebab itu saya mintak tolong dengan admin supaya memberi tahu orang ramai yang menguna dan melalui lebuhraya karak ini lebih berhati-hati. Kawan saya sendiri dan ramai lagi yang telah menjadi mangsa. Selekoh wajib perlu anda berhati-hati ialah KM 75, KM71 (Selekoh sungai dua ), KM69. Sebaiknya anda terus berhati-hati daripada susur keluar tol karak sehingga ke tol Bentong."

Difahamkan juga ada perbuatan khianat daripada mereka yang tidak bertanggungjawab dengan menabur paku, pasir, minyak dan sebagainya bagi tujuan berlakunya kemalangan dan mereka yang tertentu akan mendapat habuan dan keuntungan daripada perbuatan tersebut.

Pandu cermat jiwa selamat ingatlah orang tersayang.


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

28 Mac 2014

PERISTIWA MEMALI PANAS KEMBALI, TUN MUSA HITAM?

Musa: Dr M ada di KL semasa peristiwa Memali Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa melakukan lawatan rasmi ke China sewaktu berlakunya peristiwa berdarah Memali pada 1985 yang mengakibatkan 18 orang terkorban.

Dan hampir tiga dekad selepas peristiwa itu berlaku, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Tun Musa Hitam mendedahkan bahawa Dr Mahathir berada di ibunegara ketika kereta perisai menuju ke kampung terpencil di Baling, Kedah itu untuk melumpuhkan satu kumpulan agama yang diketuai oleh Ibrahim Mahmud, yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya.

Malah, Musa dilaporkan memberitahu satu forum di Kota Bharu malam tadi dan VIDEO dimuat naik di Youtube, bahawa Dr Mahathir masih berada di Kuala Lumpur pada hari kedua, ketiga dan keempat selepas peristiwa tersebut.

Apabila mendengar ini, forum moderator Mohammad Agus Yusof berkata: "Oh my God."

Kira-kira 400 anggota polis menyerbu kampung itu pada 19 November 1985 selepas berdepan dengan penduduk kampung yang enggan menyerahkan Ibrahim kepada pihak berkuasa yang menuduhnya sesat.

Serbuan itu mengakibatkan 14 penduduk kampung dan empat anggota polis terbunuh.
[Baca berita penuh]  Sumber www.malaysiakini.com ]


Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TRAGEDI TANJUNG KUPANG MAS MH653 MALAPETAKA DALAM SEJARAH PENERBANGAN MALAYSIA. SEBELUM BERAKHIRNYA PESAWAT MH370

Tragedi Tanjung Kupang Adalah Satu-satunya Malapetaka Dalam Sejarah Penerbangan Malaysia (MAS) Sebelum Pesawat MH370. 


Tugu peringatan trgedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang yang diabdikan sehingga kini.
Masihkah anda mengingati Tragedi MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang?. Sebelum pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing disahkan hilang dari radar pada awal pagi Sabtu, 8 Mac 2014, MAS hanya mencatatkan satu tragedi yang menyayat hati iaitu insiden di ruang udara Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada Isnin 4 Disember 1977.

Ia merupakan tarikh yang paling menyayat hati seluruh rakyat Malaysia apabila pesawat MAS MH653 meletup di ruang udara Tanjung Kupang dan mengorbankan kesemua 93 penumpangnya termasuk tujuh anak kapal itu.

Terdapat pelbagai versi berhubung insiden tersebut tetapi yang paling popular ialah, berlaku letupan di udara sebelum ia terhempas dan versi satu lagi berlaku pergelutan di dalam kokpit sehingga menyebabkan ia terhempas di sebuah kawasan paya bakau dekat Kampung Ladang, Tanjong Kupang, Gelang Patah, Johor itu.
Kesan kebakaran akibat pesawat terhempas di Tanjung Kupang.
Rangka pesawat Boeing 737 itu bertaburan sekitar dua kilometer persegi. Untuk rekod, kawasan itu kini diwartakan sebagai sebahagian daripada kawasan di bawah jagaan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Keratan akhbar yang menggambarkan suasana pilu berikutan tragedi pesawat terhempas di Tanjung Kupang pada 1977.

Tragedi yang berlaku 33 tahun lalu itu turut mengorbankan nyawa Menteri Pertanian, Datuk Seri Ali Ahmad; Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya, Tan Sri Mahfuz Khalid; Pengarah Kerja Raya Bahagian Tentera, Datuk Khalid Mohamad; Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Abu Bakar Othman Merican serta dua pegawai Bank Dunia, O.D. Hoerr dan S.A. Naime.

Duta Cuba ke Malaysia yang pertama, Mario Garcia Inchaustegui dan isterinya, Gladys juga merupakan penumpang dalam pesawat malang itu.

Mereka dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri satu seminar di Pulau Pinang.

Kejadian yang berlaku sejurus selepas Maghrib itu berpunca daripada percubaan untuk merampas pesawat berkenaan hasil daripada laporan yang disampaikan oleh Kapten G.K. Ganjoor dan pembantunya, Kamarulzaman Jalil kepada Menara Kawalan di Subang.

Pesawat itu sebenarnya sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang menuju ke Lapangan Terbang Subang.

Tetapi kemudian pesawat itu tidak mendarat di Subang sebaliknya mereka telah diarahkan oleh para perampas supaya terus menuju ke Singapura.

Pesawat itu hilang dari radar pada jam 8.15 Ia kemudiannya disahkan terhempas di sebuah kawasan hutan paya bakau di Tanjong Kupang, Gelang Patah.

Kesemua mangsa yang terkorban yang berjaya ditemui kemudiannya disemadikan di dalam satu liang lahad yang besar. Sumber : mstar.com.my

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

TUMPAHAN BAHAN KIMIA LYNAS DI LANCHANG ?

Kemalangan yang melibatkan sebuah lori sarat dengan nadir bumi Lynas produk meninggalkan komoditi bertaburan di atas jalan raya di Lanchang, Pahang, pagi ini, mengakibatkan bahan tersebut berhamparan dan jalan ditutup kepada lalu lintas.

TEMERLOH - Orang ramai di sekitar kawasan Lanchang dekat sini kini berada dalam ketakutan dan berjaga-jaga akibat tumpahan cecair bahan kimia dari lori Lynas awal pagi tadi. Menurut sumber pakar tentera dari Kem Batu Lima akan cuba meletupkan sesuatu petang ini bagi memusnahkan kesan radiasi di kawasan tersebut. Sementara itu pihak unit pembersihan kimia dari Kuantan telah dipanggil untuk membersihkan kawasan terbabit. Bomba juga kini sedang berusaha meneurtralkan bahan kimia berkenaan. Sementara itu satu kumpulan pakar dari hospital berdekatan telah dipanggil untuk tujuan yang sama.
Orang ramai dilarang melalui jalan lama Lanchang- Mentakab untuk ke Temerloh dan kenderaan dilencongkan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) sekarang. Keadaan kini masih terkawal kerana Lynas telah menempatkan beberapa orang petugas mereka untuk memantau keadaan. PDO News

*** Ada sumber menafikan bahan kimia yang tumpah itu ada radiasi. Bahan terbabit ialah cecair CHLORIDE dan tidak merbahaya sebenarnya. Namun ramai penduduk panik dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi menggelakkan sebarang kemungkinan lain berlaku. Sumber : pahangdaily.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

MANA BANGKAI MH370?

Soalannya :  Wajarkah perkataan "Mana Bangkai MH370?" digunakan sebagai tajuk berita utama?
  •    YA
  •    TIDAK
  •    TIDAK PASTI
"Bukan sahaja Pas malah keluarga mangsa juga mahu kerajaan BN menunjukkan bukti jika benar pesawat Mas MH370 itu telah terhempas di Lautan Hindi, sama ada bangkai atau serpihan pesawat, barangan bagasi atau cebisan-cebisan mayat dilokasi kejadian". - Sumber Harakah.
Apa maksud bangkai ? Secara amnya bangkai bermaksud sesuatu kehidupan yang sudah mati bukan sahaja bagi yang bernyawa, juga perkara hidup yang lain, termasuk apa jua jika sebelumnya hidup. Kalau sudah mati dan tidak berfungsi lagi mungkin ianya disebut bangkai ini termasuklah kereta, kapal terbang dan sebagainya. Kecuali pada manusia ianya di anggap sedikit kurang ajar. Lebih sesuai pada haiwan dan binatang sahaja. Walau bagaimana sebutan 'bangkai pesawat' bukanlah sesuatu yang asing.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

27 Mac 2014

TRAGEDI PESAWAT MH370 MUNGKIN BAKAL DI FILEMKAN.

Tragedi MH370 mungkin ke Hollywood, kata produser filem terkemuka

Misteri kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 menarik perhatian masyarakat antarabangsa termasuk beberapa penerbit filem terkemuka Hollywood dan mungkin bakal difilemkan.

Portal berita The Hollywood Reporter dalam laporannya berkata, beberapa produser ketika ini sedang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat malang tersebut secara dekat.

"Ia tragedi mengejutkan, bagaimanapun saya jamin terdapat 50 orang berbeza yang sedang bekerja dalam 50 projek berbeza.

"Sama ada mendapat inspirasi daripada insiden itu atau sedang memerhatikannya ketika ini," kata JC Spink, yang terlibat selaku penerbit dalam pembikinan filem aksi penerbangan pada 2005, Red Eye.

Kehilangan Boeing 777-200ER yang membawa 239 penumpang dan anak kapal sejak 8 Mac lalu menarik perhatian seluruh dunia, khususnya kabel berita antarabangsa yang tidak putus-putus membuat liputan.

Sehingga hari ini, bangkai pesawat dan mayat penumpang masih belum ditemui.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pada Isnin penerbangan MH370 itu berakhir di Lautan Hindi selepas dua minggu misi mencari dan menyelamat antarabangsa berlangsung.

Spink berkata, episod dramatik sepanjang usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370 yang dijadualkan berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac sudah cukup untuk menjadikan ia sebuah filem aksi terbaik.

"Jelas sekali sesuatu yang lebih besar dalam penerbangan yang kita tidak akan tahu," kata produser terkenal itu.

"Itu adalah satu batu loncatan yang besar."

Selalunya apabila sesebuah tragedi berlaku, Hollywood akan menunggu hingga tiga bulan sebelum mengambil langkah pembikinan filem, lapor The Hollywood Reporter.

"Saya rasa orang ramai akan tunggu dan lihat bagaimana hasil siasatan nanti," kata Alex Heineman, produser filem aksi penerbangan, Non-Stop yang mencatat keuntungan berjuta ringgit tahun ini.

Namun, The Hollywood Reporter menjangkakan mana-mana pihak yang ingin menghasilkan filem berdasarkan kehilangan MH370 akan berdepan halangan memandangkan siasatan bagi mengenal pasti punca kehilangan masih berjalan serta rumit selain terdapat juga kesamaran dalam pendedahan maklumat oleh pihak berkuasa Malaysia.

Penerbangan MH370 dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 12.41 tengah malam 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari sama.

Operasi mencari pesawat itu, melibatkan pelbagai negara dilancarkan, pada mulanya di Laut China Selatan dan kemudian, setelah didapati pesawat itu mengubah laluannya, di dua koridor - koridor utara yang merentas dari sempadan Khazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand dan koridor selatan dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Hasil analisis terhadap data satelit yang belum pernah dibuat sebelum ini, syarikat dari United Kingdom Inmarsat dan UK Air Accidents Investigation Branch (AAIB) membuat rumusan bahawa Pesawat MH370 terbang di sepanjang koridor selatan dan kedudukan terakhirnya adalah di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth, Australia.

Beberapa episod melibatkan penumpang MH370 menjadi tanda tanya sehingga ini, antaranya dua penumpang memegang passport curi, juruterbang memiliki simulator penerbangan di rumah, bateri litium di dalam kargo dan pelbagai spekulasi yang masih belum terjawab.

Fokus kini mencari bangkai pesawat dan mendapatkan kotak hitam bagi merungkai persoalan di sebalik kehilangan MH370. - 27 Mac, 2014. Sumber : www.themalaysianinsider.com/

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

25 Mac 2014

VIDEO : KEDALAMAN LAUTAN HINDI DAN BERAKHIRNYA MH370 DILAUTAN HINDI.


 

Jika pesawat jenis Boeing 777-200ER itu berada di Lautan Hindi maka untuk menemui bangkai pesawat jika ia terhempas juga amat mencabar sekali. Lautan Hindi mempunyai purata kedalaman kira-kira 3.6km dan jika diibaratkan dengan ketinggian Menara Berkembar Petronas KLCC, kedalamannya merangkumi tujuh kali Menara KLCC. Bangunan tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu pula hanya berketinggian 829.8 meter. Kedalaman purata lautan itu juga tidak dapat menyaingi ketinggian gunung tertinggi di benua Australia iaitu Gunung Kosciuszko di Taman Negara Kosciuszko di New South Wales, Australia.

Saksikan video gelora dan kedalamanya lautan hindi ini.

 
Kesimpulannya jika disinilah berakhirnya MH370 ianya bukan sesuatu perkara yang mudah untuk mencari bangkai pesawat tersebut. Dikhabarkan juga tempat ini dilokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan.  Satu persoalan sudah terjawab. Seribu persoalan pula yang mungkin timbul... kemana sebenarnya haluan MH370 mahu pergi ?

Mungkin persoalan ini banyak dilontarkan oleh pelbagai pihak :
1. Mengapa MH370 tersasar begitu jauh?
2. Apakah puncanya?
3. Adakah cockpit terbakar yang menyebabkan terputusnya alat hubungan?
4. Adakah sabotaj atau adakah perbuatan anak kapal yang menyebabkan terjadinya tragedi ini?
5. Benarkah pesawat berpatah balik?
6. Jika berpatah balik mengapa radar Malaysia tidak mengesahkannya sedari awal?
7. Jika telah terhempas dimana bangkai pesawat?
8. Nasib penumpang? Jika semuanya meninggal adakah akan bertemu kesemua mayat tersebut?


Akhir kata, Alfatihah dan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka.

Kemaskini : Agak malang, jika benar dakwaan video tersebut bukanlah daripada lautan hindi seperti mana yang telah diwar-warkan. Anda boleh rujuk disini : 
http://says.com/my/news/fake-video-indian-ocean-sar-mas-mh370-venere-hurricane

Nota : apa tujuan mengambarkan Indian Ocean bergelora sebegitu rupa?

Wassalam, Wa'allahhualam.

24 Mac 2014

PESAWAT MH370 DISAHKAN BERAKHIR DI LAUTAN HINDI - PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sebentar tadi mengesahkan penerbangan MH370 berakhir di tengah Lautan Hindi.- Berita Harian

TERKINI ‪#‎MH370‬: Kedudukan terakhir MH370 di Lautan Hindi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa bukti-bukti sedia ada mencadangkan kedudukan terakhir MH370 di pertengahan Lautan Hindi, di sebelah Barat Perth.

“Tempat ini lokasi terpencil, jauh daripada tapak pendaratan yang mungkin,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur sebentar tadi. Maklumat lanjut akan diumumkan dalam sidang media esok.- Malaysiakini

Pesawat MH370 disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi


Pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di kawasan selatan Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan berita itu dalam satu sidang khas yang disiarkan secara langsung dari Pusat Dagangan Dunita Putra (PWTC) malam tadi.

Kata Perdana Menteri, kedudukan terakhir penerbangan MH370 itu didasarkan kepada maklumat daripada data satelit yang diberikan oleh syarikat Britain, Inmarsat dan Bahagian Penyiasatan Nahas Udara United Kingdom (AAIB) yang mengesahkan pesawat Boeing 777-200 itu terbang ke jalur selatan isyarat terakhir yang dikesan daripada pesawat itu.

"Ini kawasan yang terpencil, jauh daripada mana-mana tapak pendaratan yang munasabah.

"Oleh itu, dengan rasa penuh dukacita dan kesal, saya memaklumkan bahawa, berdasarkan kepada data baru ini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi," kata Najib.

Jelas Najib, satu sidang media akan diadakan pada Selasa dengan maklumat yang lebih lanjut.

"Pada masa ini, kami ingin memaklumkan kepada anda perkembangan terbaru ini pada kesempatan yang terdekat. Kami berkongsi maklumat ini dengan komitmen kepada keterbukaan dan rasa hormat kepada keluarga, dua prinsip yang menggarisbawahi penyiasatan ini," katanya.

Menurut Najib lagi, Malaysia Airlines telah memaklumkan perkembangan baru ini kepada ahli keluarga penumpang dan anak kapal.

"Bagi mereka, beberapa minggu kebelakangan ini cukup menyedihkan; saya tahu berita tentunya lebih sedih lagi," katanya.

Najib juga menyeru kepada media untuk menghormati ruang peribadi ahli keluarga yang terlibat dan memberikan kepada mereka ruang yang sangat diperlukan pada masa yang sukar ini. Sumber : astroawani.com

Al-Fatihah dan takziah

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

INFO PAYA KANGSA PULAU TAWAR, JERANTUT, PAHANG

Pulau Tawar merupakan sebuah mukim yang terletak di tebing Sungai Pahang di daerah Jerantut, Pahang, Ramai yang keliru antara Mukim Pulau Tawar dan Kg Pulau Tawar .

Secara amnya bila merujuk kepada Mukim Pulau Tawar ia adalah gugusan kampung-kampung dan felda yang ada di dalam Mukim Pulau Tawar itu sendiri . Sementera itu bila merujuk kepada DUN Pulau Tawar ia lebih meluas merangkumi gugusan Felda Gelangi, gugusan Felda Lepar Utara dan sebahagian gugusan Felda Jengka
Tetapi jika merujuk kepada Kampung Pulau Tawar , ia adalah sebuah wilayah yang mengelilingi sebuah kawasan Paya yang luas iaitu Paya Kangsa . Kampung-kampung di sekeliling Paya Kangsa inilah yang lebih layak sebagai Kg Pulau Tawar yang asal.

Disini sehingga awal tahun 1980-an padi ditanam untuk kegunaan sendiri penduduk kampung Pulau Tawar . Setiap keluarga mempunyai sebidang sawah disini utk menanam padi setahun sekali untuk bekalan beras sepanjang tahun . Ikan Puyu , keli , limbat , toman , potak , sepat siam , kepar da sepat rongging merupa sumber protein utama dari tasik ini sebelum tahun 1980-an . Selepas itu ikan lampam jawa menguasai tasik ini sehingga tahun 1995 dan kini tasik ini menjadi surga talipia hitam . Sekitar tasik ini kini ditanam dengan tanaman pisang , sawit dan sayur-sayuran untuk pasaran sekitar Pahang.

Keturuan masyarakat Kampung Pulau Tawar itu pada asalnya dari pelbagai tempat . Ianya akibat migrasi penduduk dari sekitar Tanah Melayu dan Nusantara yang akhirnya membentuk masyarakat asal di Kampung Pulau tawar ini sejak dari 500 tahun dahulu . Adalah dipercayai masyarakat asal Pulau tawar adalah dari keturunan Minangkabau dari Pagar Ruyong yang berhijrah ke Pulau Tawar sekitar 400-500 tahun dahulu . Kemudian berlaku perkhawinan campur dengan masyarakt lain seperti dari Jambi , Terengganu , Johor dan Kelantan yang akhirnya kini membentuk budaya dan bahasa masyarakat Pulau Tawar. Sumber Rujukan by Google

AAP - Banyak sekali sejarah dan keunikan serta sejarah kepahlawanan di Pulau Tawar ini perlu diperlihara. Nilai sejarah yang begitu tinggi Paya Kangsa dan Pulau Tawar. Sebaiknya terus dijaga dan dikekalkan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

23 Mac 2014

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN KAJANG 23 HB MAC 2014 SELANGOR

Keputusan Rasmi Pilihanraya kecil PRK DUN Kajang 23 Mac 2014 Selangor. Pilihanraya kecil Kajang akan menyaksikan pertembungan antara dua calon wanita iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional (BN) dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tujuan PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Lee Chin Cheh daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan pada 27 Januari 2014 lepas. Menerusi makluman rasmi SPR, keputusan rasmi PRK Kajang akan diumum pada jam 9.00 malam 23 Mac 2014.

Keputusan Rasmi PRK DUN Kajang 23 Mac 2014 Selangor

Bilangan Undi: 11362

Bilangan Undi: 16741
Majoriti: 5379
Status: Keputusan Rasmi

Sumber: Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil DUN Kajang 23 Mac 2014 | melvister.com

Nota: Keputusan undian Rasmi PRK DUN Kajang akan diumumkan pada pukul 9.00 malam.

Kemaskini :
9.01pm RASMI:
PKR - 16,741
BN - 11,362
Majoriti - 5,379


Ikuti laporan langsung keputusan p'raya Kajang di pautan ini: http://www.malaysiakini.com/news/257967

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

22 Mac 2014

ALHAMDULILLAH KMF KUANTAN MUSIC FESTIVAL DIBATALKAN

Kuantan Music Festival (KMF) yang dijadualkan akan berlansung pada 4 & 5 April 2014 di Holiday Villa, Cherating, Kuantan telah DIBATALKAN penganjurannya diatas faktor keselamatan dan bantahan dari penduduk setempat. TAHNIAH kepada pihak berkuasa yang ambil peduli suara rakyat dan kepada yang mengusulkan bantahan TAHNIAH juga diucapkan! Anda semua sememangnya PRIHATIN! DEMI AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR INI.

Sekalung pujian dan tahniah pada mereka yang terlibat membantah sepenuhnya festival ini. Apapun, syabas dan tahniah kepada yang berkenaan kerana terlebih awal mengelak bala dari Allah yang lebih besar dalam isu ini sebenarnya.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

20 Mac 2014

APAKAH INI OBJEK PESAWAT MH370 ?

Apakah misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370 yang ghaib daripada radar sejak 8 Mac lalu akan mula terjawab hari ini — pada hari ke-13 usaha mengesannya?

Apakah objek yang dikesan oleh satelit di selatan Lautan Hindi adalah bahagian daripada pesawat Boeing 777-200 itu? Apakah petunjuk kali ini betul dan tidak seperti beberapa petunjuk sebelum ini yang kemudiannya disahkan tidak betul?

Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) mengetuai misi mencari pesawat yang hilang itu di jalur selatan dengan kerjasama Angkatan Tentera Australia, Tentera Udara New Zealand dan Tentera Laut Amerika Syarikat.

Awal hari ini, ia menerima imej satelit yang menunjukkan dua objek yang boleh jadi ada kaitan dengan pesawat yang dicari itu.

"Ini satu petunjuk. Ini mungkin petunjuk yang terbaik yang ada setakat ini," kata Ketua Pengarah Bahagian Kecemasan AMSA, John Young dalam satu sidang media yang jadi perhatian dunia tengahari tadi.

Sumber dan selebihnya DISINI

MH370 - Bagai sudah ada memberikan petunjuk, namun bagaikan tidak memberi harapan....  andai ke laut hampalah harapan.

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

19 Mac 2014

RESEPI GULAI ASAM RONG @ ASAM ROM JERANTUT PAHANG

Kalau sebut sahaja gulai asam rong @ gulai rom pasti orang Pahang mengetahui akan resepi dan keenakan rasa gulai asam rong ini khasnya di Jerantut, Raub, lipis ammnya sekitar Pahang ini. Kalau di Jerantut gulai ini amat popular sekali di sebelah ulu tembeling dan di bandar Jerantut. Pastinya gulai asam rong ini mejadi satu menu hidang yang istimewa dan amat popular di Jerantut. Rasanya macam mana? Nak tahu kena rasa sendiri baru anda boleh menilaikannya. Disini kami kongsikan resepi dan cara-cara sekiranya anda teringin memasak sendiri gulai asam rom ini.

Bahan-bahannya :
Ikan sungai - ikan kenerak - RM25 sekilo

1. 1 senduk asam rom atau secukupnya.
2. 1 ekor ikan sungai. Anggaran dalam 1.5 kilo. Biasanya yang menjadi keutamaan adalah  ikan kenerak. Ikan baung, keli, kelah atau tengas pun sedap juga. Siput sedut sungai, ayam atau daging pun boleh. Apa-apa pun boleh asalkan halal sudah :)

3. 1 inci kunyit hidup
4. 1 daun kesum
5. 20 biji lada atau cili. Ikut rasa. Lagi pedas lagi sedap
6. Secekak pucuk Paku.
7. 1 biji keledek. Sedang-sedang besarnya.
8. Terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol. Ikut suka masing-masing. Kalau tak gemar tak payah bubuh
9. Garam secukup rasa
10. Kalau ada isi petai ke, jering semai ke, boleh masukkan untuk menambah keenakkannya.
11. Air secukupnya

Cara-cara membuatnya :
1. Tumbuk kunyit, lada dan asam rom tadi
2. Masuk dalam periuk campur terus dengan ikan dan kacau bagi rata
3. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika.
4. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil.
5. Apabila ikan masak, masukkan pucuk paku, keledek, terung pipit, terung telunjuk, daun kesing, keladi dan kacang botol dan perasakan dengan garam secukupnya.
6. Biarkan masak seketika dan angkat.
  Gulai rong siput sedut sungai juga amat menyelerakan.
Kepada anda yang tidak pernah makan gulai asam rong ini, anda bolehlah meninjau-nijau atau mencarinya dekat Pahang ini. Terutama sekali sebelah Jerantut. Kalau dekat Jerantut anda carilah kedai Z n Z (Zaharah & Zakaria) atau popularnya dengan nama Mak Anjang. Kedai beliau hala ke pasar besar Jerantut. Tapi jangan lewat sangat. Kalau pukul 12.00 ke atas tu kira nasib la kalau masih ada lagi. Bukan nak promosi kedai beliau tapi saya selalu makan gulai asam rom kat kedai dia. Kedai atau restoran lain pun ada menawarkan gulai rong ini diatas selera anda sahaja.

Sebaiknya sebelum anda membuat order atau pesanan, terlebih dahulu anda bertanyakanlah tentang harganya. Biasa ikan gulai rom kenarak di jual tidak kurang berharga sekitar RM 10, 15 atau 30 ringgit seketul bergantung pada saiz ikan tersebut. Moralnya tanyalah dahulu berapa harganya :)  Sumber asal : jerantutdaily.blogspot.com. | Olahan Semula : akuanakpahang.blogspot.com

Wassalam, Wa'allahhualam.
 

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<