Nuffnang dan No Copy Paste

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

28 Feb 2017

GAMBAR KEMUSNAHAN ALAM TASIK CHINI PAHANG


Seperti mana telah dilaporkan oleh media baru-baru ini tentang TASIK CHINI SEMAKIN NAZAK disini Admin sekadar ingin berkongsi gambar-gambar terkini yang berlaku di Tasik Chini. Sumber gambar diperolehi daripada halaman facebook ini sekadar perkongsian bersama sahaja.

Persoalannya apakah akan jadi dengan Tasik Chini yang pernah menjadi kebanggaan dan kemegahan orang Pahang ini?

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

25 Feb 2017

TASIK CHINI SEMAKIN NAZAK


Pekan: Tasik Chini yang diiktiraf Rizab Biosfera oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sesungguhnya kaya dengan khazanah alam semulajadi dan keindahan flora fauna. Namun sejak 2009, persekitaran kawasan itu semakin terjejas akibat kegiatan pembalakan, perlombongan dan perladangan yang tidak terkawal di sekelilingnya.

Berikutan itu, tasik semula jadi kedua terbesar negara selepas Tasik Bera itu berada dalam situasi tercemar apabila saiznya semakin mengecil serta menunggu masa menjadi kering jika pemendapan dasar tasik terus berlaku.

Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) Prof Datuk Seri Dr Mushrifah Idris berkata, kegiatan penerokaan itu juga menyebabkan air tasik menjadi keruh serta memberi kesan kepada hidupan lain terutama tumbuhan teratai yang sering dikaitkan dengan Tasik Chini.

Katanya, kajian bersama pakar dari universiti tempatan mendapati kegiatan pembalakan dan perlombongan tidak terkawal boleh memusnahkan biodiversiti tasik itu.

Sumber : Akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Februari 2017

Siaran Blog : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

13 Feb 2017

VIDEO : MENAHAN RINDU VERSI BUDOK LEPEH


Post ini dicatat dalam loghat Lepeh. Pertama kas nok kabor bedal laa aokmeh sekador hiburan teadeh bender saloh eaa... ame ke sedak kas dengor aje keknya lagu neh memang peberet kas juge dengornya... apa perh tahniahlah sebab deme berdua berjaya menghayati lagu neh.. lenuk juge kas dengornya :)  cume picing sumbang sikit jangan maroh kikiki... kene lebih menghayati lagu  napas kena tahan sikit hidung jangan kembang met burok lalu rupe.... piling mesti kena ada,  mengkalo dok  tak sampai target yak... apa perh tahnioh teruskan usaha deme dan selamet maju jaya ontok aokme berdua :) Lain-lain  kas teadeh komen... tahniah sebab mampu menutup aurat... ontok lagu neh  kas bagi 4 bintang :)

Ini adalah VC daripada penyanyi asal Wany Hasrita - Menahan Rindu,  terbaik Admin gemar dan minat juga mendengar lagu ini jom layan :)

Lirik Lagu Wany Hasrita – Menahan Rindu

Sejenak Ku Termenung,
Awan Pun Mulai Murung,
Tiada Siulan-siulan Burung-burung,
Menemani Hariku Menemani Sepiku,
Tersiksa Angkara Menanggung Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini.

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu.

Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini,
Oh Hati Kau Sedarilah Kenyataan Ini,
Agar Dapat Ku Gagahi Dan Terus Berdiri.

Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu,
Menahan Rindu.

Siaran Blog  : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

12 Feb 2017

INFO $1 RINGGIT WANG EMAS KERIS 1989 - 1996

Spesifikasi Duit Syiling $1 Ringgit (Keris)

Tebal: 2.6 mm
Jenis Sisi: Milled Edge (Reeded)
Material: Copper - Zinc (Cu:84,Zn:12,Sn:4)
Diameter: 24.5 mm
Berat: 9.30 gram
Tebal: 2.60 mm

Syiling wang emas ini dikeluarkan bermula pada tahun 1989 sehingga 1996. Kerana warnanya yang menyerupai emas jadi nama yang paling sepadan di berikan pada masa itu adalah syiling emas. Namun dahulu penggunaan syiling ini agak terhad dan sukar untuk dibawa kesana kemari kerana mungkin berat berbanding wang kertas. Kehadiran syiling palsu bagi syiling ini lebih memburukkan keadaan dan akhirnya wang syiling di berhentikan keluaranya. Akhir sekali syiling ini dikeluarkan pada 1996.


Harga yang disyorkan untuk jualan : 

1 Ringgit 1989      VF       RM10
1 Ringgit 1990      VF       RM5
1 Ringgit 1991      VF       RM5
1 Ringgit 1992      VF       RM5
1 Ringgit 1993 $1      VF       RM8
1 Ringgit 1993 1 RINGGIT      VF       RM5
1 Ringgit 1994      VF       RM8
1 Ringgit 1995      VF       RM6
1 Ringgit 1996      VF       RM10

Harga di atas bukanlah satu harga ketetapan, semuanya bergantung kepada minat dan persetujuan antara pembeli dan penjual sahaja. Jika anda ada menyimpan elok disimpan sahaja sebagai kenangan untuk generasi kemudian hari.

Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

5 Feb 2017

PAMERAN DUIT LAMA & FESTIVAL EMAS PERAK TEMERLOH (TEMERLOH MONEY FAIR & SILVER GOLD FESTIVAL)


Sempena tahun melawat Negeri Pahang 2017 satu pameran numismatik jualan duit emas perak syiling dan noted akan diadakan pada tarikh dan ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 11HB- 12 Feb. 2017 (Sabtu & Ahad)
Masa : 10.00 pagi - 10.00 malam
Bertempat : Temerloh Mall ( TF Temerloh)

Orang ramai dijemput hadir untuk memeriahkan Festival dan jualan nusmimatik. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anjuran Kelab Rakan Numis Pahang. Bersama 36 Seller terbaik seluruh Malaysia. Kedatangan anda amat dialu-alukan terima kasih.

DATANG JANGAN TAK DATANG ! JUMPA ANDA DISANA.
Kredit kepada : FB Rakan Numis Pahang.


Sumber : AKU ANAK PAHANG
Wassalam, Wa'allahhualam.

SENARAI POST TERKINI

RUANG PENGIKLANAN

JANGAN LUPA KLIK PESANAN PENAJA PERCUMA SAHAJA

ARKIB ENTRI AKU ANAK PAHANG DISINI :

CARI ARTIKEL BERKAITAN MASUKAN KATA KUNCI

Loading

WAKTU BERBUKA PUASA BAGI NEGERI PAHANG 2017 DIBAWAKAN OLEH PAIP PAHANG

KLIK GAMBAR UNTUK IMEJ LEBIH JELAS

HOME

>>KLIK KEMBALI KE HALAMAN UTAMA<<